Wednesday, September 30, 2009

kamu seperti orang asing

dan kita perlu henti berteka-teki

nuansa kamu pelik

dan kita kelihatan sakit

saya
kamu
asing

Tuesday, September 29, 2009

Saat-saat seperti ini, aku mahu kau yang datang padaku. Aku mahu sinar dari matamu terangi gelita bahagian dunia ini. Dan aku mahu tanganmu yang menuntun aku pulang ke pangkuan.

Monday, September 28, 2009

bila yang berbaki cuma keluhan

aku jadi hilang dari kewujudan

Thursday, September 24, 2009

ada 1 bahagian dlm hidup yg slalu buat sy kurang selesa

jumpa teman2 lama

sangat tidak selesa

seperti sekarang

mereka kenal watak sy yg dulu

yg sy sendiri amat payah untuk suka

Wednesday, September 16, 2009

mereka mencari-cari
kalau2 terjumpa
satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan
kelebihannya melebihi segala malam
aku cuma menikmati malam
seperti adanya
dengan sekelumit kesedaran
dengan penuh kealpaan
lalu aku dikejutkan
seolah bisikan suara
semacam desiran angin
dari suatu kewujudan
kuasamu ya tuhan
kuasamu ya tuhan.

Friday, September 11, 2009

saya putus cinta.
boleh ke putus cinta sebelum bercinta?
ntah..tapi sekarang rasa macam putus cinta.
bercinta pun tak pernah.
macam mana boleh tau rasa ini ialah putus cinta?
ha..tak tau pun.
tapi yakin saya putus cinta.
peduli apa kan?
betul ini rasa putus cinta.
perlu masa untuk sembuh.
mungkin juga perlu vacation.
wah..seronok.
aduh...semalam kecewa.
sekarang gembira.
x paham langsung.

Thursday, September 10, 2009

aku mungkin sangat naif. tentang dunia dan hidup. tapi sila percaya yang kali ini aku masih merasakan yang keputusan itu salah. kita bukanlah tidak sempurna. apa perlu penafian yang cuma memberi untung untuk seketika waktu sahaja. sila percaya yang aku juga berbuat sesuatu. tapi, aku masih naif di mata kamu kan? kita buat seperti mahumu. supaya kau puas. tentang aku, biarkan saja..

Wednesday, September 9, 2009

hadapkan wajahmu ke aku.
laraskan matamu ke pandangan aku.
dan pedulikan kegilaan mereka.

Friday, September 4, 2009

setiap kali.
rasa itu menyelinap ke kamar jiwa aku.
setiap kali.
jangan prejudis.
nanti terjilat kudis sendiri.
if u have super power.
come and try to fix me.
but i must warn u.
i am a superhero myself.
setiap keluhan yang kau lepaskan buat logik ini jadi kacau. dan sepinya lirikan mata itu telah meruntuhkan tembok besar yang sekian lama aku bina dengan mula cuma sekeping bata. aku pohon sekerasnya untuk kau belajar menerima dan membenarkan kerana segala azam dan hidup telah kau penuhi demi mimpi setinggi langit. cukuplah setakat ini kemaraan gerombolan perang yang kau kepalai. tolong berikan saja pada orang kanan yang sejak mula berdiri megah menggenggam pedang samurai dengan kalimah azimat buat membakar marak diri. perjuangan ini miliknya juga maka dia turut mahu menabur jasa kalaupun alasannya cuma takut dipersoal pewaris dan pemula waris. tolong aku untuk tolong kamu.
saya slalu mencuba.

sekuat mungkin.

untuk diterima.

oleh orang sekeliling.

krn sebetulnya.

setiap kali jumpa watak baru.

saya cuma sunyi memerhati.

dan mendengar.

kadang2 pura2 dengar.

tak.

bukan nak menyombong.



saya cuba.

cuma boleh berani.

walaupun sangat susah.

ok.

memang xde kena mengena.

dengan yang atas.

orang kacau.

jd agak sasau.

Thursday, September 3, 2009

ada kwn2 panggil saya gaban.
patutkah saya tukar url ke gaban?
perlu fikiran mendalam nih.
sebab gaban superhero.
keyakinan kanak2.
pada keadilan.
tanpa gaban.
takde motor besar.
eh..
tu bukan satria perkasa hitam ke?
gaban hijau.
motor?
tak ingat.
muke?
macam belalang.

saya memang mau jadi gaban.
sebab dia cool.
perkasa.
muke seram belalang.
ohh gaban memang hebat.

secara simbolik.
kwn2 melihat saya seperti gaban.
iaitu cool.
perkasa.
muke seram belalang.
ok saya memang hebat.

tapi mama slalu cakap saya macam2.
"ko ni macam2 la"
kadang2 dia ingat saya gile.
"ko ni betul ke tak?"
"ko berlakon je kan?"

see.
dia sendiri dah tak boleh cam.
sebab saya dalam proses.
transformasi tuk jadi hero sejati.
rasa macam seorang dalam dunia ni.
tapi golongan kami.
memang dibenarkan untuk merasa itu.
manusia normal takkan faham.
konflik diri golongan gaban.

bila dapat vision.
saya seolah2 di vibrate.
sbb itu HP tidak vibrate mode.
nanti confuse.
pastu kwn2 pun marah.
suruh buang je hp.
tak pun baling anjing.
call tak pernah nak dengar.
bukan salah saya.
superhero tugas berat.
saya taknak cuai.
nyawa manusia dalam genggaman.

kan dah kata.
saya rasa seorang.
susah jadi muke seram belalang.
hp ke2 saya.
lagi kena teruk.
macam2 kutuk.
batu asah.
batu aquarium.
time masak.
minta pinjam.
rumah takde batu lesung.
haih..
tak boleh marah.
takut baju bertukar.
kantoi identiti.
gelak je la.
tak pun buat muka belalang.

cite main2 hantu.
nenek tu makan belalang.
masak lemak cili padi.
sedap ke?

Wednesday, September 2, 2009

perut penuh.
ada prawn olio.
mushroom soup.
breadstix.
sy rasa sangat perlu untuk update menu.
hanya kerana puasa.
gee..
kali ni lama betul.
sakit nak ganti.
tapi takpe.
sekarang sy menikmati makanan.
thrill juga jangan lupa.
lain kali.
pandai2 ganti.
i'll deal with u later.
ini adalah untuk saya yang satu lagi.

sudah lama tidak menjengah.

kenapa ya?

Tuesday, September 1, 2009

saya suka ayat ini.
selepas menonton oprah.
'i'll be sad later'
jadi membuat keputusan.
untuk seluruh titik hitam.
yang bertumbuh dalam hati saya.
dan membuat dunia jadi bertompok.
hitam putih dan segala.
saya mau menikmati.
putihnya dunia.
tentang hitam.
nanti saja.
saya deal dengan kamu ya.
menu hr ni kfc shrimp stix.
lazat lunch d bulan puase.
makan pun rase thrill.
so little things make me happy.
dats just me.

oh..task td dah siap.
tunggu approval.
then i'll submit.

mama br call.
rumah banjir.
dua2 bilik.
maksudnya bocor.
dulu pun same.
mase sekolah.
sampai sekarang.
dah biase.
x surprise pun.
but she sounded surprised.
and worried.
its not a big deal.
tiba2 teringat.
cerita mimpi.
kali ini mimpi orang lain.
tapi berkenaan kami.
pelik.
taknak percaya.
pun takpe.
memang begitu rencahnya.
saya sendiri??
entah la..
jiran di blok lain.
bawa tukang urut.
lelaki berusia ke rumah.
kasi kendur apa yang patut.
bukan urut yang itu.
jangan salah faham.
bukan rumah kami.
lagak seperti orang jujur.
hidup tulus seperti perintahnya.
mama tumpang sekali.
selesai segala.
pulang lega.
esok tukang urut datang kembali.
kali ini tak dijemput.
punya misi sendiri.
mama dan abang di panggil.
lalu mula cerita.
kebiasaan bila malam.
tukang urut akan zikir.
lama di tikar sembahyang.
untuk orang2 yang diurutnya.
malam itu.
selepas zikir.
tertidur seketika.
di atas sejadah.
sejurus kemudian.
datang lembaga.
tiba2 menjelma depan mata.
seorang lelaki.
dengan membawa cebisan2 anggota
yang hancur dan tertanggal
dari tempat asalnya
salam diucap.
tukang urut yang terperanjat.
nafas terhela selepas seketika.
salam terjawab selepas bertenang.
lelaki tu menjelaskan.
tujuan datang mengejut.
dia minta tolong.
disampaikan pesanan pada keluarga.
yang tertinggal di bumi.
minta selalu sedekahkan ayat2 suci.
buat dia yang dah lama pergi.
minta anak2 tak lupa berdoa.
pagi petang siang malam.

diam

saya perlu kekuatan untuk ini.
lelaki itu mengaku ayah saya.
bapa kami adik beradik.

di rumah.
mama pun cerita.
saya diam.
tak terkeluar kata2.
kemudian abg no2 balik.
sekali lagi cerita yang sama.
saya nampak.
matanya merah.
yang lain cuma terdiam.
kami tak tahu mahu berbuat apa.

mama sendiri tak menangis.
dia cuma mengalir air mata di depan tuhan.
bukan depan kami.
saya terus berbaring.
dengan fikiran yang entah ke mana.
yang lain cuba2 tidak duduk saja.
rumah hari itu sangat sunyi.
sepi.
sama seperti sepi di hati saya.

jujur.
saya langsung tak bersedia.
untuk berita semacam ini.
sama seperti waktu dulu.
masih sekolah.
bila budak kecil ni kata.
'aku klaka bapak ko. dia ingat landasan tu rumah.tido kat situ. sekali kena langgar.haha'
ha?
ha?
senyum.
tapi sepi.
minta balik rumah.
dalam rumah ada semua.
tak jadi masuk.
pergi belakang rumah.
kat situ.
menangis semahunya.
menangis.
dan saya rasa sepi.
yakin mata dah normal.
baru masuk rumah.
buat2 gembira.
tapi saya baru perasan.
baru perasan hari ini.
hari itu.
hari yang lagi satu.
hari2 lain.
sangat sepi.
tak pernah sesepi itu.
tak pernah sesepi ini.
i wonder.
whats gonna happen?
u r just like u.
doing me.
being u.
it torments me.
i see u.
everyday.
u ignore me.
everytime.
how do u sleep at night?
after u do what u do.
how do u sneak at night?
after u sing what u sing.
i wonder.
do u sleep at night?
or u walk around acting tight?
u seem vulnerable.
then again u r chameleon.
is it the correct spelling?
do not bother.
im losing u.
do not bother.
u carry on.
and have a life.
i'll be here.
living life.
malaysia dah merdeka 52 tahun.
tapi kita belum matang.
sesetengah isu mungkin ya.
saya rasa ramai yang tidak peduli.
atau nampak seperti tidak peduli.
saya sendiri buta sejarah.
cuma tahu sukatan text sekolah.
selebihnya agak asing.
tapi saya berbuat sesuatu.
menonton 1957: hati malaya.
setidak2nya saya dah tahu pendirian dato' onn.
saya lebih tahu perjuangan tunku abd rahman.
tapi masih banyak yang samar.
lahir selepas merdeka.
saya jadi buta sejarah.
bukan kerana masa.
atau sistem.
itu kelemahan diri.
bukan ke kita yang control diri?
sekali lagi.
selamat hari merdeka!