Tuesday, June 28, 2011


sejak tempat ni dah terbongkar, banyak benda aku kena diamkan. taktau la sampai bila bole bertahan. nak berkias macam mana lagi..sakit kalau lama2 macam ni.

Friday, June 24, 2011

setiapnya pun kerana aku sendiri. sebab aku percaya setiap sesuatu itu ada tempatnya. dan setiap perasaan itu ada penyebabnya. jadi tahankan rusuh hati itu dulu. biar masa adili semua.

Thursday, June 23, 2011


Kejadian buli di tempat kerja.

Wednesday, June 15, 2011

aku belajar sesuatu semalam. syaitan boleh datang dengan kesedihan. dia boleh datang dan bawa kesedihan untuk kita. jadi, kita boleh sedih dan lemah. sebab itulah hidup. tapi kita tak boleh hanyut dan tenggelam didalamnya. sebab mereka sentiasa ada dan sedia untuk rabakkan hati manusia. jadi bila jatuh kita kena bangun. bukan terbaring kaku. kalau tak mampu bangun sendiri, minta pada tuhan supaya digerakkan tangan orang-orang yang berselisih dengan kita. cakap dengan dia selalu. mesti dia dengar. 

Thursday, June 9, 2011

ada seekor semut sedang menangis. dia berjalan di depan aku sambil menangis. kemudian dia berhenti betul-betul di atas tapak tangan aku. dengan suara tersekat-sekat, dia kata, kau akan halimunan. Kau akan halimunan dan akan mati 5 minit lagi.

Aku terdiam. Matanya sudah bertukar hijau saat aku cuba menggerakkan tangan. Semut kata lagi, kau tak akan dikebumikan. Hujan akan turun dan bawa kau pergi nanti. Aku cuma angguk tanda faham.

Kemudian semut berbaring di tapak tangan aku. Dengan satu tangan di atas dahinya, dia mengeluh. Rahsia ini terlalu berat untuk aku. Aku dah tak sanggup simpan sendiri. Aku angguk lagi tanda faham.

Tiba-tiba semut bangun dan mengibas-ngibas kakinya. Lagi 2 minit, katanya. Lagi 2 minit, kau akan tumpahkan air kopi tu dan hanyutkan aku dari sini. Lagi 2 minit, aku akan pergi dari sini dan kau akan halimunan perlahan-lahan. Kemudian hujan akan turun dan membasuh semua sisa tentang kita. Hinggakan meja ini pun akan mengecut dari bebanan yang di bawa oleh hati kita.

2 minit kemudian, hujan turun dengan lebat. Air kopi yang tumpah sebentar tadi telah bercampur dengan air hujan. sekelip mata aku hanyut dibawa arus hujan. perlahan-lahan, seperti kata semut tadi, aku sudah halimunan. sekelip mata, mungkin semut tadi lupa untuk beritahu, aku sudah tumbuh sayap dan terbang tinggi. Tinggi sampai semua manusia yang mengerumuni meja aku tadi nampak seperti titik-titik. Dan aku rasa, sekelip mata, beban dan rahsia dalam hati aku yang tertinggal atas meja mengecil menjadi semut-semut hitam.


semut-semut hitam itu lalu memanjat tubuh-tubuh manusia di sekeliling meja. dan sebelum aku terlupa, sayap aku berwarna biru. ya, bukan putih tapi biru. 

Tuesday, June 7, 2011

"kalau dah jumpa tu, pegang sampai dapat."
ape hal dia cakap macam tu dengan aku? syaitan memang setan.

Wednesday, June 1, 2011


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fid-yah, (yaitu): Memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.