Wednesday, March 30, 2011

people. 

0.5 is a big number. 

what an achievement. 

weeee!!!

Tuesday, March 29, 2011

sekarang ini bukanlah waktu yang paling kosong untuk aku. bukan yang terpaling kosong. tapi perasaannya tetap sama. macam terpaling sunyi. dan tuhan kata demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
madiha. demi nafas yang dia curi dari kau. dan sampai nanti kau siap untuk melepaskan semua.

Monday, March 21, 2011

padahal dia itu sampah. di tepi pembaringannya, air dari mata mereka jatuh. dan hampir saja membasah batu nisan yang mengering itu..

Tuesday, March 15, 2011

belum 1. belum 2. belum 3. belum 4. belum satu pun mau hilang. sudah 1-2-3-4. setiapnya pun awan-awan menghitam. jadi lapuk sajakah yang 7 ini. terngiang di awan cuma sebentar. kemudian larut dan mengeruh. di lopak air hujan. di hujung kaki pejalan. di taman bersilang harapan. 1kg pun aku berdendam. 

hahahahaha...

Monday, March 14, 2011

untuk diri dan kawan2 yang kadang2 keliru.


Renungkan sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas radhiyallahu anhuma beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). [Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi nombor 2516. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sahih]
Apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah apa yang dikenali sebagai Sunnatullah.
Ia bermaksud, segala peraturan sebab musabbab yang menjadi sendi kehidupan di alam ini. Buat ini jadi ini, buat itu jadi itu. Perbuatan dan kesan perbuatan, peraturannya semua telah ditentukan oleh Allah. Itulah yang dikatakan sebagai ILMU ALLAH. Ilmu yang Maha Luas.
ILMU ALLAH ini, yakni Sunnatullah, telah disempurnakan manualnya. Demikianlah ia diungkapkan di dalam Hadith itu sebagai “Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)“.
Ini juga merupakan maksud firman Allah:
“Maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu”
[Fathir 35:43]

artikel penuh di sini - http://saifulislam.com/9423

Friday, March 11, 2011

barangkali picisan di mata engkau
tapi dia datang dengan nyawa
diagungkan dengan nyawa
kalau itu belum cukup
aku menyerah
aku hanya sempat bisu bila orang seangkuh engkau meletak kewajaran di tempat  yang salah.

bodo.

Thursday, March 10, 2011

ada orang tu hatinya sudah cedera parah.

dalam sehari, acap kali ditembak peluru merah.

peng! peng!

Monday, March 7, 2011

aku kira peristiwa yang berulang-ulang cukup siapkan mental dan emosi aku. salah. setiap kali pun aku tetap rasa helpless. sangat helpless. dan yang paling aku kesalkan mama yang harus tanggung semuanya. aku jarang ada untuk berkongsi keluh kesahnya dia. cuma telefon menghantar perasaan dia ke aku. dan aku akan terdiam di sebelah sini dengan fikiran ligat mencari solusi kalau sempat. dan kalau dapat.
sakit bukan lagi masalahnya sekarang. tapi beban yang diagihkan pada orang sekeliling. terutama mama. membahu semua dengan sendiri. harus jauh mana lagi dia perlu menapak dengan memikul berat ini bersamanya? kalau aku helpless. dia lebih lagi.
aku ada plan. 7kg. apalah sangat. 


Friday, March 4, 2011

ada serpihan hati yang tersisa di celah mimpi-mimpi ranum saban malam. mungkin boleh dikhabarkan dulu, wahai tukang cerita, siapa gerangan pemiliknya?