Friday, November 19, 2010

sebenarnya, ada banyak benda yang jadi selama kesunyian aku. tapi semua cuma berlegar di dalam bulatan yang sama. dan janji tuhan seperti titik pusat graviti di tengah bulatan. sentiasa bersedia menarik kalau2 ada yang terkeluar dari lingkungan. memang yang terpaling hebat.

agaknya, aku yang tak pernah berubah. agaknya aku yang paling meminta. mahukan semua yang tak pernah ada. agaknya memang aku. .


Thursday, November 18, 2010

'kau orang yang paling banyak berkorban untuk keluarga ni'.

ayat yang aku tak pernah jangka akan keluar dari mulut orang yang tak disangka.

dulu aku ingat duit adalah penawar masalah. tp sekarang duit cuma ubat tahan sakit untuk aku. org kata masa adalah penawar paling mujarab. kalau macam tu, yg sembuh tentang aku mungkin cuma pandangan tentang hidup dan duit. yang lain masih sakit.

'setiap malam aku berdoa agar kau dapat hidup bahagia'.

ada waktunya, aku akan mencipta situasi2 khayalan. sekadar untuk dapat tidur di waktu malam. whatever helps me sleep at night.

bahagia? bahagia tu macam mana? kalau ikut lagu ni, m.nasir pun takde jawapannya :)

satu hari di hari raya, ku lihat wajah suci ibuku, ku lihat wajah kasih ayahku, ku gembira, mungkin inilah dia kebahagiaan

kalau kau fikir kau boleh dengan sewenangnya hancurkan hidup sendiri, tolong ingat yang sebenarnya sedang ranap itu hati ibu. cuma hati seorang ibu.


Tuesday, November 2, 2010



aku masih tak percaya alia dah kawin. mungkin sebab aku tak tengok nikah. lepas ni kalau dia ada anak harap muka hensem macam alia dan ayu macam aji. susah la nak percaya. rasa macam pegi parti lepas tu makan steambot di rumah tumpangan thira. ke ini perasaan ikut mona n critt bulan madu. tapi kenapa malam sebilik dengan tad? eh tapi bukan berdua. tapi kadang2 rasa macam sesi get-together biasa gosip2 sambil dengar cite kelakar epit pasal dad dan tengok fid dengan fesyen tudung pelbagai gaya. diha plak tiba2 nak pakai kasut tinggi nak mampos tapi jalan terkepit tapi perasan gemok tapi makan budin diraja banyak nak mampos.

perangai macam ni bole kawin ke?



kesian aji



tapi semua orang cantik hari ni..

hari yang indah untuk orang-orang yang indah sahaja.

Thursday, October 28, 2010

saat ini, jantungnya berdegup laju. tiba-tiba ada taufan bertiup dingin. tiba-tiba semua orang berlari tinggalkan perkarangan itu. tiba-tiba kipas di siling jatuh menghempap kepala orang-orang. imaginari bermula lagi. lagi dia tak betah menunggu. sekejap kaki kiri di atas. sekejap kaki kanan di atas. silanya berubah-ubah.

mahu kembali pada nyata, pandangan diliarkan. dia pandang mereka seperti tidak percaya. atau mereka pandang dia seperti tidak percaya. selang masa pandangan mereka dan dia, dia melarikan matanya pada kedua belah tapak tangan sendiri. yang kanan, ada 3 garis di atasnya. ah..baru dia teringat kisah 3 garis itu. hampir saja garisan itu halimunan selama ini.

tiba-tiba, dia perasan satu huluran tangan melayang-layang di udara. di antara lututnya dan lutut lelaki di depannya, ada tangan berterbangan minta di sambut. antara percaya dan tidak percaya, dia menyambar tangan itu. seperti tak mahu ia terbang jauh dan hilang terus.

dan di denting masa ini, ketika tangan mereka bertautan, ketika tapak tangan mereka bersentuhan, dia dapat rasakan 3 garis di tapak tangannya timbul. dia merasakan kewujudan 3 garis yang hampir halimunan itu tanpa perlu melihat seperti selalu.

kali ini, imaginarinya datang lagi. dia di atas padang hijau yang luas. ada lelaki tadi. sedang mewarnakan pelangi di hujung padang. tapi pelangi itu cuma terbentuk dengan 3 garis sahaja. tanpa warna. lelaki tadi memanjat awan, melompat di antara yang mendung dan yang cerah. mencari-cari ceruk paling damai untuk dia mewarna pelangi.

bunyi klik kamera menghantarnya pulang ke nyata. dan dengan senyuman paling manis, dia kata pada lelaki tadi. terima kasih. awak dah warnakan 3 garis di hati saya.

Monday, October 18, 2010

gile blog ni emo nak mampos. padahal aku ok je. gile ahh..

Friday, October 15, 2010

apakah yang sifatnya jujur itu harus bertelanjang di hadapanmu tanpa silu?
apakah yang perinya sulit itu harus bersembunyi daripadamu tanpa ragu?
celikkan mata dan hati. seperti mana aku telah bersedia untuk berkongsi.
pujuk lembut akalmu biar nanti imaji fikiran tak menyergah membuta tuli.
dan aku akan dengan perlahan mempersilakan kalian masuk melalui pintu hadapan.
dan mungkin dengan rela membiar semua bermalasan di ruang tamu.
memang sejarah ini yang menzahirkan aku. maka layaknya sejarah ini bukan untuk disulitkan. kerana aku wajar dinilai tanpa prejudis dengan semua sejarah yang tercipta.

Thursday, October 14, 2010

dunia dan setiap isinya.

Friday, October 8, 2010



rumah terbuka lagi.



kami dapat tempat ke-2.

mungkin sebab dia..


hi, nama saya Pixel.

Thursday, October 7, 2010



alia bongok.

Friday, October 1, 2010

sumber: http://www.saifulislam.com

Schadenfreude: Menikmati Sebuah Rakaman Penderitaan

“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu.

“Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula.

“Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita.

Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan berlumuran darah kerana digilis sebuah lori besar. Pemandangan yang sepatutnya amat mengerikan itu, tanpa disedari berubah menjadi satu bentuk keseronokan dan kepuasan hingga tanpa bertangguh, Abu segera menekan butang share di rangkaian halaman sosial Facebook beliau agar pemandangan ngeri itu boleh ditonton oleh orang lain pula.

Tabiat ini juga membabitkan foto-foto anak kecil di Palestin yang hilang separuh kepala akibat letupan bom, atau imej wanita di sebuah negara direjam dengan batu bata hingga berkecai muka dan kepalanya. Siri ini berterusan tanpa henti.

Ada garis pemisah yang halus di antara sisi baik keadaan ini, dengan sisi buruknya. Ramai di kalangan pengguna internet menyebarkan foto dan klip video seperti ini dengan tanggapan bahawa ia adalah materi yang berkesan untuk menimbulkan kesedaran.

Ingat mati.

Bersyukur dengan keselamatan.

Mengambil iktibar.

Bertaubat.

Semua itu mewarnai lapisan pertama motif mengapa mereka gemar kepada bahan-bahan yang mengerikan seperti ini.

Tetapi ketika mana perbuatan menonton dan menyebar bahan sebegini berubah menjadi seperti suatu ketagihan, ia bukan lagi sebuah keprihatinan. Sebaliknya ia berubah menjadi penyakit mental!

‘Keinsafan’ yang dirasai itu bukan lagi sebuah keinsafan, sebaliknya kepuasan luar biasa, hasil melihat dan mengulang lihat foto serta imej yang ngeri itu.

REGARDING THE PAIN OF OTHERS: SUSAN SONTAG

Lambakan foto peperangan ini mengingatkan kita kepada sebuah buku yang secara khusus membincangkan tentang implikasinya terhadap jiwa manusia. Susan Sontag (1933 – 2004), di dalam bukunya, Regarding the Pain of Others meneliti secara terpeinci berkenaan dengan peranan yang dimain serta ditinggalkan oleh foto kepada jiwa dan moral manusia.

Fotografi yang kini menjadi sesuatu yang boleh dilakukan dan dinikmati hasilnya oleh sesiapa sahaja, telah membentuk satu kod visual yang baru. Di satu ketika, manusia menghadkan hak dirinya untuk melihat apa yang hanya bersangkutan dengan dirinya, lambakan foto semasa telah mengubah itu kepada suatu tanggapan bahawa setiap kita boleh berasa mahu dan berhak untuk menatap hampir apa sahaja yang boleh divisualkan di dalam bentuk foto. Ini merupakan satu set pemikiran yang baru, yang mungkin kita sendiri tidak sedar akan kewujudannya setiap kali kita berada di atas talian (online).

Fotografi daripada satu sudut yang lain, membantu kita di dalam proses pendidikan. Ia membantu kita meluaskan penglihatan ke masa silam dan mencapah realiti semasa, sedangkan tanpa foto hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang tahu bagaimanakah yang dikatakan Piramid di sebuah negara bernama Mesir.

Namun, apa yang paling menjadi tumpuan kebimbangan kita adalah sentuhan tentang PEMBIUSAN FOTO.

Lambakan foto kejam berkaitan dengan peperangan, pembunuhan atau kemalangan telah membunuh sensitiviti para penatap. Desensitization yang berlaku itu memberikan kesan yang amat buruk kepada jiwa manusia. Sontag sendiri bercerita tentang pengalaman dirinya berkenaan hal ini.

Dirinya sebagai seorang remaja, pengalaman melihat imej-imej Holocaust Camps, mencetuskan sesuatu yang membimbangkan. Katanya, “when I looked at those photographs something broke… something went dead, something is still crying.” Entah di mana kebaikannya bagi seorang remaja untuk beliau mengakses imej-imej tersebut tanpa pengetahuan dan kematangan yang sebenar di dalam memahami apakah Holocaust itu sendiri. Apa yang pasti, imej-imej itu menjadi seperti bius, meninggalkan rasa lumpuh dan kebas pada jiwa hingga hilang sensitiviti terhadap REALITI. Images anesthetize dan akses tanpa had, adalah implikasi negatif daripada lambakan foto sadistik ini.

ASHAAB AL-UKHDOOD DAN SCHADENFREUDE

Kisah Ashaab al-Ukhdood amat menyayat hati.

Pemerintah yang zalim, berasa amat tergugat dengan keimanan yang dijulang oleh seorang remaja, telah mencetuskan fenomena apabila kematiannya akibat pembunuhan yang beliau sendiri ajarkan kepada pihak pemerintah itu, menyebabkan masyarakat berpaling daripada mentaati raja kepada mengimani Tauhid Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Ikhtiar akhir… mereka dibunuh.

Pembunuhan beramai-ramai itu pula dibuat dalam bentuk yang paling kejam.

Sebuah parit besar disediakan. Api yang marak dinyalakan. Orang-orang yang beriman dicampak atau dipaksa terjun ke dalam kemarakan api itu. Termasuk kanak-kanak dan bayi yang belum mengerti.

Bagaimanakah jika pemandangan ini diimejkan?

Sebelum soalan itu dijawab, ayuh kita lihat bagaimanakah Allah Subhanahu wa Ta’aala membentangkan kisah ini:

“Celakalah kaum yang menggali parit itu. Parit yang penuh dengan api yang dinyalakan itu. (Mereka itu dilaknat) tatkala kejadian (yang mengerikan) itu mereka duduk mengelilinginya. Mereka itu, perbuatan kejam yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman… disaksikan (dengan kepuasan). Dan tidaklah mereka melakukan sedemikian rupa melainkan kerana dendam mereka hanya kerana kaum tersebut beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” [al-Burooj 85: 4-8]

Jiwa penjenayah itu berada di kemuncak kejam.

Mereka bukan sahaja membunuh kaum yang beriman itu dengan membakarnya, malah mereka duduk di keliling parit berapi, menikmati pemandangan yang sangat kejam itu. Jiwa manusia apakah ini? Manusiakah mereka?

Tingkah laku yang amat buruk ini boleh difahami sebagai fenomena Schadenfreude. Ia adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Jerman yang memberikan maksud, KEPUASAN YANG DINIKMATI DARIPADA PENDERITAAN ORANG LAIN.

Ia adalah suatu kecacatan jiwa yang amat luar biasa. Menonton atau menyaksikan pemandangan-pemandangan ngeri, sama ada secara realiti, video atau foto, telah dikaji pada tahun 2009 dan hasilnya memperlihatkan bagaimana perbuatan tersebut telah mengaktifkan anterior cingulate cortex di dalam otak, iaitu bahagian yang turut berfungsi sebagai pusat penganugerahan otak. Timbul rasa nikmat, puas bersama rembesan oxytocin [Simone G. Shamay-Tsoorya, et. al., "Intranasal Administration of Oxytocin Increases Envy and Schadenfreude (Gloating)," Biological Psychiatry, Volume 66 Issue 9, Pages 864–870 (1 November 2009)].

Jangan tertipu dengan fungsi foto.

Pendedahan yang asalnya bermaksud mahu mencetuskan kesedaran, berubah menjadi pembiusan jiwa yang mematikan sensitiviti.

Adakah anda membaca berita dengan hanya menatap slide BERITA BERGAMBAR? Anda sentiasa tertarik pada imej darah, kecederaan, kesakitan, penderaan, pembunuhan dan kematian? Adakah anda mendapat tabiat suka menghantar gambar-gambar sadistik itu melalui emel ke kenalan dan bukan kenalan? Adakah ada mempunyai tabiat gemar mengedit gambar-gambar anak Palestin yang cedera parah dan terbunuh, lalu menghasilkan poster tanpa disuruh?

Tanyalah kepada diri.

Pada usia 35 tahun, saya menganalisa diri, sejauh manakah kemudahan liputan dan foto kekejaman peperangan di Palestin, kemalangan di jalanraya Malaysia, menambah TINDAKAN saya seperti yang sepatutnya.

Atau segala-galanya berubah menjadi BIASA?

Friday, September 24, 2010

aku dah tak hero lagi. cite sedih sikit nangis. cengeng nak mampos. tak suka!
aku suka hero. aku nak jadi hero balik!

Thursday, September 23, 2010

aku rasa dia terlalu hensem untuk di-try. hahaha
mama kata ada syaitan dalam matanya. haha.. aku tak tengok langsung mata atau syaitan tu. bila aku nampak kelibatnya depan rumah, aku terus ke bilik dan berkurung. duduk di atas katil sambil membelek bil-bil rumah. aku ingat angka-angka tu boleh buat aku lari dari masalah depan mata. tapi, rupa-rupanya setiap kertas yang aku pegang goyang. ikut gigil sama seperti tangan aku. dan ini kali pertama aku menggigil kerana dia. mama memang ibu terpaling sabar aku rasa. dengan semua tuduhan dan makian, dia cuma sambut dengan suara tenang dan tegas. disuruhnya duduk supaya tenang. selawat dan berbincang. tak, dia tak duduk mahupun bertenang. malah mereka hikayat pilu yang bukan-bukan. akhirnya, setelah setuju dengan kehendaknya, baru dia sedikit relax. selepas makan terus pergi semula ke tempat yang sepatutnya. aku cuma tahu menyepikan diri. walaupun sempat dia menitip ucap selamat tinggal terus padaku dari luar, aku masih diam lagi. itu saja yang aku tahu setakat ini.

Monday, September 20, 2010

dari tulisan aku dah boleh agak macam mana aku ni sebenarnya. jadi boleh saja kalau nak buat andaian macam-macam tapi tolong jangan yakin sangat. percaya dan yakin itu tak sama. bezanya macam kau dan aku. cuma taklah jauh sangat lainnya. sebab manusia ni bermula dari titik yang sama saja. dan tak perlulah kita perbesarkan perbezaan kita yang sedikit itu sampai terlupa menghargai persamaan yang kita kongsi dari dulu. sekian.

Wednesday, September 8, 2010

selama hidup saya sehingga hari ini, saya tak pernah minta maaf pada mama pada pagi raya. tidak pernah walau sekali pun.
mungkin aidilfitri pada kali ini, insyallah..

sering, ketika mama sedang lena, saya akan mengamati dia. sekadar untuk memastikan dia bernafas. itu sahaja.

itu 2 rahsia untuk hari ini.

kali ini saya takde baju raya. tapi ini bukan rahsia.

entah beberapa tahun lepas, saya terlihat scene yang sangat kekal di hati hingga hari ini. pakaiannya lusuh, seluar dan baju blaus seperti telah banyak kali disarung ke badan. saya mengagak pakaian itu adalah yang terbaik kepunyaan dia untuk event2 penting. tudungnya menutup kepala tapi tidak leher. wanita itu berdiri di kaunter merenung anak patung beruang yang tersusun di belakang kaunter. mulanya dia membelek patung yang besar. seketika kemudian, dia minta ditunjukkan yang lebih kecil pula. senyum tak pernah lekang dari wajah yang persis wanita cina ini. akhirnya dia membeli patung kecil itu. dan di tangannya ada seuncang penuh berisi syiling. dia menaburkan di kaunter dan mula mengira. satu persatu. setelah patung beruang putih itu bertukar tangan, dia tersenyum lebih lebar. puas mungkin. terbayang wajah bakal penerima mungkin. mungkin itu yang namanya bahagia. saya harap yang menerimanya akan lebih merasa bahagia nanti.

cerita hari ini akan lebih random lagi sebab ofis sangat bosan.

Wednesday, August 25, 2010







dan akhirnya, seorang jaguh tewas di set penentuan..
A good read.

source - http://www.thenutgraph.com/the-parade-of-%E2%80%9Cmuslim-sensitivities%E2%80%9D-where-is-it-taking-us/

The parade of “Muslim sensitivities”: Where is it taking us?

AND so Perkasa has made the news again. And this time by its own doing, not because a media bent on sensationalism tried to cultivate the Malay nationalist group in order to increase readership.

Church plays are seditious and insulting?
In the latest of Perkasa moves, its Petaling chairperson, Zainal Abidin Ahmad, lodged a police report against a Protestant church in Shah Alam and its pastor for planning to stage a Christian play during Ramadan. “We want the church and pastor to be investigated for sedition and for insulting the Sultan,” Zainal Abidin told The Malaysian Insider on 17 Aug 2010. Zainal Abidin also accused the church of deliberately attempting to preach Christianity to Muslims in Muslim-majority Shah Alam.

We may be lulled into thinking that the issue at hand is limited to a Malay, and hence Muslim, rights group making wild and curious allegations against non-Muslim, non-Malay Malaysians. If only that were the case. Unfortunately, much more is involved. Indeed, what is really at stake is the control of public space and what it means for all of us.
My space, not anyone else’s
What Perkasa’s actions boil down to in Shah Alam is this. It’s saying that because it’s Ramadan and because Shah Alam is a Muslim-majority suburb, no other faith group is allowed to practise freedom of religion, expression or association. If they do, they can be cited for sedition, insulting the Malay ruler, and the crime of proselytising to Muslims.

I suspect that the citations of sedition etc are just a means of asserting control and power. By making out non-Malay non-Muslims to be criminals of the highest order, it becomes that much easier for lesser-thinking members of the public to believe that non-Muslims deserve to have their constitutional rights denied.

We may dismiss Zainal Abidin, and even Perkasa as a whole, as lunatic. That would be a mistake. Because Zainal Abidin and Perkasa are not the only ones who want complete control of public space, and who use a particular version of Islam to exert that control. Additionally, they are not the only players in town who do this at the expense of the rights and freedoms of other citizens.

Let us remember that before Perkasa started making the headlines, the national censors in 2005 banned the movie Babe because it starred a pig, considered haram in Islam, as the lead character. Following that, anecdotes from parents tell us that in some schools, non-Muslims children are told what they can and cannot pack in their lunch boxes in deference to Muslim sensitivities.

How about pigeons?
A Malaysian columnist once also told me that the word “pigmentation” was censored from a documentary he had watched presumably because the first syllable was “pig”. And in 2007, I discovered that Guardian pharmacy did not offer Piglet as part of its Winnie the Pooh gift redemption promotion.

Over in Section 6, Petaling Jaya, the local mosque has no qualms blaring the terawih prayers till late at night at decibels that are inconsiderate to the neighbourhood.
And let us also remember PAS’s own moves to define what can and cannot be done in the public domain. Everytime PAS Youth calls for a concert ban, what it’s effectively doing is telling all those — Muslims and non-Muslims — whose faith would not be threatened by attending a live concert, that they cannot because PAS says so.

Similarly, when Selangor PAS tried to ban the sale of beer in Muslim-majority areas in the state, what the party is saying is that the lifestyle of all non-Muslims must be subservient to those of some Muslims.
And so the proscriptions on public spaces don’t just include what a Protestant church is allowed to do during Ramadan. It also affects the food our children are allowed to consume in schools, the drinks non-Muslims can buy in their neighbourhood, the movies and concerts and words we are allowed to watch and hear, the gifts we can redeem at a pharmacy, and the airwaves in our neighbourhood.

Piglet
What do these events tell us? They tell us that there is a creeping, even if not concerted, effort by state and non-state players, to determine what is publicly kosher and what is not. It doesn’t matter if nothing in Islam actually prohibits non-Muslims from staging a Christian play during Ramadan, drinking alcohol, eating pork and watching a pig character in the movies.

The bottomline? Public space is no longer everyone’s space. It’s theirs — those Malay Muslims who believe that their imagined sensitivities alone give them the right to deny others access and use of public spaces.

The biggie
The biggie of all proscriptions in the current Malaysian context is of course, the Barisan Nasional (BN) government’s ban of the words “Allah”, “solat”, “Kaabah” and “Baitullah” among non-Muslims.

Even though Muslims don’t own copyright to these Arabic words, the BN government is asserting that these words belong to Muslims, and Muslims alone. Particularly Malaysian Muslims who apparently are prone to being confused should another faith community use the same words.

Can Malaysia ban non-Muslims from using the Arabic language?
The ban on “Allah” and the three other words is no different from what Perkasa is doing in Shah Alam. A publicly-used word, like publicly-shared spaces, only belongs to Muslims. It’s as if these Muslim state and non-state actors are declaring, “Our space, not anyone else’s. Our word, not anyone else’s.”

And because their demands have no historical, cultural or legal legitimacy, they resort to demonising non-Muslims, accusing them of crimes and ill-intentions. And they use the powers of the state to impose and enforce ownership over “our space” and “our word”.

And so the biggie isn’t that our political landscape is littered more and more with irrational demands and wild allegations from certain Malay Muslim quarters. The biggie is that increasingly, there are more and more concerted attempts by these forces, which include the Umno-led federal government, to take over shared public spaces.

What’s the limit?

Guinea pigs eating
After the story on Perkasa’s police report was published, someone on Twitter commented that we can next expect police reports to be lodged against non-Muslims for eating during Ramadan. Indeed, I believe that’s not too far-fetched a scenario if we continue to allow those who try to control the public domain for their own narrow vested and bigoted interests, to continue doing what they do.

Already, non-Muslims are constantly being told to defer to the sensitivities of some Muslims. At the rate Muslim “sensitivities” are paraded about, one would think Muslims lived their lives like exposed nipples, ever excitable. When the truth is, we know that Muslims are thinking, rational human beings who belonged to one of the most historically advanced civilisations.

To be certain, there is a need to be respectful of different customs and belief systems. But “Muslim sensitivities” cannot and must not be the measure by which a non-Muslim citizen is denied the right to eat pork, watch a movie or use “Allah”. If we allowed that to happen, we would be a nation where behaving like an exposed nipple trumps constitutional rights to freedom of religion, assembly, association and expression.

Jacqueline Ann Surin is thankful her perception of Islam has been shaped by intelligent, rational, kind and fair-minded Muslims who have been rocks in her life.

Tuesday, August 24, 2010

ada suara kecil sekejap-sekejap mengekek ketawa. tak akan bertahan, matanya dikecilkan. kau tak mampu.

ada aku tanya pendapat kau ke?

kau mengadu pada dia kan semalam?

kau rasa dia hantar kau ke sini?

senyum.aku ini di dalam darah setiap anak adam.

kalau macam tu, aku tau tempatnya kau akan mati lemas muntah darah.

kali ini ketawanya terhambur terus tanpa ditahan-tahan. hilainya nyaring dan bergema. lama. ia berulang-ulang. hampir sepurnama suara itu kedengaran. setiap kali, ia seakan mengulang kejadian. genap hari ke 29. genap suara jadi terpaling sayup. genap hari ke 29 mereka berkeadaan begitu. sepatutnya, ini adalah hari segala yang kurang dicukupkan. sepatutnya hari ini segalanya digenapkan. sepatutnyalah kan.

Monday, August 23, 2010

(21:33) It is He who created the night and the day, and the sun and the moon. They swim along, each in an orbit.

(51:7) By the sky full of paths and orbits..

semuanya berjalan tanpa bertembung diantaranya. 200 billion galaxies consisting 200 billion stars in each. more or less.

tapi, di satu tempat ini, di setiap selang masa, akan ada hentian pada setiap garisan orbit. dan hentian ini akan meninggalkan satu titik dalam hati manusia usai ia dilepaskan atau sekadar dilalui sepintas waktu. titik-titik ini cuma sebesar zarah. tetapi ia akan membesar sedikit demi sedikit. seperti banyaknya hentian yang terlewat dalam perjalanan. dan tanpa sedar, titik bertukar tompokan. tompokan bertukar sebahagian. sebahagian memisahkan suatu persamaan kepada perbezaan. perbezaan bertukar kepada taklukan. atau boleh saja bertukar kepada tompokan-tompokan kecil kembali, bergantung pada kuasa pemiliknya. sampai nanti di suatu masa, di antara mereka ada yang kembali ke hentian yang memulakan segala. Ada pula yang tidak sempat menghabiskan satu pusingan orbit. beruntunglah mereka yang mengambil pelajaran dari setiap sesuatu.

