Friday, April 30, 2010

kita belum berbalas cerita
tapi kau sudah gopoh menunjuk taring
jadi penyeri jalan cerita
sayang...
aku baru mahu menyerah kalah tadi
kalau berdesing telinga
menangkap sirat maksud
membaca tutur bibir
hingga tersirap panas
udara di muka
aku belum mahu pergi dari sini

Tuesday, April 27, 2010

kepala aku tak sakit atau pening tapi rasa macam nak pecah sekarang. macam dah tahap maksimum serabut. aku perlu seseorang untuk pinjamkan waktu dan telinga.aahhhhh.tapi masih tak boleh nak putuskan siapa orang tu. betapa susahnya untuk aku berbagi rasa dengan orang.
apakah ini keputusan yang tepat? aku harap jalan ini akan membawa kami ke tempat yang lebih baik. aku harap ini pilihan yang tepat. kalau abang aku ada dia pasti dapat fikirkan sesuatu dan mampu yakinkan kami tentangnya. tapi dia tiada untuk buat keputusan ini. kalau dia ada rasanya keputusan ini tak perlu dibuat langsung.

Monday, April 26, 2010

sedang ajar diri untuk cuba berbaik-baik dengan jiwa. berlemah lembut dengan hati. biasakan mencuba sampai jadi kebiasaan.

Friday, April 23, 2010

baik baca gosip dari berfikir yang bukan-bukan macam sekarang. baik bergossip dari melayan perasaan yang tak keruan sekarang. tapi, dari pagi tadi aku dah cuba teori ni. hasilnya masih juga berfikir-fikir tentang masa depan. esok. lusa. ahh..senang betul kepala ni diceroboh. senang.
tak. ini bukan pasal duit. ini pasal schizophrenia. rasa kelakar pula sekarang. rasa macam nak pergi karaoke pun ada. tapi dengan rm3 boleh buat apa. tadi baru menebalkan muka pinjam duit pada orang. sebab nak masuk ke sana perlu bayar deposit. jadi dengan gagahnya aku cuba meminjam. itu baru bahagian aku. kami dah bahagi tiga. aku mama dan pakcik aku. dengan perasaan yang aku pun tak tau apa, berbincang dengan dia supaya dapat dia menanggung 1 bahagian. lantaklah. nanti aku dah cukup duit, aku tanggung la semua bahagian tu. memang sekarang kalau nak ego akan tunggang langgang lah hidup. biarlah bertatih dulu perlahan-lahan. aku tak mahu nanti keluar suratkhabar mati kena tikam pula. hahaha..tapi ajal maut siapa tahu. dan kenapa aku gelak dengan kenyataan itu pun siapa tahu..
sekarang aku dah malas nak berkira-kira cukup atau tidak duit. biarlah. apa nak jadi pun. takpelah kalau lepas ni dah tak boleh keluar walaupun hanya untuk minum dengan kawan-kawan sebab duit tak cukup. sekarang yang penting adalah ini. hantar je ke nursing home. biar aku dan mama ikat perut. asalkan hari-hari yang kami lalui tidak tegang macam dulu-dulu. atau macam baru-baru ini. berkali-kali setiap minggu tingkap pecah, cermin pecah, kipas patah, barang-barang kena sepak terajang. sampaikan mama yang tengah solat dalam bilik dengan pintu berkunci dan tingkap bertutup pun dikacaunya. pintu ditendang dan kemudian menghulur parang dari tingkap yang berjaya dibuka. halusinasi dan delusional yang dia pegang kuat. sampaikan kisah dulu-dulu jadi bukti padanya. dengan tafsiran sendiri. keras dan hanya tahu menyalahkan. sampai sesuatu yang langsung tak pernah terjadi disemat kemas sebagai bukti menyokong tuduhan sendiri. apa nak jadi jadilah. pernah pula apa yang aku rancang jadi kenyataankan. kami bukannya akan jatuh tersembam muka di tanah terus. kami tak apa-apa pun. hidup dan bernafas macam biasa. cuma kadang-kadang udara macam tak mahu cukup. itu pun kadang-kadang.

Wednesday, April 7, 2010









aku ni selalu saja tidak stabil di dalam. dan aku ini selalu saja berlagak stabil di luar. ini semua kerana aku ada rakan-rakan susah dan senang. ini tribute untuk semua yang tanpa sedar jadi perisai yang melindungi aku dari virus-virus jahat dunia. cukup aku tau mereka ada di dunia lain. cukup. mereka tak perlu tau teori dalam otak aku. mereka tak perlu diberitahu tentang formula apa yang aku cuba cari. jumpa, berbual-bual kosong, makan-makan, gelak-gelak. "oh..diorang ada nanti."

ada lagi rakan-rakan yang superhuman tapi takde dalam gambar sebab upload dari pc office. intan suraya - mira - izan - ajal
baru teringat wawa yang waktu aku jobless dan pokai telah meminjamkan duit untuk survive tanpa banyak soal.
bosanlah. takde perkara yang selesai. semuanya diulang-ulang. aku dah sampai tahap benci pada semua ini. macam orang bodoh yang cuma mengikut jalan terbentang di depan mata. kalau kita kembali seri atau mungkin 0-0 dah buat aku cukup gembira. tapi aku yakin selepas ini semua berulang kembali dengan sejarah memberat di angka-angka kecil dan besar yang tidak stabil. kepala aku pun semakin berat dengan taakulan masa depan yang aku mimpikan sendiri. kemudian lagi bermimpi watak orang yang pernah penting suatu masa dulu. hubungan yang konon terputus kerana salah yang terbeban di bahuku. padahal aku cuma simpan segala rahsia kisah yang terjadi. tutup dan pergi tanpa menoleh lagi. ini hanya membuktikan yang aku ini sebenarnya terkandas di dalam ruang masa yang sudah bertahun-tahun lepas berlalu. biar bagaimanapun kaki berusaha menginjak laju pada realiti, rupa-rupanya awan-awan dulu masih mahu bernaung di atas kepala aku. aku ni memang bodoh mungkin. sama ada sengaja atau tidak, aku telah membiar roh yang terkandung dalam tubuh ini untuk berhenti membesar. berhenti menjadi dewasa. berhenti untuk belajar dari dunia. berhentilah diri dari mengeluh keadaan sendiri. ia cuma memuntahkan hitam dari hidup yang selama ini kau ikutkan. yang selama ini kau diamkan kelemahan dan kekurangannya.

Thursday, April 1, 2010

apa nak buat sekarang? atau apa yang patut dibuat sekarang tuhan?
tak tahu perasaan apa yang patut saya rasa sekarang. entah..ini mungkin noktah untuk serabut di malam-malam hari. ini juga mula untuk sesuatu yang mungkin lebih teruk lagi. sejak jaring yang memisahkan dua dunia ini tiada, yang selalu saya rasakan lebih kepada penat. doa yang sama terucap saban malam. mohon sekerasnya agar ajalnya diawalkan. melihat mama cuba untuk tidur malam tadi dengan mengetap bibir dan keluhan yang entah berapa kali.1 april juga hari lahir mama.permudahkanlah perjalanan mama dunia akhirat tuhan. mama baru sahaja telefon ketika saya sedang menaip ini. katanya, cuma nak meluahkan dan jangan beratkan kepala dengan semua ini..
saya memang tak tahu rasa apa yang patut ada sekarang. yang pasti bukan gembira. bukan juga sedih.