di luar manusia2 sedang gembira
dengan cuma beberapa langkah
aku dan mereka boleh berkongsi suka
tapi yang aku pilih sekarang adalah mengingati mu
di setiap hilai dan tawa mereka
yang aku pilih sekarang adalah suara mu
di sebalik berkumandangnya lagu2 raya
yang saku pilih sekarang untuk berada di ruang ini
dan menilik sejarah2 dengan mu
moment2 yang berlalu
kau adalah penyesalan paling besar dalam hidup
ok. baru lepas ditegur kerana berada di sini.
penyambut tetamu perlu di pintu menyambut tetamu.
bukan di sini ye laney.
bila kau pergi semua impian terpaksa dibina semula
kerana kau berada di semua mimpi2 bahagia
kau di dalam setiap cita2
kau benar adalah penyesalan paling besar
kerana setiap ada kamu
yang aku pilih adalah berdiam dan berteleku sendiri
memendam dan mencongak2 sendiri
yang aku pilih adalah sinis dan tak ambil peduli
sekarang aku sangat peduli ketiadaan kamu
sekarang aku benar sangat peduli
No comments:
Post a Comment