Friday, October 30, 2009

pagi ini, saya bercakap sesuatu yang menyebabkan riak wajah mama berubah. selepas itu, dia berfikir dan termenung, hingga benda2 lain yang saya tanya tak terdengarkan di telinganya. mungkin saya perlu jadi seperti dulu. berdiam dan tidak peduli tentang perkara yang berlaku depan mata. simpan semua dalam satu kotak kecil yang terkunci rapat dan kemudian hilangkan kuncinya. didesak perasaan bersalah, saya beritahu, itu cuma tekaan tanpa bukti.

mungkin tanpa bukti. tapi saya rasa cukup dengan pengalaman yang berpuluh tahun ini untuk saya menafsir perilaku di depan mata. kalau subjeknya adalah orang lain, saya memang tak berani. tapi jika pelaku adalah orang yang ini, ikut sejarah saya belum pernah silap.
tapi saya harap kali ini saya silap.
saya harap kali ini saya salah.

kalau ini dahulu, peringkat awal saya cuma diam. kerana saya tahu mama tahu. saya diam kerana saya tidak mahu sebarang kaitan tentang semua ini. tapi saya silap. saya memang tak boleh lari. ke mana saja saya pergi orang akan tahu sejarahnya.sekolah, kenduri, dll.

kemudian, saya cuba ambil tahu. umur pun dah 2 digit. saya beritahu mama yang memang dah lama tahu. bergaduh, silent treatment, bertekak, mengelak, dijerkah, dimarah, berbasikal ke balai polis. semua saya dah buat dan dapatkan. takde apa yang berubah. hingga satu tahap saya rasa seperti mahu putus asa. di tahap ini, saya bertekak dan di maki polis juga berkali-kali.

sebetulnya, semakin saya mahu lari, semakin saya peduli. setiap hari, saya rase deep2 down dalam hati, saya menyerah. tapi sikit pun saya tak pernah putus asa. mungkin belum masanya, itu pegangan sekarang.

ok. sekarang mungkin sedikit berubah. itu pun setelah terjadi kematian.

ok. sekarang saya rasa ini adalah too much information.

Thursday, October 29, 2009

kamu salah. saya tak complicated atau keras hati.
saya cuma yakin dengan keputusan sendiri.
saya dah buat keputusan.
tolong faham.

mira dan ina sila tarik nafas dalam2 dan stop blaming urselves.
things happen for a reason.

laney. percaya pada diri. kamu hebat juga. jangan takut dengan tindakan sendiri.
saya telah menyebabkan peti sejuk dan mesin fotostat tidak berfungsi.
kerja telah diganggu.
semua kerana laney.
siapa sangka saya boleh punya impak yang sebegitu besar kepada office ini kan?

kurang dari 1jam, semua dah ok. simple je.
semalam adalah bad hair day.

hari ini adalah hari tanpa komunikasi canggih.
HP di dalam kereta mungkin dan sangat malas untuk peduli.

tempat ini sangat sejuk dan saya risaukan kebun yang tak terjaga.

hari ini adalah bad hair day.

Tuesday, October 27, 2009

sambung cerita lagi.
saya pernah jadi mira edora juga.
kemudian untuk scene mira kena marah dengan mak.
"mira, i'm talking to you"
pang!! satu tamparan hinggap ke pipi mira.
cuma ketika itu, oleh kerana shikin yang melakonkan watak mak mira edora terlalu menjiwai hingga telah masuk ke dalam watak dan menghilangkan shikin dari diri, tamparan itu bukan camera trick semata-mata. pang!! itu memang sakit.

saya dan shikin juga bercita-cita ada kumpulan rap sendiri. kami minat KRU dan ELITE patutnya adalah kami. beli baju ada hood dan seluar pendek sama di PAYLESS. saya warna merah biru dan dia warna hijau kuning. panggil kawan2 lepak rumah saya dan ajar menari sebab takkan 2 orang je. gile tak rappers.azura adik norimee badan agak besar. kami 2 orang ajar dia step KRU paling asas untuk jadi rapper (bayangkan video clip AWAS!). setiap langkah atau mungkin lompatan dia akan menyebabkan carpet merah rumah saya bergerak. seolah-olah menari bersama azura atau lebih tepat lagi bergerak mengikut beatnya. akhirnya kami putus asa kerana masa tu tiada pencari talent nak datang labu dan sikit2 kena betulkan carpet balik. tak sempat nak sampai korus pun.

dulu saya suka mandi jeram dan sungai. sesat dalam hujan lebat tak peduli. cerita anak jiran kena kejar beruang tak gentar. tapak kaki harimau apa mau takut. balik mandi sungai labu yang berlumpur. abang no2 marah dan pang!! hinggap ke pipi saya sekali lagi. oleh kerana situasi di luar rumah dan disaksikan kawan2, saya pun menangis seperti dalam drama dengan satu tangan di bekas tamparan sambil perlahan-lahan badan yang bersandar di dinding turun hingga terus terduduk di lantai. semua dalam satu take dengan emosi yang sadis dan gerakan kamera dan pelakon yang slow-motion.

cita-cita setiap tahun dalam report card adalah penyiasat dan detektif (bila dah tahu perkataan ni memang taknak tukar dah). yang lain tu cliche contohnya doktor, peguam, pilot dll. kenapa takde pelakon atau penyanyi? soalan yang sama bermain dalam fikiran saya sekarang.

kesimpulan: saya kena masuk AF/1 in a million/mentor/anak wayang/malaysian idol atau apa2 saje. nanti keluar suratkhabar, seni memang darah daging saya dari dulu. lepas tu Jimmy boleh datang sekolah saya dan jumpa cikgu2 pun cerita memang dari kecil dah tunjuk bakat seni.

best gak kan?
minggu ni saya banyak marah, menyampah dan meluat.
malam tadi saya marah.
kenapa masih nak ulang kesalahan yang sama?
kenapa tak belajar?
kenapa umur dah 30an tapi masih berfikir cepat2?
kenapa taknak ambik masa dan meneliti?
dah buat,sekarang nak undo pulak?
pening tau tak.
bila semua tak menjadi, cari siapa?
bukan saya ke kena tanggung semua?
kalau jawapannya bukan, takpe.

malam tadi tengok inglourious basterds.
konon yahudi paling agong.
konon nazi paling betul.
ok, taknak cerita pasal tu.
quentin tarantino memang hebat.
favourite director abang saya.
skor muzik memang retro.
saya tak tahu pasal filem macam abang saya.
tapi yang ini saya suka.
sama macam kill bill vol 1.
retro.

kesimpulan separuh hari, hari ini.

1. uniform mekanik smart.
dulu saya pernah tengok shooting 1 filem.zaman sekolah2. faizal hussein jadi mekanik. hensem, serius sampai tertinggal 50sen kat meja sebab memang faizal hussein macho nak mampos. 50sen itu adalah tambang bas balik rumah.

2. faizal hussein
dulu masa mengaji rumah ustaz, saya perasan hero. ada satu cerita pendekar2+silat, saya jadi faizal hussein(jahat) dan kawan lelaki saya jadi rusdi ramli(baik). kawan2 kena panggil nama watak2 tu (tak ingat) entah berapa lama sampai kami rasa dah besar. semua pelakon menjiwai watak dengan baik terutama sekali untuk scene pergaduhan. budak2 labu memang pendekar.

3. saya konservatif
memang pun. muka baru citarasa orang lama. muka baru...hahahahaha.

4. saya mudah marah
sekarang. benda remeh pun boleh buat saya pangkah orang. serious, saya cuba terima hitam dan putih orang serentak. saya tetap nampak warna merah, ungu, biru, hijau, jingga dll. sepatutnya ini bagus. tapi kes saya tidak. pangkah tetap pangkah.

5. saya tak pandai buat kesimpulan sekarang.
ini bukan kesimpulan.
sakit kepala.
sesiapa mahu smash kepala saya?
silakan.

dalam keluarga ini, watak saya seorang mekanik.membaiki kereta/motor/basikal/kereta mainan.cuma membaiki.bila mereka mahu beli kereta, mereka akan pergi pada salesman.bukan mekanik walaupun saya tahu pasal kereta.tapi bila rosak, bila minyak habis, mula cari mekanik bodo ni.

so saya kena figure out sesuatu supaya pelaburan pada kereta tak rugi.saya kena baiki apa yang patut.saya kena bagi solutions.

pada mereka, saya cuma seorang yang repair damages.penting di waktu sukar.

tapi cuma mekanik biasa waktu berkereta baru.

no we cant choose our family.so i rest my case.

note to mekanik - awak tak boleh marah.nanti customer lari.awak sayang customer awak kan?
note to self:

today, you have to kick ass.

you have no choice.

Friday, October 23, 2009

saya tak mahu kamu dan kestabilan
saya mahu risiko dan kejutan
saya mahu keluar dari zon kecil ini

Thursday, October 22, 2009

biarkan saja aku melarut ke dalam masa.
seperti aku biarkan kamu melarut ke dalam cinta.
aku mahu terbang tinggi ke langit.lari dari semua dan kamu yang merimaskan.aku mahu hilang di kepulan awan2.tersejat dan mencair diantaranya.aku mahu terjaga di dunia yang punya bahagia semata.tertidur di pangkuan yang punya kasih semata.bukan dengan kamu yang terleka dan terlalai kerana cinta dan diri semata.
tahu tak?
di setiap ketawa
di setiap gembira
di setiap senyum
yang saya rasakan adalah kosong
(^0^) = O
saya telah dengan sedaya upaya
masa belum tamat kan
takpe..

Monday, October 19, 2009

sehingga hari ini,jantung saya telah berdegup 26 tahun tanpa henti.
selamat hari lahir laney.
mama kata umur je 26 tapi perangai macam 16 :)

Friday, October 16, 2009

mama kata dia belum mahu pergi lagi

selagi kami2 ni belum selesai


mama..mama..

kami anak2 mama

kami selagi bernyawa

mana mungkin selesai

sampai bila2

kecuali izrail datang menjemput

selesai 1 babak dalam hidup kami


mama..mama..

kami cuma mahu mama tenang

tak perlu risau tentang hidup kami2 lagi

tenang dan serah segalanya pada dia

dia ada ma untuk jaga kami :p
di luar manusia2 sedang gembira

dengan cuma beberapa langkah

aku dan mereka boleh berkongsi suka

tapi yang aku pilih sekarang adalah mengingati mu

di setiap hilai dan tawa mereka

yang aku pilih sekarang adalah suara mu

di sebalik berkumandangnya lagu2 raya

yang saku pilih sekarang untuk berada di ruang ini

dan menilik sejarah2 dengan mu

moment2 yang berlalu

kau adalah penyesalan paling besar dalam hidup



ok. baru lepas ditegur kerana berada di sini.

penyambut tetamu perlu di pintu menyambut tetamu.

bukan di sini ye laney.



bila kau pergi semua impian terpaksa dibina semula

kerana kau berada di semua mimpi2 bahagia

kau di dalam setiap cita2

kau benar adalah penyesalan paling besar

kerana setiap ada kamu

yang aku pilih adalah berdiam dan berteleku sendiri

memendam dan mencongak2 sendiri

yang aku pilih adalah sinis dan tak ambil peduli

sekarang aku sangat peduli ketiadaan kamu

sekarang aku benar sangat peduli
perkara yang paling aku rindukan pagi ini adalah kamu yang sedang high dan berkata-kata pada aku sambil melihat dengan cuma sekilas pandang. dan moment itu akan aku pegang sampai kita jumpa nanti di sana.
hey seseorang
saya belum dapat lupakan kamu
bagaimana mahu jadikan kamu cuma yang lain
bukan lagi seseorang
dalam hati?
saya tak tahu caranya

Thursday, October 15, 2009

saya adalah gila

dan kamu kegilaan itu :)

hahaha..sweet la konon laney

tapi ini tiada kena mengena dengan yang hidup

seriously.

saya kasihan kamu

takrifan hanya berlegar di ruang udara venus dan mars

takrifan laney adalah untuk segenap galaksi

jika faham itu

kamu pasti faham saya

cheers!
wahai kamu

yang kamu ciptakan itu adalah cubaan lari dari kenyataan
yang kamu elakkan itu adalah susuk tubuh diri sendiri
yang kamu dustakan itu adalah kebenaran yang dibentangkan

wahai lenny

yang dirindukan itu adalah manusia yang memakai topeng dan pakaian kamu

sendiri.

Wednesday, October 14, 2009

baru perasan
saya sudah lebih terbuka
dari dulu
bagus laney :)

saya cuma ada space ini
di tempat ini
saya tak boleh berpura-pura
ok sekarang saya perlu senarai tempat yang mana saya boleh menjadi orang lain
di semua tempat
kecuali di sini
okay then.

soalan lagi: kalau dengan mama boleh tak saya berpura-pura?
hmmm...jika situasi memaksa

lately, ada banyak situasi itu
buat saya terhimpit
antara benar dan kebenaran yang saya ciptakan
ciptaan saya bukan untuk menutup khilaf diri
cuma lebih kepada menjaga hati
dengan alasan
di usia mama dia layak menerima hanya cerita gembira
jadi saya sering memilih jalan yang lagi satu

saya perlu lebih kenal diri
dan persekitaran
hanya dengan itu saya akan lebih berani menerima kenyataan
dan menyampai kebenaran
soalan cliche'
1: apakah cinta?
2: apakah rindu?

biarpun cliche'
jujur saya sangat ingin tahu
biarpun ini cliche'
jujur saya x faham sedikit pun

sesiapa punya definisi paling telus dan simple
tolong ajar saya 2 perkara ini

mungkin juga saya faham
atau mungkin fahaman saya salah
tapi tentang 2 perkara ini
siapa boleh menuduh saya paling salah
atau mengaku dia paling benar
kan?
betul kan pendapat ini?
entah..
siapa tahu :p
amal itu adalah kebenaran dalam beriman.
makanya, iman saya belum lagi benar.
hari ini adalah hari bekerja.
laney sila bekerja tanpa fb.

Thursday, October 8, 2009

saya hidup baik2 saja akhir2 ini
terisi dengan tugasan dan catching up bersama rakan2
kematian sekali lagi datang sedikit masa lalu
di awal syawal
juga dengan kemalangan
saya agak terperanjat
seperti filem di ulang tayang
beberapa kali di astro
melihat kepiluan dan air mata
saya memang lemah dengan air mata

bila agaknya turn laney?
bila agaknya tuhan?

saya punya bergunung harapan
saya belum mengecap impian
tuhan tolong saya
saya tak mahu jadi pelemah
tuhan teman saya sentiasa ya.
setiap hari adalah pelajaran
setiap kamu adalah perasaan
saya mau menikmati semua kejadian
dan belajar menerima semua kalian

Wednesday, October 7, 2009

hr ni masih lagi hr raya.
tp saya dah lame berhenti beraya.
br pulang dr mosti english committee meeting.
haha..it sounds funny.
anyway, i was elected.
so dat makes sense aite?
today is just another day
im not a better muslim
im suffocating
wat the hell!!!!