Thursday, October 28, 2010

saat ini, jantungnya berdegup laju. tiba-tiba ada taufan bertiup dingin. tiba-tiba semua orang berlari tinggalkan perkarangan itu. tiba-tiba kipas di siling jatuh menghempap kepala orang-orang. imaginari bermula lagi. lagi dia tak betah menunggu. sekejap kaki kiri di atas. sekejap kaki kanan di atas. silanya berubah-ubah.

mahu kembali pada nyata, pandangan diliarkan. dia pandang mereka seperti tidak percaya. atau mereka pandang dia seperti tidak percaya. selang masa pandangan mereka dan dia, dia melarikan matanya pada kedua belah tapak tangan sendiri. yang kanan, ada 3 garis di atasnya. ah..baru dia teringat kisah 3 garis itu. hampir saja garisan itu halimunan selama ini.

tiba-tiba, dia perasan satu huluran tangan melayang-layang di udara. di antara lututnya dan lutut lelaki di depannya, ada tangan berterbangan minta di sambut. antara percaya dan tidak percaya, dia menyambar tangan itu. seperti tak mahu ia terbang jauh dan hilang terus.

dan di denting masa ini, ketika tangan mereka bertautan, ketika tapak tangan mereka bersentuhan, dia dapat rasakan 3 garis di tapak tangannya timbul. dia merasakan kewujudan 3 garis yang hampir halimunan itu tanpa perlu melihat seperti selalu.

kali ini, imaginarinya datang lagi. dia di atas padang hijau yang luas. ada lelaki tadi. sedang mewarnakan pelangi di hujung padang. tapi pelangi itu cuma terbentuk dengan 3 garis sahaja. tanpa warna. lelaki tadi memanjat awan, melompat di antara yang mendung dan yang cerah. mencari-cari ceruk paling damai untuk dia mewarna pelangi.

bunyi klik kamera menghantarnya pulang ke nyata. dan dengan senyuman paling manis, dia kata pada lelaki tadi. terima kasih. awak dah warnakan 3 garis di hati saya.

2 comments:

thira said...

i think i should start a blog len. u think? hahahaha. she's just too funny.

illiani arifin said...

and nama ko mei huaa pls dlm blog