Monday, April 18, 2011

ini kisah ciptaan alia. tapi aku rasa rabak bila baca. alia..alia...

cerita fiksyen pasar malam.

semalam ada satu orang ke pasar malam. nama orang itu leni.dia berjalan di dalam hujan lebat.di tangan ada sekaki payung berbelang kuning,hijau,merah,biru.macam lampu trafik.

sambil berjalan melawan arus manusia langkah leni terhenti apa bila orang di depannya tidak mahu berganjak.leni tension.tempias hujan dah membasahkan kasut kilat kilat yang baru dibeli di ampang park.kasut seperti dorothy wizard of oz.

lelaki yang berkongsi payung dengan isterinya itu menyeluk saku.apa yang berlaku dalam lima saat itu membuat dia rasa malu dengan diri sendiri.lelaki itu berhenti untuk menghulurkan duit kepada seorang pengemis yang sedang berdiri betul betul di depan leni.

pakcik pengemis tu dah tua.dia buta.dia berdiri dengan tangan meminta didada.dia menumpang payung gerai mi hun sup.dia basah kuyup.leni membuka dompet dan letakkan duit di dalam tangan pakcik tu.leni fikir apa yang pakcik ni akan buat selama lagi beberapa jam.mcmana dia nak balik rumah.dia meminta sedekah utk sindiket ke ada isteri tengah menunggu kat rumah.dia lenguh kaki tak.dia sejuk tak.dia tahu tak hujan tu rupanya mcmana.kenapa muka dia mcm tak rasa ada hujan.kenapa muka dia relek.apa dia sedang fikir.leni memang suka bertanya.

tanpa berfikir leni menghulurkan payung lampu trafiknya kepada pakcik itu dan berkata 'pakcik,ni payung,pakcik ambil.'dan apa yang selalu terjadi adalah tuhan akan menunjukkan kekuasaannya.pakcik itu bertanya 'eh,anak rumah kat mana mcmana nak balik?'

sama seperti saat leni hendak membeli kerepek dari makcik jual kerepek di telawi bangsar dan leni tidak cukup duit dan makcik itu berkata 'tak apa nak makcik sedekah'.

macamana orang orang yang kita rasa perlukan pertolongan ini mempunyai hati yang sangat besar berkeinginan untuk membantu kita yang tak ada cacat anggota badan atau berkemampuan.

macamana kita yang rasa apabila mempunyai masalah kita rasa umpama langit runtuh keatas kita dan kita mula untuk sesak nafas tetapi orang orang yang patut kita tolong ini teruskan kehidupan untuk survive setiap hari dan masih mempunyai hati yang besar untuk tidak menjadi drama dan mengaku kalah.

leni membalas kepada pakcik itu 'takpe pakcik.rumah saya dekat saja.'dan belari semula ke arah kereta.dan pulang ke rumah.dan mandi.dan pergi ke pasar semula bersama makciknya apabila hujan mula reda.dan dia terjumpa pakcik itu sedang berdiri beberapa langkah dari gerai mihun sup itu berpayungkan payung lampu trafik.

apa yang jadi mungkin tidak mengubah seganjak pun kehidupan pakcik itu atau orang orang di sekeliling.tapi apa yang berlaku di dalam masa 5 minit itu membuatkan leni terfikir tentang bersyukur.tentang tuhan.tentang diri sendiri.tentang keluarga.tentang orang orang yang buta.pekak.cacat anggota badan.tentang tuhan menjanjikan keadilan kesamarataan untuk semua orang walau orang islam atau tidak.cacat atau tidak.sakit atau tidak.leni yakin pakcik itu mungkin buta tetapi dia tidak buta hati.hati dia sebesar kebaikan yang semua orang idamkan.

leni pulang dan berfikir dengan mr marlboro.mr marlboro,mulai esok kita akan jadi orang yang lebih baik dari hari ini.esok pagi kita akan bgn subuh dan pergi kerja awal dan berdedikasi dan bersyukur.kita hidup hanya sekali.kita selama ini didalam kerugian.

esoknya leni bgn jam sepuluh setengah pagi dan mereject semua panggilan telefon dari ofis.sebelum melelapkan mata kembali dalam hati leni berfikir
'minggu depan boleh cuba lagi'.

No comments: