Friday, September 4, 2009
setiap keluhan yang kau lepaskan buat logik ini jadi kacau. dan sepinya lirikan mata itu telah meruntuhkan tembok besar yang sekian lama aku bina dengan mula cuma sekeping bata. aku pohon sekerasnya untuk kau belajar menerima dan membenarkan kerana segala azam dan hidup telah kau penuhi demi mimpi setinggi langit. cukuplah setakat ini kemaraan gerombolan perang yang kau kepalai. tolong berikan saja pada orang kanan yang sejak mula berdiri megah menggenggam pedang samurai dengan kalimah azimat buat membakar marak diri. perjuangan ini miliknya juga maka dia turut mahu menabur jasa kalaupun alasannya cuma takut dipersoal pewaris dan pemula waris. tolong aku untuk tolong kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment