Aku rasa seperti dia sedang memanggil aku pulang kepadanya. Mungkin dia lihat aku sudah terlalu jauh dari dia. Jadi dia sedang menggamit aku untuk datang dekat.
Sini ke aku.
Ada sesuatu untuk kamu.
Ke sini.
Ke aku.
Selalu, daun2 akan ikut melambai seperti dia. burung2 akan ikut bernyanyi seperti lagunya. dan selalu, cuma sekilas aku bagikan masa untuk dia. Pedulikan mereka, berdesing bisik di telinga.
Lalu, dia hantar peringatan dari langit. Bila awan hitam berkepul-kepul di atas kepala, aku cari tempat yg aku kira paling nyaman untuk berteduh.
Tapi dari pelupuk mata hati aku, tempat teduh ini kotor. cuma sebentar. Kemudian semua kami akan cari lagi ruang lebih nyaman dari yang ini.
Air mata awan hitam mengenai kepala. Menyapu seluruh tubuh kami sampai lencun hati2 yang kering. Sampai tiada beza antara yang kami punya atau air mata awan2. Kalau aku lihat ke atas, dari tempat teduh ini, aku cuma nampak sunyi. Sunyi yang merentas entah berapa zaman. Raga aku seakan meranap. cepat.
Takkan cuma sunyi?
Takkan cuma sunyi untuk aku dari jarak ini?
Patah balik. Susuk tubuhku mula berbahasa. Kita patah balik. Jerit kaki melulu.
Mana pernah ada istilah terlalu jauh untuk berpatah balik. Sekalipun air mata semua kita di paras hidung. Nyawa kita sudah sampai ke halkum.
Mana pernah ada istilah terlalu jauh untuk berpatah balik. Kalau kita rasa seperti sudah tenggelam lemas, itu kerana dia lihat bekalan kita sudah susut untuk di bawa. Jadi dia bagi segala macam amaran. Dan kita endahkan. Dia bagi lagi amaran. Dan kita persetankan.
Patah balik.
Dia sedang memanggil aku pulang.
Dia sedang menunggu aku datang.