minggu ni saya banyak marah, menyampah dan meluat.
malam tadi saya marah.
kenapa masih nak ulang kesalahan yang sama?
kenapa tak belajar?
kenapa umur dah 30an tapi masih berfikir cepat2?
kenapa taknak ambik masa dan meneliti?
dah buat,sekarang nak undo pulak?
pening tau tak.
bila semua tak menjadi, cari siapa?
bukan saya ke kena tanggung semua?
kalau jawapannya bukan, takpe.
malam tadi tengok inglourious basterds.
konon yahudi paling agong.
konon nazi paling betul.
ok, taknak cerita pasal tu.
quentin tarantino memang hebat.
favourite director abang saya.
skor muzik memang retro.
saya tak tahu pasal filem macam abang saya.
tapi yang ini saya suka.
sama macam kill bill vol 1.
retro.
kesimpulan separuh hari, hari ini.
1. uniform mekanik smart.
dulu saya pernah tengok shooting 1 filem.zaman sekolah2. faizal hussein jadi mekanik. hensem, serius sampai tertinggal 50sen kat meja sebab memang faizal hussein macho nak mampos. 50sen itu adalah tambang bas balik rumah.
2. faizal hussein
dulu masa mengaji rumah ustaz, saya perasan hero. ada satu cerita pendekar2+silat, saya jadi faizal hussein(jahat) dan kawan lelaki saya jadi rusdi ramli(baik). kawan2 kena panggil nama watak2 tu (tak ingat) entah berapa lama sampai kami rasa dah besar. semua pelakon menjiwai watak dengan baik terutama sekali untuk scene pergaduhan. budak2 labu memang pendekar.
3. saya konservatif
memang pun. muka baru citarasa orang lama. muka baru...hahahahaha.
4. saya mudah marah
sekarang. benda remeh pun boleh buat saya pangkah orang. serious, saya cuba terima hitam dan putih orang serentak. saya tetap nampak warna merah, ungu, biru, hijau, jingga dll. sepatutnya ini bagus. tapi kes saya tidak. pangkah tetap pangkah.
5. saya tak pandai buat kesimpulan sekarang.
ini bukan kesimpulan.
4 comments:
jangan la pangkah aku. kalau kau pangkah aku, aku takde arah tuju.. sedih. gusar. serabut. serabai. kusut bagai.. nanti tak ade orang yang peduli aku lagi.. huhu. kau tempat pergantungan terkuat aku. sila tahu itu.
kau x masuk dalam list la gile.u kicked urself out long time ago.hahaha..
woi. setan.. maksud nye, dulu kau pangkah la aku. *&^# leni. hehehe
saya suka gurau. ok dah takut sekarang.
Post a Comment