Tuesday, October 23, 2012

Aku rasa seperti dia sedang memanggil aku pulang kepadanya. Mungkin dia lihat aku sudah terlalu jauh dari dia. Jadi dia sedang menggamit aku untuk datang dekat.

Sini ke aku.
Ada sesuatu untuk kamu.
Ke sini.
Ke aku.

Selalu, daun2 akan ikut melambai seperti dia. burung2 akan ikut bernyanyi seperti lagunya. dan selalu, cuma sekilas aku bagikan masa untuk dia. Pedulikan mereka, berdesing bisik di telinga. 

Lalu, dia hantar peringatan dari langit. Bila awan hitam berkepul-kepul di atas kepala, aku cari tempat yg aku kira paling nyaman untuk berteduh.  

Tapi dari pelupuk mata hati aku, tempat teduh ini kotor. cuma sebentar. Kemudian semua kami akan cari lagi ruang lebih nyaman dari yang ini. 

Air mata awan hitam mengenai kepala. Menyapu seluruh tubuh kami sampai lencun hati2 yang kering. Sampai tiada beza antara yang kami punya atau air mata awan2. Kalau aku lihat ke atas, dari tempat teduh ini, aku cuma nampak sunyi. Sunyi yang merentas entah berapa zaman. Raga aku seakan meranap. cepat.

Takkan cuma sunyi?
Takkan cuma sunyi untuk aku dari jarak ini?

Patah balik. Susuk tubuhku mula berbahasa. Kita patah balik. Jerit kaki melulu.

Mana pernah ada istilah terlalu jauh untuk berpatah balik. Sekalipun air mata semua kita di paras hidung. Nyawa kita sudah sampai ke halkum. 

Mana pernah ada istilah terlalu jauh untuk berpatah balik. Kalau kita rasa seperti sudah tenggelam lemas, itu kerana dia lihat bekalan kita sudah susut untuk di bawa. Jadi dia bagi segala macam amaran. Dan kita endahkan. Dia bagi lagi amaran. Dan kita persetankan. 

Patah balik. 
Dia sedang memanggil aku pulang.
Dia sedang menunggu aku datang. 

Wednesday, October 17, 2012

Rindu zaman ni..zaman yang aku tak peduli apa pun kecuali silat. dihantar ke sini untuk selamatkan aku dari pengaruh x sihat kononnya. tanpa keluarga, tanpa kawan tanpa semangat. Dan silat selamatkan aku dari semua masalah dalam dunia masa tu. Aku akan ponteng sekolah sehari setiap minggu. Tapi aku tak akan ponteng latihan. Lambat macam mana pun tetap akan datang.




Kemudian bila dapat peluang balik semula ke labu. Aku hilang terus..

Saturday, September 29, 2012

Aku x boleh tido. Esok kena bangun pagi sokong futsal. X mampu nak main kot. Aku nak join silat balik macam dulu. Tapi mana nak cari kat sini? Perasaan masa silat dulu sgt seronok.
Maafkan aku hati.
Kalau kau minggu ini perlu lebih keras lagi mengerah kudrat.
Buat mengamankan rusuhan dalam diri.
Aku sekali lagi menjadi dulu.

Monday, July 23, 2012

hmm.. balang kaca saya dah kosong encik :p
i guess tali yang ni macam organ hati. tumbuh semula no matter what. sigh... mungkin kerana tali ini punya barcode yang sama. heh..dari pengeluar yang sama. blergh..

Monday, July 9, 2012

ingatkan dah xkan terlibat dengan semua ni. huh...macam dulu jugak. bekejar dari entah mana dan selamatkan entah siapa. bertahun dah aku tinggalkan kerja ni.. kalau dulu aku buat dengan memegang secebis tali harapan. kali ni aku sangat harap untuk jadi pisau yang putuskan tali itu. tali persaudaraan? kita mana pernah ada.