rumah masih seperti dulu.
tak sedikit pun berubah.
semua masih lagi mendukung watak yang sama.
dengan cerita lapuk itu.
saya masih menulis semahu saja.
seperti yang saya tahu.
bagaimana agaknya saya boleh sampai ke tempat ini?
bagaimana saya boleh biarkan semua seperti ini?
tuhan punya rencana sendiri.
hingga benar-benar saya menerima semua.
benar-benar menerima yang saya tak punya kuasa langsung untuk mengubah.
benar-benar menerima yang saya tak mungkin mampu merubah cerita.
tolong saya tuhan.
untuk saya benar-benar menerima.
ajar saya tuhan.
bagaimana mahu benar-benar terima.
saya mahu tahu.
Tuesday, December 16, 2008
Wednesday, December 3, 2008
malaikat
bisikkan di derianya
sedikit rahsia masa kelak ku
khabarkan pada dia
bagaimana tuhan membenarkan
aku memeluk kejap bahagia
ceritakan tentang sinar yang tuhan nyalakan pada hujung perjalananku
tentang cinta yang mekar lingkari kisah ku
biar jiwanya aman di sana
biar dia tenang membasahkan lidah
hanya untuk dirinya
bisikkan di derianya
sedikit rahsia masa kelak ku
khabarkan pada dia
bagaimana tuhan membenarkan
aku memeluk kejap bahagia
ceritakan tentang sinar yang tuhan nyalakan pada hujung perjalananku
tentang cinta yang mekar lingkari kisah ku
biar jiwanya aman di sana
biar dia tenang membasahkan lidah
hanya untuk dirinya
Subscribe to:
Posts (Atom)