dari tingkat 5 bangunan, dia menjengah ke luar tingkap. bau segar hujan dan aroma kopi bercampur. hari ini hari sabtu. dia dan yang lain datang kerana 5S. sampai di pejabat tadi, perkara pertama yang dia lakukan adalah membuka facebook. kemudian blog orang gila. 40 minit berjalan. dia masih mengadap komputer. dan menaip ini.
bila nak mula kerja? itu pun cuma sempat berkata dalam hati. susah nak produktif bila dah rabak. dia macam dengar orang menghela nafas di telinga kiri. skrin komputer direnung untuk kesekian kali.
entah-entah tadi tu suara penunggu bunga? baru dia sedar sejak dia berpindah ke tempat itu, barang-barang selalu hilang. kemudian jumpa kembali. misteri. memang apa yang dia suka. mungkin ini kerja pasu bunga di depan meja. kata orang, bunga itu hanya berbunga dan meletup di waktu malam. dengan bau harum memenuhi ruang udara
jadi ini semua salah penunggu bunga. dia buat kesimpulan. bangun dari meja, dia senyum sambil mengecilkan mata. YES! aku dah dapat jawapan.
1 comment:
konfem odit isnin ni tk lps lg.
Post a Comment