angin cuma diam
biar deru ombak silih menggila
dia terusan berdiam
walaupun hiba dan pilu silih menggila
cuma tasbih ligat di jari
cuma lidah lancar menyanyi
tetap air mata mahu sembunyi
tetap senyuman mahu selari
aku bisu di sudut pemerhati
membiar dia berperang sendiri
aku tahu dia wanita besi
tak akan terkulai di medan sendiri
No comments:
Post a Comment