Asal saja kamu tahu setiap ruang vakum belum pun sempat terwujud kerana molekul cintamu sentiasa dikerah untuk membina empayar di persada jiwaku.
Hantukan ini boleh saja aku sandarkan penyebabnya terus kepadamu. Biar semua hinaan terbias ke wajahmu.
Biar semua telah aku lakukan. Biar segalanya telah aku serahkan. Sakit yang kau tinggalkan terus saja bersisa. Dan luka itu tak mahu sedikit pun mengering.
Aliif laam miim, aku telah dikalahkan
Apakah benar kebenaranmu
Benarkah palsu kepalsuanku
Aliif laam miim.
No comments:
Post a Comment