pagi ini, saya bercakap sesuatu yang menyebabkan riak wajah mama berubah. selepas itu, dia berfikir dan termenung, hingga benda2 lain yang saya tanya tak terdengarkan di telinganya. mungkin saya perlu jadi seperti dulu. berdiam dan tidak peduli tentang perkara yang berlaku depan mata. simpan semua dalam satu kotak kecil yang terkunci rapat dan kemudian hilangkan kuncinya. didesak perasaan bersalah, saya beritahu, itu cuma tekaan tanpa bukti.
mungkin tanpa bukti. tapi saya rasa cukup dengan pengalaman yang berpuluh tahun ini untuk saya menafsir perilaku di depan mata. kalau subjeknya adalah orang lain, saya memang tak berani. tapi jika pelaku adalah orang yang ini, ikut sejarah saya belum pernah silap.
tapi saya harap kali ini saya silap.
saya harap kali ini saya salah.
kalau ini dahulu, peringkat awal saya cuma diam. kerana saya tahu mama tahu. saya diam kerana saya tidak mahu sebarang kaitan tentang semua ini. tapi saya silap. saya memang tak boleh lari. ke mana saja saya pergi orang akan tahu sejarahnya.sekolah, kenduri, dll.
kemudian, saya cuba ambil tahu. umur pun dah 2 digit. saya beritahu mama yang memang dah lama tahu. bergaduh, silent treatment, bertekak, mengelak, dijerkah, dimarah, berbasikal ke balai polis. semua saya dah buat dan dapatkan. takde apa yang berubah. hingga satu tahap saya rasa seperti mahu putus asa. di tahap ini, saya bertekak dan di maki polis juga berkali-kali.
sebetulnya, semakin saya mahu lari, semakin saya peduli. setiap hari, saya rase deep2 down dalam hati, saya menyerah. tapi sikit pun saya tak pernah putus asa. mungkin belum masanya, itu pegangan sekarang.
ok. sekarang mungkin sedikit berubah. itu pun setelah terjadi kematian.
ok. sekarang saya rasa ini adalah too much information.
No comments:
Post a Comment