Wednesday, November 4, 2009

Ini cerita tentang anak kecil dan dunia besarnya.

Ketika semua manusia sibuk mengulit kesedihan masing2, ketika yang terlihatkan di mata adalah kesedihan dan tangisan memenuhi rumah yang sebelum hari ini penuh dengan suka semata. Di ruang mata anak kecil itu, terbaring lelaki yang sebelum hari ini tak kenal penat bermain dan melayan kerenahnya.

Tiba2 dia jadi takut, teringatkan peristiwa hari sebelum hari ini. Ketika dia berlari-lari anak ke rumah lelaki itu seperti rutinnya. Di jendela, yang terlihatkan adalah lelaki yang sedang bergelut dengan kesakitan terduduk di meja makan.satu tangan menahan dada dan yang lagi satu penuh dengan butir2 nasi. Yang terlihatkan adalah wajah kasih kakak yang sayu. Anak kecil cuma diam bisu dan terus memerhati. Tanpa suara, tanpa apa2, menjamah semua kesakitan dan kepiluan 2 orang yang selama ini sentiasa senyum padanya. Setelah beberapa waktu, diam2 dia berlalu pulang. Tiada siapa tahu hadirnya hari itu.

Sekarang lelaki itu terbaring kaku berlilit kain putih sambil dibacakan ayat2 suci al-kitab. Perlahan, anak kecil berjalan keluar.

Dan ketika dia membentuk2 tanah liat di tangan dengan rakan2nya, manusia2 tadi berlalu di hadapan. Lelaki yang terbaring kaku tadi diusung betul2 di hadapan kumpulan anak2 kecil yang sedang membentuk2 tanah liat di tangan.

Entah kenapa, dia terus membelakangkan badan. Entah kenapa, dia takut dengan semua yang di belakangnya sekarang. Entah kenapa, dia tak mahu terlibat dengan semua mereka sekarang. Entah kenapa, dia berjaya pura2 untuk bermain, pura2 seperti seusia rakan2nya yang tidak faham erti kematian. dia cukup tahu tiada manusia yang akan marah bila dia menyibukkan diri terusan bermain di usianya. Maka dengan sebab itulah dia yang menggiatkan kawan2 untuk bermain baru sebentar tadi.


Kepada encik pengkritik. Ya saya memang konon2 berlagak laid-back dan cool seperti ini. Saya dah berlatih sejak umur 9 tahun lagi. Saya dah tak pandai untuk berlagak selain dari laid-back dan cool. maaflah kalau saya akan terus pura2 cool lagi selepas ini.

Kepada diri sendiri, kenapa pilih hari ini untuk semua ini? Kenapa pilih hari ini untuk mengingati lelaki yang dulu pernah berjanji untuk memberi hadiah bila saya dapat semua A dalam UPSR. Bila saya dah dapatkan itu, tiada apa2 saya dapatkan dari dia. Al-fatihah untuk dia yang telah pergi sebelum sempat memberi hadiah. Apalah yang saya tahu tentang jantung berlubang dan lelaki 20-an ini.