Monday, August 16, 2010

aku akan jadi lebih baik dari semalam. aku janji.
kami tidak bercakap. mahupun bertukar-tukar senyuman. cuma beberapa detik renungan itu saling bertemu. dan aku tahu ada pilu yang disimpannya dalam-dalam. kalau menurut kiraan doktor, dia punya beberapa bulan lagi untuk hidup. dia HIV positif. kalau mengikut apa yang aku dengar, dia akan menghabiskan ramadhannya di kawasan terpencil itu. mahu cuba menghamba diri setiap malam. aku harap dia dapat apa yang di mahu. sekalipun bukan semua. aku harap pilunya hilang saat dia bertemu dengan penciptanya nanti.

Thursday, July 1, 2010

dalam peti besi simpanan aku ada sekeping hati. tapi takde barcode untuk aku trace pemiliknya. mungkin aku kena hantar ke lab untuk ujian DNA. tapi masalahnya sekarang aku lupa kombinasi nombor untuk buka peti besi ni. masalah atas masalah atas masalah. kalau takde bukanlah hidup. ahh..malam ni kita layan bola. esok biar mata merah dalam bilik meeting.

Friday, June 25, 2010

hari ini tak gembira. tiada sebab tertentu. cuma tak gembira. dan aku berfikir tentang banyak perkara. salah satunya ya..kamu.

ternyata aku memang idealis tegar. kalau betul ada seorang untuk aku di dunia ini, tunjukkan lah diri. aku sudah bosan tertunggu-tunggu seperti hidup aku yang biasa-biasa itu. menunggu pukul 5.30 petang, menunggu hujung minggu, menunggu gaji masuk di awal bulan, menunggu hari akan terjumpa kembali dvd friends season 10 yang hilang, menunggu musim durian, menunggu tawaran kerja yang aku idamkan, menunggu duit membukit sekelip mata dalam bank, menunggu mimpi jadi kenyataan dan menunggu kau datang ke dalam aku. itu pun kalau benar engkau memang ada untuk aku.

sebetulnya, aku sendiri tak tahu aku memang mencari atau tidak. atau wajar aku mulakan pencarian sekarang? selama ini yang aku lakukan cuma mengikut apa yang di depan mata. dan pilihan-pilihan yang aku buat telah menempatkan aku di sini. berkeadaan begini. seperti yang berdiri di depan kamu sekarang.

ini adalah entri yang pathetic.

Thursday, June 24, 2010

kelmarin, 2 kewujudan malaikat maut dipercayai menjalankan misinya di kawasan rumah aku. yang pertama, ditugaskan untuk mengambil nyawa seorang lelaki lingkungan 60-an. yang kedua, sasarannya adalah nyawa yang juga 60-an kalau mengikut kiraan teori manusia. petang semalam, aku sempat menjenguk sasaran kedua malaikat maut. sempat menyentuh badannya yang sudah tak mampu lagi bergerak. dia cuma menoleh kepada aku sedikit dari sisi. mungkin untuk menggerakkan lehernya terlalu banyak sangat menyakitkan.
aku pulang malam itu dengan fikiran yang kadang-kadang menerawang tentang dia. pagi tadi sempat aku menguruskan tubuh yang terkulai kaku dan mulai mengeras itu. selesai semua urusan untuk pengebumian aku terus ke tempat kerja.
selamat kembali ke sana kucingku Mee-nyo. semoga aman tanpa kucing putih gangster mengacau lagi.

Wednesday, June 23, 2010

setelah beberapa waktu menteri utama memerankan wajah diplomasi, setelah berpucuk-pucuk surat layang memenuhi ruang matanya, sekarang dia mula tunjuk sikap berlembut. sidang akhbar tertutup yang dianjurkan cuma dihadiri wartawan dari laman sosial Facebook.

begitupun, langsung gambar Yusuf dicetak buat tatapan pembaca koran, sekalian pengutus surat-surat layang tergerak merencana sesuatu. semua mahu membongkar sisi sulit menteri utama mereka.

Yusuf molek sahaja di dalam penjara, bahkan mendapat sahabat saling berkongsi mimpi segala.

zulaikha tidak mampu lagi membendung pelangi yang kian memancar dalam hatinya. lalu dia sendiri berkomplot dengan wartawan laman sosial Facebook supaya rencana ini mengaitkan dirinya secara langsung.

Pegawai K, salah seorang pengutus surat layang mula mengatur langkah. ruangan komen pembaca jadi medan untuknya mengumpan lawan.

setelah duduk lama-lama menilik nasib semalam, biarpun tanpa monsun yang menghilang, bintik-bintik merah di pipi mula mereda dengan sukarela. semalam, lewat diskusi dengan pegawai K, lewat bintik-bintik merah di pipi mereda dengan sukarela, khabarnya kesihatan pula jadi ancaman buat monsun. akibat bersengkang mata memerah otak menggagah tenaga berterusan, monsun kalah dengan virus duka yang terkumpul lalu merubah suhu badannya jadi turun naik. langkah yang disusun rapi jadi terencat sebentar. tapi cuma sebentar saja.

baca:
yusuf - perasaan lelaki kepada perempuan dan/atau sebaliknya
menteri utama - lelaki yang kononnya punya perasaan terhadap zulaikha
zulaikha - perempuan yang kononnya adalah jawapan untuk perasaan kosong lelaki
pengutus surat-surat layang - rakan-rakan gadis berbintik merah di pipi
monsun - pari-pari tercipta dari angin atas nama cinta
pegawai K - rakan gadis berbintik merah yang kononnya (mungkin juga self-claimed) punya kuasa psikik

Thursday, June 17, 2010

di masa-masa yang saya kira sulit, akan terdengar suara-suara mereka, seolah-olah berteriak, berbual kosong atau mungkin berkata-kata sendiri. apa ini yang namanya halusinasi? atau sebenarnya, mereka yang tidak lagi tinggal di dalam rumah itu punya dunia sendiri. lalu kadang-kadang, di masa-masa yang saya kira sulit, dunia saya dan dunia mereka bertembung sekejap-sekejap. tapi mereka itu hidup. apa perlu saya berhalusinasi tentang mereka yang hidup? apa perlunya saya berbahas tentang mereka di ruang ini?
ada khabar kurang enak dari monsun tentang kamu. katanya kau telah ditawan oleh menteri utama dalam penjara. kononnya semua angkara zulaikha. ketika monsun ceritakan ini, aku langsung tertawa geli hati. kau itu tidak akan pernah seperti yusuf. tidak akan pernah menjadi yusuf. apa agaknya yang mereka nampak pada wajahnya, tanya aku pada monsun usai tawa mati tiba-tiba. monsun cuma sempat menjawab dengan keluhan di pipi ku sebelum hilang di dalam udara.

pipi aku kemudian memerah perlahan-lahan. ada bintik-bintik kecil memekar sedikit-sedikit. sakitnya kadang-kadang tapi kebasnya bukan kepalang. kebasnya bukan kepalang.

sungguh mereka telah nampak yusuf di wajahmu? sungguh mataku telah buta untuk seorang yusuf? atau apa sebetulnya khabar ini?

Friday, June 11, 2010

aku sudah letih memakai baju idealist. membahu beban sarat terhimpun impian murni realist masa depan yang kononnya bermula dengan mengaplikasi propaganda segigih dan setegar mungkin. semua itu cuma buat mengisi masa belaka.
mungkin aku ini anak seorang yang dibunuh. ini teori pakcik keretapi. dengan hujung kuku yang hitam, kulit tapak tangan yang kelihatan mengeras dan kelam muka seakan dibakar saban waktu oleh terik mentari, puntung rokok yang tinggal separuh terus dibuang. lama mata pakcik keretapi meliar sebelum akhirnya merenung dalam bola mata aku. dan pakcik keretapi mengangguk beberapa kali. tanpa suara. ini teori pakcik keretapi.

tren saya dah sampai pakcik.

mata pakcik keretapi langsung singgah pada tren yang mendekat. dan pakcik keretapi mengangguk beberapa kali dan kali ini renungannya lama pada susuk tubuh yang mahu segera menghilang di celah orang ramai.

ini teori pakcik keretapi.

Thursday, June 10, 2010

bosan. bosan. bosan.
ulang sampai 3 kali tapi masih tak bosan untuk mengulangnya lagi.
bosan. bosan. bosan.

mari kita cuba gunakan kata-kata sopan tanpa manja.

saya bosan melakukan kerja yang sama setiap hari. setiap pagi, bangun dari tidur, saya bosan untuk bersiap ke tempat kerja kerana saya tahu saya akan buat perkara yang bosan sekali lagi. dan lagi.

kalau duduk lama di sini akan seperti mental bermasalah tahu?
anak kecil, jangan pandang rendah terhadap orang dewasa.
pari-pari hitam dan putih. sila senyap jangan bising di tepi telinga.
awak tak cakap ada masa terhad juga kan?

Monday, June 7, 2010

aku sedang mencari alasan untuk tidak duduk dan berdiam sahaja sambil mendongak ke langit. aku perlu bangun dan mengait bintang-bintang agar nanti bulan tinggal sendirian langsung dengan rela hati ia jatuh ke ribaan ku. tapi bintang wajar diperlakukan dengan bagaimana? ini satu kejadian paling awangan bila bercahaya. sama juga seperti hati. lalu hati selalu diperlakukan dengan bagaimana selama ini? rasanya wajar aku ke dalam dan berbaring sambil mendongak ke siling. mungkin nanti pusingan laju kipas menghantar jawapan terus ke dalam mimpi tanpa perantara lagi.

Friday, June 4, 2010

aku tahu engkau sedang terpaling rawan saat ini. bertahun mimpi itu terbina dan sepintas mimpi itu sendiri memperkosa setiap inci jiwamu.

rakus.

engkau diratah ketika begitu hampir ke garis sempadan.

rupa-rupanya separuh masa pertama belum tamat.

rupa-rupanya, cinta, atas nama apa pun belum layak untuk disandarkan harapan.

menangis saja semahumu. esakkan saja semua sakit yang menggila. raungkan saja setiap kenangan yang tersimpan. lepaskan saja semua itu hari ini.

kerana hari esok kau harus bangkit sendiri. kau akan berdiri lagi.

dan esok itu bukan keesokan hari. ambil saja seberapa lama masa yang kau perlu. selama manapun yang kau mahu..

asal saja kau percaya, suatu hari nanti semua ini bukan apa-apa. dan seperti baru semalam kau tinggalkan pembaringanmu.

aku dan teman-teman akan selalu ada di setiap semalam, hari ini dan hari esok.

rupa-rupanya, separuh masa pertama belum tamat lagi yasmin farhana omar.

Tuesday, June 1, 2010

hari ini, ISRAEL masih lagi berkuasa. apa yang barunya tentang itu?

aku semakin hilang percaya pada cinta. mungkin kerana kuasa perosaknya besar seperti ISRAEL.

kenapa aku sentiasa berfikir seperti akan tewas?

ISRAEL dan cinta, apa kamu cuma mahu menang?

kalau nyawa Palestin terbaca ini, pasti dia nekad menghayun pedang. Kerana di sini ada satu suara menyamakan musuhnya dengan cinta.

HARA-KIRI!!!

Tuesday, May 25, 2010

di sana..
ada lelaki besi menikus di sebalik gitar.
ada senyum leret berselindung di dalam lagu.
ada cinta berahi dijaja murah-murah.
ada hati ranap tak sengaja dipijak-pijak.

di sini..
aku diam-diam menjenguk kepala.
diam-diam memanjat doa.
diam-diam membaca mentera.
bagilah aku masuk.
tolonglah.

Monday, May 24, 2010

kehadapan alia yang berada di kejauhan,

ketahuilah bahawa entri ini adalah hasil paksaan emosi kau yang tidak menentu itu.

ketahuilah juga yang aku ini tak berasa punya keperluan untuk menulis di sini sejak beberapa waktu lepas. sepertinya, segala rasa yang terwujud itu telah terperosok jauh ke satu sudut gelap, hamis dan kotor. makanya, telah aku putuskan tiada nyawa harus dibenarkan masuk ke sana. aku kira ini wajar..

tapi, kau tetap alia. sengaja atau tidak, bayangmu selalu menuntun aku ke sana tanpa belas. mungkin saja kemanusiaan aku telah pudar. mungkin saja keterbukaan kau terlalu mengesankan.

entri ini sekadar memenuhi tuntutan. sekadar mengingatkan yang aku sekali lagi seperti berbogel di hadapan kalian.

campak baju kau ke sini untuk aku pakai.

Friday, May 7, 2010

dia bukan seorang yang mudah lupa. bagaimana mungkin luntur nista dari kesat kata-kata yang lahir dari anak sedarah sedaging. setiap hari yang bersalut di tubuhnya adalah pakaian bonda. setiap hari yang bersapa di hatinya adalah rawan pecinta. pagi ini dia minta untuk dijabat tangannya. saya turutkan semua sambil tertawa kerana ini bukan rutin harian sebelum melangkah keluar dari rumah. saya akurkan permintaannya kerana sudah beberapa malam tubuh badannya tidak seperti norma.
"terngiang-ngiang lagi apa yang dia cakap. setiap kali mama duduk, makan, sembahyang.."
apa sebetulnya wajar dia melupakan ini - "aku ni keluar dari lubang babi agaknya"
atau buat-buat lupa pada ini - "macam inilah jadinya kalau keluar dari perut anjing"
saya hanya menjamah jujur segala macam riak yang terlukis pada mata dan wajah dia yang kempunan kasih benih sendiri.

semua yang masih punya ibu - selagi berbakti pada mereka, selama itulah rahmat dan berkat tuhan akrab bersama.

selamat hari ibu.

Friday, April 30, 2010

kita belum berbalas cerita
tapi kau sudah gopoh menunjuk taring
jadi penyeri jalan cerita
sayang...
aku baru mahu menyerah kalah tadi
kalau berdesing telinga
menangkap sirat maksud
membaca tutur bibir
hingga tersirap panas
udara di muka
aku belum mahu pergi dari sini

Tuesday, April 27, 2010

kepala aku tak sakit atau pening tapi rasa macam nak pecah sekarang. macam dah tahap maksimum serabut. aku perlu seseorang untuk pinjamkan waktu dan telinga.aahhhhh.tapi masih tak boleh nak putuskan siapa orang tu. betapa susahnya untuk aku berbagi rasa dengan orang.
apakah ini keputusan yang tepat? aku harap jalan ini akan membawa kami ke tempat yang lebih baik. aku harap ini pilihan yang tepat. kalau abang aku ada dia pasti dapat fikirkan sesuatu dan mampu yakinkan kami tentangnya. tapi dia tiada untuk buat keputusan ini. kalau dia ada rasanya keputusan ini tak perlu dibuat langsung.

Monday, April 26, 2010

sedang ajar diri untuk cuba berbaik-baik dengan jiwa. berlemah lembut dengan hati. biasakan mencuba sampai jadi kebiasaan.

Friday, April 23, 2010

baik baca gosip dari berfikir yang bukan-bukan macam sekarang. baik bergossip dari melayan perasaan yang tak keruan sekarang. tapi, dari pagi tadi aku dah cuba teori ni. hasilnya masih juga berfikir-fikir tentang masa depan. esok. lusa. ahh..senang betul kepala ni diceroboh. senang.
tak. ini bukan pasal duit. ini pasal schizophrenia. rasa kelakar pula sekarang. rasa macam nak pergi karaoke pun ada. tapi dengan rm3 boleh buat apa. tadi baru menebalkan muka pinjam duit pada orang. sebab nak masuk ke sana perlu bayar deposit. jadi dengan gagahnya aku cuba meminjam. itu baru bahagian aku. kami dah bahagi tiga. aku mama dan pakcik aku. dengan perasaan yang aku pun tak tau apa, berbincang dengan dia supaya dapat dia menanggung 1 bahagian. lantaklah. nanti aku dah cukup duit, aku tanggung la semua bahagian tu. memang sekarang kalau nak ego akan tunggang langgang lah hidup. biarlah bertatih dulu perlahan-lahan. aku tak mahu nanti keluar suratkhabar mati kena tikam pula. hahaha..tapi ajal maut siapa tahu. dan kenapa aku gelak dengan kenyataan itu pun siapa tahu..
sekarang aku dah malas nak berkira-kira cukup atau tidak duit. biarlah. apa nak jadi pun. takpelah kalau lepas ni dah tak boleh keluar walaupun hanya untuk minum dengan kawan-kawan sebab duit tak cukup. sekarang yang penting adalah ini. hantar je ke nursing home. biar aku dan mama ikat perut. asalkan hari-hari yang kami lalui tidak tegang macam dulu-dulu. atau macam baru-baru ini. berkali-kali setiap minggu tingkap pecah, cermin pecah, kipas patah, barang-barang kena sepak terajang. sampaikan mama yang tengah solat dalam bilik dengan pintu berkunci dan tingkap bertutup pun dikacaunya. pintu ditendang dan kemudian menghulur parang dari tingkap yang berjaya dibuka. halusinasi dan delusional yang dia pegang kuat. sampaikan kisah dulu-dulu jadi bukti padanya. dengan tafsiran sendiri. keras dan hanya tahu menyalahkan. sampai sesuatu yang langsung tak pernah terjadi disemat kemas sebagai bukti menyokong tuduhan sendiri. apa nak jadi jadilah. pernah pula apa yang aku rancang jadi kenyataankan. kami bukannya akan jatuh tersembam muka di tanah terus. kami tak apa-apa pun. hidup dan bernafas macam biasa. cuma kadang-kadang udara macam tak mahu cukup. itu pun kadang-kadang.

Wednesday, April 7, 2010









aku ni selalu saja tidak stabil di dalam. dan aku ini selalu saja berlagak stabil di luar. ini semua kerana aku ada rakan-rakan susah dan senang. ini tribute untuk semua yang tanpa sedar jadi perisai yang melindungi aku dari virus-virus jahat dunia. cukup aku tau mereka ada di dunia lain. cukup. mereka tak perlu tau teori dalam otak aku. mereka tak perlu diberitahu tentang formula apa yang aku cuba cari. jumpa, berbual-bual kosong, makan-makan, gelak-gelak. "oh..diorang ada nanti."

ada lagi rakan-rakan yang superhuman tapi takde dalam gambar sebab upload dari pc office. intan suraya - mira - izan - ajal
baru teringat wawa yang waktu aku jobless dan pokai telah meminjamkan duit untuk survive tanpa banyak soal.
bosanlah. takde perkara yang selesai. semuanya diulang-ulang. aku dah sampai tahap benci pada semua ini. macam orang bodoh yang cuma mengikut jalan terbentang di depan mata. kalau kita kembali seri atau mungkin 0-0 dah buat aku cukup gembira. tapi aku yakin selepas ini semua berulang kembali dengan sejarah memberat di angka-angka kecil dan besar yang tidak stabil. kepala aku pun semakin berat dengan taakulan masa depan yang aku mimpikan sendiri. kemudian lagi bermimpi watak orang yang pernah penting suatu masa dulu. hubungan yang konon terputus kerana salah yang terbeban di bahuku. padahal aku cuma simpan segala rahsia kisah yang terjadi. tutup dan pergi tanpa menoleh lagi. ini hanya membuktikan yang aku ini sebenarnya terkandas di dalam ruang masa yang sudah bertahun-tahun lepas berlalu. biar bagaimanapun kaki berusaha menginjak laju pada realiti, rupa-rupanya awan-awan dulu masih mahu bernaung di atas kepala aku. aku ni memang bodoh mungkin. sama ada sengaja atau tidak, aku telah membiar roh yang terkandung dalam tubuh ini untuk berhenti membesar. berhenti menjadi dewasa. berhenti untuk belajar dari dunia. berhentilah diri dari mengeluh keadaan sendiri. ia cuma memuntahkan hitam dari hidup yang selama ini kau ikutkan. yang selama ini kau diamkan kelemahan dan kekurangannya.

