hari ni, saya mengedit blog. terbaca entri 11 feb.
cerita mimpi.
sebetulnya, rumusan tentang mimpi tu salah.
alasan adalah kejadian selepas hari itu
13 feb
sangat malas nak pergi kerja. tapi, memang hari-hari lain pun selalu saja malas.
tapi malas bukan point kali ni.
ada 1 call. unknown number. since, masa tu in the middle of conversation with customer, saya buat tak endah je.
lepas tu, masuk 1 message. saya cuba mengquote seperti yang asal
ealelani, ni acik imah. yang sewa rumah ealelani. rastam eksiden kt huawei. kepala pecah.
1. nama saya salah.
2. huawei bukan jenama HP yang lame tu, tapi highway.
shittttt..terkejut. tapi honestly, tak percaya sangat pun. but still, panik. cepat2 kemas barang and minta permission balik rumah. antara sebab saya tak berapa nak percaya, adalah sms di atas. makcik ni lawak.
saya terus jalan ke kereta, tanpa fikirkan apa2. kosong. taktau nak fikir apa. dalam kereta, text mona. kemudian, amik keputusan untuk bawa mona sekali. sebab seriously, saya taktau apa nak buat, fikir dan tuju. buntu kot.
dalam perjalanan pulang, call makcik kelakar untuk pengesahan. dia kata diorang taktau macam mana nak call mama. lepas tu, saya call mama. 3rd attempt baru dapat.
reaksi mama, tak terkejut sangat. seriously. mungkin kami sama. ambil masa untuk menghadam maklumat semacam itu. mama cakap ya Allah. Betul ke dia? semua dalam keadaan tak terkejut sangat la. saya suruh mama ke hospital dulu.
dan sampai sini saya dah malas nak cerita. pendek kata, rumusan mimpi saya hari tu salah.
yang pergi kali ni adalah abang saya. dia naik motor di highway. eh silap huawei. gune emergency lane. tiba2 kerete depan masuk and stop kat lane tu gak. tiba2. dalam pada tu, ada 1 trailer memang kt 3rd lane tu. nak elak kereta, dia ke kanan sikit. tapi dah memang ajal, lost balance. motor jatuh kt lane sebelah. trailer memang dah ada kat situ pun. itu kisah akhir hidup dia.
dia kembali mungkin tak seperti mimpi. dalam mimpi, saya boleh gambarkan dengan jelas di kepala, kaki yang putus dan darah yang mengalir. tapi realitinya, kaki tidak putus. cuma separuh muka mungkin pernah lokasinya di bawah tayar trailer. makanya, tiada daging yang tinggal. kemudian, dari bahu kanan ke kaki juga sama. menelanjangkan segala macam organ dalaman.
cuma satu. keadaan tangannya. tangan kiri tergenggam rapat dan kejap, memang bila dikapankan pun dengan genggaman itu sekali. saya kenal dia. dia, sewaktu hidupnya, akan menggenggam tangan bila sakit. tabiat yang memang dari dulu lagi. semoga itu adalah kiffarah.
moga dia mendapat husnul khatimah. amin.
Friday, July 31, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)