dah 6 ramadhan.
saya baru 4 hari puasa.
2 hari tidak.
semalam makan zinger burger.
hari ni belum tahu lagi.
mungkin mcd pulak.
tapi duit ada 15 je.
kalau 10 bayar kelab.
tinggal 5.
mana cukup.
orang kata duit kena tinggal sikit dalam purse.
tak boleh kering langsung.
tak elok atau apa ntah.
mama mane pernah cakap.
cuma 2 minggu lepas je baru dia nak ikut kata orang.
sebelum ni kami hidup ikut kata sendiri.
ye ke?
mana saya tahu.
saya budak lagi.
mama selalu cakap.
"kau tak tahu apa2"
betul la tu.
saya tak tahu apa2.
saya hingusan.
makan pun harap mama masak.
baju pun harap mama basuh.
mama pula.
dia cuma harap saya dapat hidup dengan baik.
dan hidup dengan redha tuhan.
saya kata kalau mama redha tuhan mesti redha.
tapi mama cakap kalau tak ibadat tetap tuhan marah.
mama cakap islam bukan pada nama.
abang saya cakap islam bukan sebab family ni islam.
"kau cari sendiri tuhan kau"
"jangan islam sebab kau lahir islam"
dia dulu banyak kali ceramah.
tapi untuk kami-kami sahaja.
ada sekali dia sapu rumah.
kalau ikut kajian, dia adalah orang yang paling selalu menyapu
dia rajin dari saya yang perempuan dan 2 lagi abang saya
oh sambung cerita.
dia jumpa hasil sapuan di bawah tikar.
apa lagi bising la.
kalau ikut kajian juga, dia adalah lelaki yang kuat berleter.
itu pun kalau high.
ok sambung balik.
maka keluarlah mutiara kata dari dia.
"ini lah contoh orang2 munafik"
"tau tak orang munafik tempatnya adalah yang paling bawah sekali dalam neraka nanti"
"paling bawah"
"entah2 orang kafir pun kat atas"
saya pandang kiri kanan.
ala..saya seorang dalam rumah.
agaknya dia tuju kata2 hikmat kat saya la kan.
sape lagi.
saya pun cuba la membelek sejarah.
seingat saya memang tak pernah sapu masuk bawah tikar.
betul.
memang tak pernah.
tapi saya diam je.
sebab saya dan dia punya hubungan yang macam itu.
hubungan senyap.
dia cakap saya diam.
dia tanya saya jawab.
sepatah.
jawab yang ditanya sahaja.
info sampingan susah nak ditokok tambah.
sejak kecil.
sejak saya pandai jadi pendiam.
sejak saya kenal dunia.
maksud saya dunia kami yang sebenarnya.
saya bukan anak depresi.
bukan.
saya tak punya tekanan sampai ganggu hidup normal.
tapi realiti yang bentuk saya yang sekarang ini.
jadi sebenarnya adalah sedikit impak.
kan?
entah.
saya adalah mangsa.
haha.
ye ke?
apakah itu cubaan lari dari masalah?
mana la saya tau.
berapa kali nak cakap.
saya hidup je.
mungkin kau yang mangsa.
pastu salah kan orang.
alamak.
sudah berbaur sinis.
tak suka la macam ni.
saya suka terus je.
sentuh diri sendiri je.
sebab hidup sendiri pun asyik salah langkah.
macam mana nak betul kan orang lain.
jadi jangan sibuk hal orang luar.
ala..saya tak suka la.
nak berhenti kat sini.
nak mula sekali lagi.
dengan seputih mungkin.
dah.
jangan cuba nak main teka teki.
nanti kudung.
padan muka.
bye.
No comments:
Post a Comment