Thursday, April 1, 2010

apa nak buat sekarang? atau apa yang patut dibuat sekarang tuhan?
tak tahu perasaan apa yang patut saya rasa sekarang. entah..ini mungkin noktah untuk serabut di malam-malam hari. ini juga mula untuk sesuatu yang mungkin lebih teruk lagi. sejak jaring yang memisahkan dua dunia ini tiada, yang selalu saya rasakan lebih kepada penat. doa yang sama terucap saban malam. mohon sekerasnya agar ajalnya diawalkan. melihat mama cuba untuk tidur malam tadi dengan mengetap bibir dan keluhan yang entah berapa kali.1 april juga hari lahir mama.permudahkanlah perjalanan mama dunia akhirat tuhan. mama baru sahaja telefon ketika saya sedang menaip ini. katanya, cuma nak meluahkan dan jangan beratkan kepala dengan semua ini..
saya memang tak tahu rasa apa yang patut ada sekarang. yang pasti bukan gembira. bukan juga sedih.

Monday, March 29, 2010

hari ni sangat pelik. tapi fun. dan full of surprises. saya suka watak saya hari ini.

hujung minggu agak penat. penuh dengan aktiviti dari pagi sampai malam.

Monday, March 8, 2010

bila manusia mahu kembali jadi sampah
bukan hanya membiarkan
malah saya sendiri dengan seluruh kudrat ini menghantar ke stesen di garis mula
tanpa sepatah kata semangat
sekalipun saya tahu selepas ini tidurnya adalah di bawah jambatan
atau mungkin di atas tanah perkuburan seperti yang pernah didiami beberapa waktu dulu
yang saya tahu cuma berkata-kata dalam hati
kemudian malam tadi bila dia berkali-kali cuba untuk mengajak bicara atau apa saja
yang saya akurkan cuma pada mata yang mengantuk dan nafsu yang mahu terlena
membiar manusia itu sendiri entah di sudut dunia mana
pagi ini, kononnya dia di hutan
tanpa wang tanpa semangat hidup
yang ada cuma keinginan untuk jadi sampah semula
hidup seperti dulu-dulu
bila hitam dan kelam tidak sedikit pun mampu menggugat tenang jiwa
bila keadaan sekeliling seumpama lukisan abstrak yang statik terpamer
tunggu saja nanti ke mana kisah ini akan pergi..

Thursday, February 11, 2010

saat angin berdiam tak mahu ke mana-mana
saat matahari canggung berteleku di kaki langit
saat awan mula berarak untuk berpaksi di timur
saat gelombang laut jadi mengerikan
saat semua bertempiaran mencari kuasa
kau eratkan rangkulan tangan mu
agar terdakap setiap sesuatu yang menerima
hingga mereka jadi tenang dalam kasih mu
hingga tertidur jiwa mereka dengan kalimah mu
alangkah beruntung kemenangan ini
alangkah bahagia penyerahan ini
kami cuma bermula dengan nama mu
kau langsung jadikan rantai membelenggu kami
wahai pendamping jiwa manusia..

Wednesday, February 10, 2010

"Padamu, dariku dan anakmu yang berbaring di sisimu dan yang telah mengikutimu. Salam, wahai Nabi Allah.
Kesabaranku dan kemampuanku telah semakin lemah, kerana nasib orang yang dicintaimu, wahai Nabi Allah. Tetapi, bagaimanakah diriku boleh bersabar dengan nasib buruk yang menimpaku dan kehilangan dirimu?
Aku telah menguburkanmu, tetapi dirimu masih ada di hatiku. Kita semua dari Allah, dan kepadanya kita akan kembali. Tetapi kesedihanku itu abadi dan malam-malamku yang gelap, tidak boleh tidur, sampai Allah membawaku ke rumah tempat dirimu berada sekarang.
Sekarang anakmu akan menceritakan bagaimana kaummu saling bergabung untuk melawan anakmu dan mengambil hak-haknya. Suruhlah dia menceritakan segala sesuatu yang telah terjadi walaupun kepergianmu belum begitu lama dan orang belum melupakanmu.
Salam untuk kalian berdua. Salam dari seorang lelaki yang tidak memiliki rasa marah dan sedih lagi."
Ali oleh Abu Ubaidillah Syariff

Tuesday, February 9, 2010

cinta tuhan ku telah memadam sugul pada wajah sang matahari
hingga terik cahaya langsung tidak memberi kesan pada mereka yang ditelanjangkan
dakapan kasihnya terus mahu melarut ke dalam bumi
sampai mereka lupa kalau sebenarnya ada kuasa besar sedang memalingkan
hati-hati para pencinta dunia
sungguh kita orang-orang yang paling rugi..

Friday, January 29, 2010

bila aku mendongak
ada pelangi di kaki langit mu
senyum puas..

Thursday, January 28, 2010

rambut keras macam dawai.
mata merah dan berair.
jerawat2 baru mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
hidung basah dan tersumbat.
tekak sakit dan pahit.
suhu bilik sejuk macam dalam peti ais.
dompet cuma ada 4 ringgit.
saya mahu masuk dalam cermin dr parnassus sekarang.

Thursday, January 7, 2010

jangan hidup dengan masa lampau. tapi kalau masa lampau itu juga adalah masa sekarang bagaimana? mama langsung tidak dapat tidur malam tadi. memang payah rupanya hidup dengan orang yang punya masalah kemurungan. walaupun dibantu dengan dadah approval dari doktor. rumah akan jadi kelam kabut. kadangkala ketika mama hilang sabar dia akan ucap ini - lebih elok mati..tak tertanggung dah semua ni..
tapi saya pula hari itu berdoa untuk orang lain yang mati bukan mama. saya berdoa sekeras-kerasnya semoga tuhan segerakan ajalnya..
salah kah kalau saya pilih itu kerana wujudnya dia pun memudaratkan orang lain. dari segi segalanya. lengkap.
tapi apa yang saya tahu tentang masa depan. tuhan lebih mengetahui kiranya panjang umur dia dan dapat dimanfaatkan untuk menghapus dosa. atau pun pendek umur dia untuk memelihara beban dosanya agar tidak ia semakin menggunung.
alah..semua manusia pun punya dosa. pilihan-pilihan saya ini cuma untuk setiap moment-moment yang berlalu dan perasaan waktu itu. jangan menghukum dulu kerana saya tak punya prinsip apa pun dalam hidup.

Wednesday, January 6, 2010

bagaimana mahu lari dari tanggungjawab tanpa rasa bersalah?
mungkin ada caranya. jangan putus asa dan jangan berhenti berfikir sampai dapat jawapan.