Aku rasa hari ni aku nak tulis berjela. Jadi kita mula dengan malam tadi. Mimpi tentang lelaki, seluar pink lembut dan abang aku yang di dunia lain. dan 2.40a.m. adalah waktu aku buka mata dan minta pada tuhan untuk dijauhkan gangguan2. Akhirnya aku berjaya tidur semula.
Ok. Sekarang aku dah tak tau nak tulis apa.. mungkin kita boleh cerita tentang seluar pink lembut tadi. Antara banyak seleksi warna, aku percaya pada kuasa pink lembut untuk cairkan lelaki dalam mimpi tadi. Tapi rupanya cinta kami dihalang orang tua. Dan aku terpaksa mengejar dia sampai terjaga ke dunia nyata semula. Tragis.
Aku cuma mampu setakat ini saja. Pintu masih tertutup. Kalau ada yang punya kunci silakan mencuba. Mana tahu boleh buka tingkapnya sekali.