Thursday, September 23, 2010
mama kata ada syaitan dalam matanya. haha.. aku tak tengok langsung mata atau syaitan tu. bila aku nampak kelibatnya depan rumah, aku terus ke bilik dan berkurung. duduk di atas katil sambil membelek bil-bil rumah. aku ingat angka-angka tu boleh buat aku lari dari masalah depan mata. tapi, rupa-rupanya setiap kertas yang aku pegang goyang. ikut gigil sama seperti tangan aku. dan ini kali pertama aku menggigil kerana dia. mama memang ibu terpaling sabar aku rasa. dengan semua tuduhan dan makian, dia cuma sambut dengan suara tenang dan tegas. disuruhnya duduk supaya tenang. selawat dan berbincang. tak, dia tak duduk mahupun bertenang. malah mereka hikayat pilu yang bukan-bukan. akhirnya, setelah setuju dengan kehendaknya, baru dia sedikit relax. selepas makan terus pergi semula ke tempat yang sepatutnya. aku cuma tahu menyepikan diri. walaupun sempat dia menitip ucap selamat tinggal terus padaku dari luar, aku masih diam lagi. itu saja yang aku tahu setakat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment