Tuesday, December 16, 2008

rumah masih seperti dulu.
tak sedikit pun berubah.
semua masih lagi mendukung watak yang sama.
dengan cerita lapuk itu.
saya masih menulis semahu saja.
seperti yang saya tahu.
bagaimana agaknya saya boleh sampai ke tempat ini?
bagaimana saya boleh biarkan semua seperti ini?
tuhan punya rencana sendiri.
hingga benar-benar saya menerima semua.
benar-benar menerima yang saya tak punya kuasa langsung untuk mengubah.
benar-benar menerima yang saya tak mungkin mampu merubah cerita.
tolong saya tuhan.
untuk saya benar-benar menerima.
ajar saya tuhan.
bagaimana mahu benar-benar terima.
saya mahu tahu.

No comments: