tiba2 teringat.
cerita mimpi.
kali ini mimpi orang lain.
tapi berkenaan kami.
pelik.
taknak percaya.
pun takpe.
memang begitu rencahnya.
saya sendiri??
entah la..
jiran di blok lain.
bawa tukang urut.
lelaki berusia ke rumah.
kasi kendur apa yang patut.
bukan urut yang itu.
jangan salah faham.
bukan rumah kami.
lagak seperti orang jujur.
hidup tulus seperti perintahnya.
mama tumpang sekali.
selesai segala.
pulang lega.
esok tukang urut datang kembali.
kali ini tak dijemput.
punya misi sendiri.
mama dan abang di panggil.
lalu mula cerita.
kebiasaan bila malam.
tukang urut akan zikir.
lama di tikar sembahyang.
untuk orang2 yang diurutnya.
malam itu.
selepas zikir.
tertidur seketika.
di atas sejadah.
sejurus kemudian.
datang lembaga.
tiba2 menjelma depan mata.
seorang lelaki.
dengan membawa cebisan2 anggota
yang hancur dan tertanggal
dari tempat asalnya
salam diucap.
tukang urut yang terperanjat.
nafas terhela selepas seketika.
salam terjawab selepas bertenang.
lelaki tu menjelaskan.
tujuan datang mengejut.
dia minta tolong.
disampaikan pesanan pada keluarga.
yang tertinggal di bumi.
minta selalu sedekahkan ayat2 suci.
buat dia yang dah lama pergi.
minta anak2 tak lupa berdoa.
pagi petang siang malam.
diam
saya perlu kekuatan untuk ini.
lelaki itu mengaku ayah saya.
bapa kami adik beradik.
di rumah.
mama pun cerita.
saya diam.
tak terkeluar kata2.
kemudian abg no2 balik.
sekali lagi cerita yang sama.
saya nampak.
matanya merah.
yang lain cuma terdiam.
kami tak tahu mahu berbuat apa.
mama sendiri tak menangis.
dia cuma mengalir air mata di depan tuhan.
bukan depan kami.
saya terus berbaring.
dengan fikiran yang entah ke mana.
yang lain cuba2 tidak duduk saja.
rumah hari itu sangat sunyi.
sepi.
sama seperti sepi di hati saya.
jujur.
saya langsung tak bersedia.
untuk berita semacam ini.
sama seperti waktu dulu.
masih sekolah.
bila budak kecil ni kata.
'aku klaka bapak ko. dia ingat landasan tu rumah.tido kat situ. sekali kena langgar.haha'
ha?
ha?
senyum.
tapi sepi.
minta balik rumah.
dalam rumah ada semua.
tak jadi masuk.
pergi belakang rumah.
kat situ.
menangis semahunya.
menangis.
dan saya rasa sepi.
yakin mata dah normal.
baru masuk rumah.
buat2 gembira.
tapi saya baru perasan.
baru perasan hari ini.
hari itu.
hari yang lagi satu.
hari2 lain.
sangat sepi.
tak pernah sesepi itu.
tak pernah sesepi ini.
No comments:
Post a Comment