Monday, December 19, 2011

ada orang tanya kenapa berubah. aku diam. sungguh, aku takde jawapan untuk soalan itu. even sampai sekarang. intan pernah tanya soalan yang sama.

      • Illiani Arifin
        • aku slalu rasa too soon
        • atau rasa satu hr nanti
        • ke apa
        • atau tunggu satu miracle
        • pdhal islam tu logik bukan miracle semata2
        • aku rasa sama mcm solat cthnya
        • sekalipun x perfect tp cuba sampai berjaya
        • sbb tu la aku decide nk pakai tudung
        • i dont think i explain myself well
      • October 17
        Intan Suraya Hanapiah
        • well said i think...
        • which is true definitely...
        • alhamdulillah...
        • aku pun Arif dah sound..
        • memang aku janji ngan dia aku nak pakai tudung lepas aku kawin...
        • tapi ada benda yang aku nak settle kan sebelum aku bertudung...which is bullshit la if Allah tu boleh berkata2 direct ngan aku
        • :D
      • October 17
        Illiani Arifin
        • kan?
      • October 17
        Intan Suraya Hanapiah
        • what do u mean kan?
      • October 17
        Illiani Arifin
    • mmg la x sempurna tp lama2 bila kita biasa dan faham, ia akan sempurna la kot

      • yang aku tau, aku mau jadi lebih baik. jadi aku mulakan langkah dengan ini. kadang2 aku rasa x perlu pun nak explain pada sesiapa. tapi, bila orang buat andaian yang macam2.. dan kelaka dan sgt prejudis. aku rasa rimas. 

      • untuk aku, ini adalah langkah untuk baiki diri. dan ia bukan luaran semata-mata. aku kena usaha untuk baiki hati setiap waktu. dan usaha supaya tuhan kekalkan sampai habis waktu aku di dunia. 

Tuesday, November 22, 2011



i just have to blog this.



An ecstatic coach Ong Kim Swee also finally revealed his secret pep talk: "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.

 "We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done."

 He added: "It was a tough job in selecting players as we have faced so many injuries but no matter who I picked to  play they gave it their all.

"As a coach  I did not have to tell the players what to do. They already knew the situation so when it came to the penalties, they showed good character and attitude."

Read more: SEA GAMES: Baddrol’s golden kick - Soccer - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/soccer/sea-games-baddrol-s-golden-kick-1.9309#ixzz1eOzV9ir0

Monday, November 21, 2011



ini semangat untuk harimau muda. 
GO TEAM MALAYSIA!

* takde kena mengena ke?

Friday, November 18, 2011


tuhan di mana-mana

Tuesday, November 15, 2011



ini tahun 2005

Monday, October 10, 2011


bangunkan aku
jangan biar aku mati terlalu lama

dan percayalah
gambar itu menipu
seperti aku sekarang
yang sedang menipu
diri sendiri
aku tak mampu mencium wangi dari harummu sekalipun jarak kita cuma sehembus nafas. apa lagi melihat sekujur tubuh kurusmu yang menderita kerana cinta.
ya. aku tak percaya seseorang mampu bawa rasa ini pergi dari aku. sebab ia adalah aku. hehe..tapi mungkin dia boleh jadi kekuatan untuk aku. itu pun kalau aku benarkan. kan?
siapa yang boleh bawa rasa ini pergi? siapa...
apa sebenarnya? ia seperti berdikit-dikit kembali. atau ia memang tak pernah pun menghilang. cuma tinggal bersembunyi di sebalik serabutnya saraf-saraf dalam tubuh setiap seorang dari kami. kemudian, cukup waktu, ia menampakkan diri dan kembali menjalar bersatu melikatkan darah. menyerang saraf rasa.

dan beginilah rasanya.

Thursday, September 15, 2011

ini bukan keputusan satu malam. ia dah bermain-main dalam benak sekian lama. dan paling kuat  ketika bulan  islam  penuh kemuliaan hari tu. dan satu pagi di hari raya, merenung sebaris kata-kata dari seorang tokoh di tv. padahal aku dah diperdengarkan dengan segala macam hukum dan hikmah sebelum ini. tapi kali ini ia terngiang-ngiang. jadi malam tadi aku tanya pada diri sendiri. apa sebenanrnya yang aku nak? lalu aku buka buku himpunan kata-kata dari tuhan. aku selak secara rambang. ini jawabnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
An-Nur : 31

sekali lagi, ini satu proses. tidak mungkin sempurna dalam sekelip mata. 
begini. kau telah aku paksakan mati dalam dunia aku. hari-hari aku harus mengulang mentera yang sama. kerana hari-hari kau lahir semula dan berasimilasi dengan dunia aku. jadi odisi kali ini aku akan cuba cari tuan guru paling ahli. supaya kematian kau nanti tak memberi apa-apa kesan pada aku seperti hari ini. 

Thursday, August 4, 2011

bunyi macam takbur. yang sebenarnya hatinya sudah hancur. tapi dengan mata berkaca-kaca dia kata dia ok. jadi aku anggap dia akan ok nanti.
'bertakwalah kepada tuhan dan tuhan tentu membimbing kamu. ingatlah selalu pada tuhan dan kamu akan temui dia tepat di depan kamu. ingatlah tuhan ketika kamu senang kerana dia ingat kamu ketika kamu susah. apabila kamu meminta, mintalah kepada tuhan. apabila kamu perlukan bantuan, mintalah kepada tuhan, kerana apa yang berlaku hingga hari pembalasan sudah ditetapkan. walaupun seluruh makhluk berusaha membantu kamu mendapat perkara yang tidak ditetapkan tuhan, mereka tentu tidak dapat melakukannya.'


aku harap bila aku meminta, mereka akan kata itu suara yang kami kenal. itu suara yang kami kenal. dan suara aku akan terngiang di langit dan takkan pernah hilang dan dilupakan. sampai bila-bila.

Monday, August 1, 2011

ok. hari ni tak bermula dengan baik. tapi takpe. ia bukan kerana khilaf diri. harap2 sekejap. kalau tak spoil mood tahun ni.

Friday, July 29, 2011

bila susah hati aku mengadu. bila suka gembira takde pun terima kasih pada dia. padahal dia tu selalu bagi macam-macam. kena cari. kena usaha cari. kena. nanti tak sempat.

Thursday, July 14, 2011

mimpi akan selalu datang dengan pelangi dan hujan ribut. itu ketetapan. pemimpi akan selalu tidur untuk terus merasa dibuai dan diingatkan. antara keduanya, kita berjalan dengan puisi dalam dada. ada kata semangat, ada peringatan, ada seloka jadi monumen masa. antara kehendak diri dan senyuman dia, aku pilih untuk berdiri di atas garisan. cuba mencari lukisan senyum yang terhias di muka dari jarak yang aku kira paling biasa. kemudian dengan bunyi paling selalu aku dengarkan, aku akan melangkah terus cuma di atas garisan itu. sampai nanti terjumpa penamatnya di mana-mana.

Thursday, July 7, 2011

kalau pun dapat,
belum tentu sempat.

layar berbelok-belok,
sauh dibungkar di tempat tenang,
yang tinggal hati tak elok,
yang pergi hati tak senang.

ape hal hari ni nak feel PGL?
gileee!!!

Tuesday, July 5, 2011

hehe.. :)


Friday, July 1, 2011

selepas berselisih tadi, ada bau kamu tertinggal di kaki lima. aku kutip dan simpan genggam tangan kiri dalam kocek. sepenuh hati aku lari ke atas. tanpa menutup pintu, aku keluarkan balang kaca dari bawah katil. dan dengan penuh hati2 aku masukkan bau kamu ke dalamnya. nanti aku kutip lagi bau kamu. bila penuh balang kaca ini, aku akan pakai bau itu setiap hari. setiap hari yang kamu tiada. supaya aku tak lupa pada kamu.

Tuesday, June 28, 2011


sejak tempat ni dah terbongkar, banyak benda aku kena diamkan. taktau la sampai bila bole bertahan. nak berkias macam mana lagi..sakit kalau lama2 macam ni.

Friday, June 24, 2011

setiapnya pun kerana aku sendiri. sebab aku percaya setiap sesuatu itu ada tempatnya. dan setiap perasaan itu ada penyebabnya. jadi tahankan rusuh hati itu dulu. biar masa adili semua.

Thursday, June 23, 2011


Kejadian buli di tempat kerja.

video
video

Wednesday, June 15, 2011

aku belajar sesuatu semalam. syaitan boleh datang dengan kesedihan. dia boleh datang dan bawa kesedihan untuk kita. jadi, kita boleh sedih dan lemah. sebab itulah hidup. tapi kita tak boleh hanyut dan tenggelam didalamnya. sebab mereka sentiasa ada dan sedia untuk rabakkan hati manusia. jadi bila jatuh kita kena bangun. bukan terbaring kaku. kalau tak mampu bangun sendiri, minta pada tuhan supaya digerakkan tangan orang-orang yang berselisih dengan kita. cakap dengan dia selalu. mesti dia dengar. 

Thursday, June 9, 2011

ada seekor semut sedang menangis. dia berjalan di depan aku sambil menangis. kemudian dia berhenti betul-betul di atas tapak tangan aku. dengan suara tersekat-sekat, dia kata, kau akan halimunan. Kau akan halimunan dan akan mati 5 minit lagi.

Aku terdiam. Matanya sudah bertukar hijau saat aku cuba menggerakkan tangan. Semut kata lagi, kau tak akan dikebumikan. Hujan akan turun dan bawa kau pergi nanti. Aku cuma angguk tanda faham.

Kemudian semut berbaring di tapak tangan aku. Dengan satu tangan di atas dahinya, dia mengeluh. Rahsia ini terlalu berat untuk aku. Aku dah tak sanggup simpan sendiri. Aku angguk lagi tanda faham.

Tiba-tiba semut bangun dan mengibas-ngibas kakinya. Lagi 2 minit, katanya. Lagi 2 minit, kau akan tumpahkan air kopi tu dan hanyutkan aku dari sini. Lagi 2 minit, aku akan pergi dari sini dan kau akan halimunan perlahan-lahan. Kemudian hujan akan turun dan membasuh semua sisa tentang kita. Hinggakan meja ini pun akan mengecut dari bebanan yang di bawa oleh hati kita.

2 minit kemudian, hujan turun dengan lebat. Air kopi yang tumpah sebentar tadi telah bercampur dengan air hujan. sekelip mata aku hanyut dibawa arus hujan. perlahan-lahan, seperti kata semut tadi, aku sudah halimunan. sekelip mata, mungkin semut tadi lupa untuk beritahu, aku sudah tumbuh sayap dan terbang tinggi. Tinggi sampai semua manusia yang mengerumuni meja aku tadi nampak seperti titik-titik. Dan aku rasa, sekelip mata, beban dan rahsia dalam hati aku yang tertinggal atas meja mengecil menjadi semut-semut hitam.


semut-semut hitam itu lalu memanjat tubuh-tubuh manusia di sekeliling meja. dan sebelum aku terlupa, sayap aku berwarna biru. ya, bukan putih tapi biru. 

Tuesday, June 7, 2011

"kalau dah jumpa tu, pegang sampai dapat."
ape hal dia cakap macam tu dengan aku? syaitan memang setan.

Wednesday, June 1, 2011


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fid-yah, (yaitu): Memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.




Friday, May 20, 2011



"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya, daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, dan daripada diri mereka sendiri, dan daripada apa yang tidak mereka ketahui."
36:36


untuk segala macam kemungkinan dan segala warna manusia yang kita tempuh dan hadap. telan setiapnya supaya nanti kita lebih belajar makna sabar. 

Monday, May 16, 2011

Aku rasa hari ni aku nak tulis berjela. Jadi kita mula dengan malam tadi. Mimpi tentang lelaki, seluar pink lembut dan abang aku yang di dunia lain. dan 2.40a.m. adalah waktu aku buka mata dan minta pada tuhan untuk dijauhkan gangguan2. Akhirnya aku berjaya tidur semula.

Ok. Sekarang aku dah tak tau nak tulis apa.. mungkin kita boleh cerita tentang seluar pink lembut tadi. Antara banyak seleksi warna, aku percaya pada kuasa pink lembut untuk cairkan lelaki dalam mimpi tadi. Tapi rupanya cinta kami dihalang orang tua. Dan aku terpaksa mengejar dia sampai terjaga ke dunia nyata semula. Tragis.

Aku cuma mampu setakat ini saja. Pintu masih tertutup. Kalau ada yang punya kunci silakan mencuba. Mana tahu boleh buka tingkapnya sekali.

Thursday, April 28, 2011

barangkali perasaan pecah yang semacam ini sudah luput. belum cukup bodoh untuk aku merasa menang seperti kali ini. yang terlihat nanti cuma sinis pandangan kita minta diterjemah sunyi. belum keras usaha untuk keluar dari daerah selesa ini. akan seperti kaca nanti retaknya bila di hempas ke lantai dan dibiar mendarahkan kulit manusia2. satu-satu kita rungkai makna sabar. makna dendam. satu-satu kita tambah beban dosa di pundak sendiri. minta dilapahkan jantung ini sampai kering semua yang lekit. sampai lahap jiwa yang lapar. macam kau. macam aku. macam mereka.


Ada tiga hal yang termasuk pusaka kebajikan, yaitu merahasiakan keluhan, merahasiakan musibah dan merahasiakan sodaqoh (yang kita keluarkan).
(HR. Athabrani)
jadi dah lebih seminggu. cerita yang sama. hilang. yang baru tentang kali ini adalah hilang dan diam terus. tiada cubaan untuk menyampai pesan. jadi kami pun mengikut telunjuk dan sekadar menunggu. cuba percaya dengan jalan yang dia pilih. dia mampu patah balik kalau mahu. aku mampu tamatkan cerita ni kalau mahu. hidup ni mudah sebenarnya. itu pun kalau kau mahu la..

Thursday, April 21, 2011

kita kawan sampai mati kan?

Monday, April 18, 2011

Me
intan - apa pendapat kau dgn golongan anti hadis?
susu 
huh?apesal tetiba ni?
tgh topik santai tetiba masuk golongan anti hadis?
 fishy ni..
nape?bf baru ko anti hadis ke?
Me
hahaha
jawab je la gile
susu 
aku tulis 4 baris,ko reply sebaris..nak tunjuk bz a tu!
Me
ko bg jawapan je sudah
susu 
syaitn
Me
jgn byk tanya
pastu skeptikal
susu 
eh..syaitan..
Me
cuba masukkan topik bf
susu 
ko yang skeptikal dengna orang kelantan
Me
yg jelas tiada kerelevenannya
susu 
eh..ko dh ada bf ke lum?aku nak meraikan ni
kerelevanan?mak aih?bahasa tahi
Me
sila jawab
belum la of kos
susu 
define golongan anti hadis tu..
Me
sengaja kan
susu 
belum?tak lah..aku concern
Me
jawapan??
susu 
aku dah tanya ko...define golongan anti hadis tu..specifically?
Me
aku tak tau
ko define la
include in ur answe
watever
just answer the damn question
susu 
wow!
persis harimau jantan
bisa gugur jantung guwe
Me
susu 
aku perlu tahu, golongan anti hadis tu specifically anti hadis secara keseluruhannya atau hanya kepada beberapa level hadis..sebab hadis itu sendiri berperingkat2 dan keterkaitannya samada sanadnya tulen atau dhoif
Me
keseluruhan
yg percaya cuma al-quran cukup dan sempurna untuk dirujuk
susu 
bagi aku, hadis tu adalah sumber rujukan utk umat Islam yang juga memainkan peranan penting..tetapi harus didahulukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya, maka hadis itu tadi bersifat praktikal atau perlaksanaan sesuatu yang disyariatkan dalam Al-Quran juga yang diseru oleh Rasul2 kita..
Me
lagi
susu 
lagi?
Me
ye lagi
susu 
wah...apa yang kau nak tahu?atau yang ko nak aku cakap?
Me
apa pendapat kau ttg golongan ni
susu 
sebb ko tak specific
bagi aku, golongan ini tak seharusnya menolak hadis secara total...
sekejap aku bagi ko satu reference
Me
susu 
ah..aku lupa surah apa..
dah nyanyuk
Me
nak
cepat la
im waiting
susu 
Al-Mursalaat (77) : 50
Maka kepada perkataan apakah sesudah Al Qur'an ini mereka akan beriman?
Dalam bahasa Arabnya, fabi ayya hadisin ba'dahu yu'minun
hadis=perkataan/ucapan
disini, in my pov, main reference is quran, then goes sunnah, kemudian kepada sumber rujukan yang lain2 seperti hadis, ilmu2 makrifat, syariat, hakikat, dan sebagainya
but as i said, doesnt mean ia harus ditolak secara total...
Me
pov tu ape?
susu 
cumanya macam aku cakap tadi, pecahan2 hadis itu banyak, terkaitannya dengan Quran dan Sunnah pun ada tingkatanny. ada juga yang takrirnya diragui dan ada yang sanadnya mudah dan tepat
oh..sorry...hihi 'point of view'
Me
ceh..cubaan untuk belagak lg
susu 
mungkin anti hadis tu mjadi begitu kerana timbulnya pelbagai sumber hadis yang diragui kesahihannya...maka mereka menolak hadis untuk dijadian rujukan..
bukanlah....aku tulis panjang..mestila ada short form..ko tulis kontot2..pastu emosi...mestilah ko tulis full words..
i hope i anwser ur question a lil...
Me
si kontot
susu 
bt again, its vague, sebab ko tak specify dan just state the question in general...
a lil?wow.... buang l jadi il
how cute
Me
sewel
susu 
Me
hahaha
susu 
kenapa?
siapa yang anti hadis tu?
u didnt anwser my question! AGAIN!
(turn aku naik angin)
Me
xde sape yg anti hadi
kwn aku tanya
jd aku tanya kau
susu 
huh?
tetiba je?
pastu amarah meninggi macam berkepentingantinggi
Me
hahahaha
susu 
lalu aku jadi tujunya
Me
saje
susu 
brengsek
ok...ijinkan aku tido?
Me
ye silekan
benci tgk mimik muka kau tu
susu 
kamek sitok madah kitak kinektok lejuk
dudi ya kitak madah lagik..
babai
salam....
(betul2 lullaby)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
khrl_alia

tak phm
kau pnah baca tak e-bacaan
cuba tengok
e-bacaan.com
Me
page x bole bukak
khrl_alia
cuba kau google eeyahalia
cepat
cepat
google eeyahalia
mcm babi
Me
ye
sedang
Alia Cun
hahahaha
alia halia lg hebat
khrl_alia
siapa yang buat tu?
mcmana ia bole berlaku?
Me
mane aku tau
hahahah
canae dia buat ek
hahahahahaha
alia halia
pls tukar name blog jd halia plss
khrl_alia
babi bukan aku buat la gile!
1mana aku tahu
mana aku tahu!
aku takr eti pun nak set benda tu
patutnya keluar comma dot dot titik la kan
tapi kenapa keluar rmcmtu plak
Me
hahhahahah
kelaka la hr ni
khrl_alia
kelaka ae
ape kelaka
tak kelaka langsung ok!!!!!!!
aku bengang gile dengan siapa yg tulis tu
Me
aliahalia sudah bengang
hahahahaha


orang-orang sewel berada di sekeliling aku.