Friday, November 13, 2009

perasaan ini tak mau mereda sedikit pun. aku tak punya kekuatan untuk meluahkan sekarang. perlu berbuat apa ya? masa depan saja yang ada jawabnya. haihhhhh...

maaf masa depan kalau pilihan-pilihan yang aku buat hari ini salah. menjerumus kamu ke ruangan sempit. aku benar tak punya upaya saat ini. esok is another story ok.

ada masanya, aku mahu terlarut saja ke dalam waktu dan biar arus bawa aku ke terusan silam. seperti waktu kosong tika ini.

kau pernah marah kerana diam dan ketakupayaan aku dulu. bila aku pilih bisu dari menjawab tanya. kemudian dengan sekuat hati kau menjerit dan mengulang soalan itu. hingga hening malam jadi terganggu lalu yang kelihatan di tingkap-tingkap yang terbuka luas adalah kepala-kepala dan wajah-wajah manusia yang merasa diganggu. mereka berkata-kata sesama mereka. berteka-teki apa yang mungkin berlaku. kau dan aku tak berganjak sedikit pun. kekal pada keadaan seperti waktu masih hening. tapi kau masih marah dengan kebisuan aku. aku masih mahu diam dengan mata cuma memerhati tv tanpa menghiraukan amarahmu atau bisikan-bisikan mereka. mama datang dari luar dan meredakan keadaan. kau mengalah. tapi aku malam itu terus kaku menghadap tv hingga aku terasa seperti mahu tidur. baru aku teringat. aku waktu itu belum lagi mohon maaf pada masa depan. kerana rupanya masa depan atau masa kini tak jauh beza. aku harap aku boleh pergi ke waktu dulu dan berpesan agar aku tak lupa minta maaf.

aku memang tak belajar dari waktu itu. suatu hari, selepas bertahun-tahun, aku mengulang sikap yang sama. cuma kali ini, kepala-kepala dan wajah-wajah yang berurutan di tingkap-tingkap rumah adalah polis-polis. bila aku terperasan akan mereka, aku buat pilihan yang sama. diam dan bisu. mengendahkan mereka yang terjerit-jerit minta pintu dibuka. mereka yang berteriak dan mengugut-ugut aku. persetankan kamu semua. tapi aku waktu itu telah belajar untuk jadi kurang ajar. seolah sehening pagi-pagi yang selalu aku lalui, aku terus menghadap tv lagi. dengan mereka yang hampir hilang sabar di luar melihat aku di depan tv. kau yang mengalah juga. membukakan pintu dan menyerah pada mereka.

aku dah menebus pengkhianatan aku yang dulu kan? aku tak mungkin berpaling tadah lagi sekalipun aku mahu.

No comments: