waktu seakan membenarkan
emosi yang menyelinap ke dalam ruang sempit ini
cuba mencarik baju sendiri
kepulan asap berjelaga terburu-buru keluar
mahu lari dari kepungan
kamu masih saja terpaku
terus saja membenamkan wajahku ke dalam laut
lirikan kamu tertancap tepat ke reseptor rasa
dibawa bersama pembuluh darah ke jantungku
udara jadi sesak
kerana kamu terpasak di situ
nafas yang aku hela jadi tercungap
tapi aneh
cuma dengan satu hembusan
pelangi seperti menampakkan warnanya
cuma dengan sehela nafas
langit seperti biru semula
wahai lintasan hati
beredar saja di orbit itu
kerana aku rindu
2 comments:
sungguh, perjalanan itu hebat. berhenti di setiap tol ragam dunia. apa boleh buat? merenung dan menyesali namun darah dan dosa mengalir begitu senang. tabah sahaja lah laney oi!!!! :)
Post a Comment