sambung cerita lagi.
saya pernah jadi mira edora juga.
kemudian untuk scene mira kena marah dengan mak.
"mira, i'm talking to you"
pang!! satu tamparan hinggap ke pipi mira.
cuma ketika itu, oleh kerana shikin yang melakonkan watak mak mira edora terlalu menjiwai hingga telah masuk ke dalam watak dan menghilangkan shikin dari diri, tamparan itu bukan camera trick semata-mata. pang!! itu memang sakit.
saya dan shikin juga bercita-cita ada kumpulan rap sendiri. kami minat KRU dan ELITE patutnya adalah kami. beli baju ada hood dan seluar pendek sama di PAYLESS. saya warna merah biru dan dia warna hijau kuning. panggil kawan2 lepak rumah saya dan ajar menari sebab takkan 2 orang je. gile tak rappers.azura adik norimee badan agak besar. kami 2 orang ajar dia step KRU paling asas untuk jadi rapper (bayangkan video clip AWAS!). setiap langkah atau mungkin lompatan dia akan menyebabkan carpet merah rumah saya bergerak. seolah-olah menari bersama azura atau lebih tepat lagi bergerak mengikut beatnya. akhirnya kami putus asa kerana masa tu tiada pencari talent nak datang labu dan sikit2 kena betulkan carpet balik. tak sempat nak sampai korus pun.
dulu saya suka mandi jeram dan sungai. sesat dalam hujan lebat tak peduli. cerita anak jiran kena kejar beruang tak gentar. tapak kaki harimau apa mau takut. balik mandi sungai labu yang berlumpur. abang no2 marah dan pang!! hinggap ke pipi saya sekali lagi. oleh kerana situasi di luar rumah dan disaksikan kawan2, saya pun menangis seperti dalam drama dengan satu tangan di bekas tamparan sambil perlahan-lahan badan yang bersandar di dinding turun hingga terus terduduk di lantai. semua dalam satu take dengan emosi yang sadis dan gerakan kamera dan pelakon yang slow-motion.
cita-cita setiap tahun dalam report card adalah penyiasat dan detektif (bila dah tahu perkataan ni memang taknak tukar dah). yang lain tu cliche contohnya doktor, peguam, pilot dll. kenapa takde pelakon atau penyanyi? soalan yang sama bermain dalam fikiran saya sekarang.
kesimpulan: saya kena masuk AF/1 in a million/mentor/anak wayang/malaysian idol atau apa2 saje. nanti keluar suratkhabar, seni memang darah daging saya dari dulu. lepas tu Jimmy boleh datang sekolah saya dan jumpa cikgu2 pun cerita memang dari kecil dah tunjuk bakat seni.
best gak kan?
7 comments:
hahahahahaaa.... ;)
saya juga penah jadi mira edora!!
tapi scene selepas kene tampar tu... saya berlari sambil memegang pipi bekas tamparan dan menghempaskan diri di atas katil...lalu menangis teresak-esak.... :B
saya tak pernah ade scrip sebegitu dalam hidup. bukan salah saya jika saya mmg hopeless berlakon..?? ahakzz
'mira. im talking to u' harus. aku ingat skrip ini. ok laney. aku telah tiba.
saya yang pernah bercita cita menjadi seorang penyanyi...tapi bisakah..mampukah...
ayah melarang..katanya "tak kan nak jadi macam si Dia tu..tak tau mana baik mana buruk..asyik kene tangkap ngan pencegah maksiat jek "
aku diam lagi...
masih memikirkan..apa aku nak jadi kalau da besar nanti...
buntu...tapi dalam hati ..masih lagi mahu jadi seorang artis...
ha...bekas tamparan...
"apa abah nih...asal cakap nak jadi artis jer mesti kene tampo...."
'abah tak nak ko jadi artis...cari kerja lain yang lebih elok..'
aku terdiam lagi...
Post a Comment