Friday, May 20, 2011



"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya, daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, dan daripada diri mereka sendiri, dan daripada apa yang tidak mereka ketahui."
36:36


untuk segala macam kemungkinan dan segala warna manusia yang kita tempuh dan hadap. telan setiapnya supaya nanti kita lebih belajar makna sabar. 

Monday, May 16, 2011

Aku rasa hari ni aku nak tulis berjela. Jadi kita mula dengan malam tadi. Mimpi tentang lelaki, seluar pink lembut dan abang aku yang di dunia lain. dan 2.40a.m. adalah waktu aku buka mata dan minta pada tuhan untuk dijauhkan gangguan2. Akhirnya aku berjaya tidur semula.

Ok. Sekarang aku dah tak tau nak tulis apa.. mungkin kita boleh cerita tentang seluar pink lembut tadi. Antara banyak seleksi warna, aku percaya pada kuasa pink lembut untuk cairkan lelaki dalam mimpi tadi. Tapi rupanya cinta kami dihalang orang tua. Dan aku terpaksa mengejar dia sampai terjaga ke dunia nyata semula. Tragis.

Aku cuma mampu setakat ini saja. Pintu masih tertutup. Kalau ada yang punya kunci silakan mencuba. Mana tahu boleh buka tingkapnya sekali.

Thursday, April 28, 2011

barangkali perasaan pecah yang semacam ini sudah luput. belum cukup bodoh untuk aku merasa menang seperti kali ini. yang terlihat nanti cuma sinis pandangan kita minta diterjemah sunyi. belum keras usaha untuk keluar dari daerah selesa ini. akan seperti kaca nanti retaknya bila di hempas ke lantai dan dibiar mendarahkan kulit manusia2. satu-satu kita rungkai makna sabar. makna dendam. satu-satu kita tambah beban dosa di pundak sendiri. minta dilapahkan jantung ini sampai kering semua yang lekit. sampai lahap jiwa yang lapar. macam kau. macam aku. macam mereka.


Ada tiga hal yang termasuk pusaka kebajikan, yaitu merahasiakan keluhan, merahasiakan musibah dan merahasiakan sodaqoh (yang kita keluarkan).
(HR. Athabrani)
jadi dah lebih seminggu. cerita yang sama. hilang. yang baru tentang kali ini adalah hilang dan diam terus. tiada cubaan untuk menyampai pesan. jadi kami pun mengikut telunjuk dan sekadar menunggu. cuba percaya dengan jalan yang dia pilih. dia mampu patah balik kalau mahu. aku mampu tamatkan cerita ni kalau mahu. hidup ni mudah sebenarnya. itu pun kalau kau mahu la..

Thursday, April 21, 2011

kita kawan sampai mati kan?

Monday, April 18, 2011

Me
intan - apa pendapat kau dgn golongan anti hadis?
susu 
huh?apesal tetiba ni?
tgh topik santai tetiba masuk golongan anti hadis?
 fishy ni..
nape?bf baru ko anti hadis ke?
Me
hahaha
jawab je la gile
susu 
aku tulis 4 baris,ko reply sebaris..nak tunjuk bz a tu!
Me
ko bg jawapan je sudah
susu 
syaitn
Me
jgn byk tanya
pastu skeptikal
susu 
eh..syaitan..
Me
cuba masukkan topik bf
susu 
ko yang skeptikal dengna orang kelantan
Me
yg jelas tiada kerelevenannya
susu 
eh..ko dh ada bf ke lum?aku nak meraikan ni
kerelevanan?mak aih?bahasa tahi
Me
sila jawab
belum la of kos
susu 
define golongan anti hadis tu..
Me
sengaja kan
susu 
belum?tak lah..aku concern
Me
jawapan??
susu 
aku dah tanya ko...define golongan anti hadis tu..specifically?
Me
aku tak tau
ko define la
include in ur answe
watever
just answer the damn question
susu 
wow!
persis harimau jantan
bisa gugur jantung guwe
Me
susu 
aku perlu tahu, golongan anti hadis tu specifically anti hadis secara keseluruhannya atau hanya kepada beberapa level hadis..sebab hadis itu sendiri berperingkat2 dan keterkaitannya samada sanadnya tulen atau dhoif
Me
keseluruhan
yg percaya cuma al-quran cukup dan sempurna untuk dirujuk
susu 
bagi aku, hadis tu adalah sumber rujukan utk umat Islam yang juga memainkan peranan penting..tetapi harus didahulukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya, maka hadis itu tadi bersifat praktikal atau perlaksanaan sesuatu yang disyariatkan dalam Al-Quran juga yang diseru oleh Rasul2 kita..
Me
lagi
susu 
lagi?
Me
ye lagi
susu 
wah...apa yang kau nak tahu?atau yang ko nak aku cakap?
Me
apa pendapat kau ttg golongan ni
susu 
sebb ko tak specific
bagi aku, golongan ini tak seharusnya menolak hadis secara total...
sekejap aku bagi ko satu reference
Me
susu 
ah..aku lupa surah apa..
dah nyanyuk
Me
nak
cepat la
im waiting
susu 
Al-Mursalaat (77) : 50
Maka kepada perkataan apakah sesudah Al Qur'an ini mereka akan beriman?
Dalam bahasa Arabnya, fabi ayya hadisin ba'dahu yu'minun
hadis=perkataan/ucapan
disini, in my pov, main reference is quran, then goes sunnah, kemudian kepada sumber rujukan yang lain2 seperti hadis, ilmu2 makrifat, syariat, hakikat, dan sebagainya
but as i said, doesnt mean ia harus ditolak secara total...
Me
pov tu ape?
susu 
cumanya macam aku cakap tadi, pecahan2 hadis itu banyak, terkaitannya dengan Quran dan Sunnah pun ada tingkatanny. ada juga yang takrirnya diragui dan ada yang sanadnya mudah dan tepat
oh..sorry...hihi 'point of view'
Me
ceh..cubaan untuk belagak lg
susu 
mungkin anti hadis tu mjadi begitu kerana timbulnya pelbagai sumber hadis yang diragui kesahihannya...maka mereka menolak hadis untuk dijadian rujukan..
bukanlah....aku tulis panjang..mestila ada short form..ko tulis kontot2..pastu emosi...mestilah ko tulis full words..
i hope i anwser ur question a lil...
Me
si kontot
susu 
bt again, its vague, sebab ko tak specify dan just state the question in general...
a lil?wow.... buang l jadi il
how cute
Me
sewel
susu 
Me
hahaha
susu 
kenapa?
siapa yang anti hadis tu?
u didnt anwser my question! AGAIN!
(turn aku naik angin)
Me
xde sape yg anti hadi
kwn aku tanya
jd aku tanya kau
susu 
huh?
tetiba je?
pastu amarah meninggi macam berkepentingantinggi
Me
hahahaha
susu 
lalu aku jadi tujunya
Me
saje
susu 
brengsek
ok...ijinkan aku tido?
Me
ye silekan
benci tgk mimik muka kau tu
susu 
kamek sitok madah kitak kinektok lejuk
dudi ya kitak madah lagik..
babai
salam....
(betul2 lullaby)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
khrl_alia

tak phm
kau pnah baca tak e-bacaan
cuba tengok
e-bacaan.com
Me
page x bole bukak
khrl_alia
cuba kau google eeyahalia
cepat
cepat
google eeyahalia
mcm babi
Me
ye
sedang
Alia Cun
hahahaha
alia halia lg hebat
khrl_alia
siapa yang buat tu?
mcmana ia bole berlaku?
Me
mane aku tau
hahahah
canae dia buat ek
hahahahahaha
alia halia
pls tukar name blog jd halia plss
khrl_alia
babi bukan aku buat la gile!
1mana aku tahu
mana aku tahu!
aku takr eti pun nak set benda tu
patutnya keluar comma dot dot titik la kan
tapi kenapa keluar rmcmtu plak
Me
hahhahahah
kelaka la hr ni
khrl_alia
kelaka ae
ape kelaka
tak kelaka langsung ok!!!!!!!
aku bengang gile dengan siapa yg tulis tu
Me
aliahalia sudah bengang
hahahahaha


orang-orang sewel berada di sekeliling aku.

ini kisah ciptaan alia. tapi aku rasa rabak bila baca. alia..alia...

cerita fiksyen pasar malam.

semalam ada satu orang ke pasar malam. nama orang itu leni.dia berjalan di dalam hujan lebat.di tangan ada sekaki payung berbelang kuning,hijau,merah,biru.macam lampu trafik.

sambil berjalan melawan arus manusia langkah leni terhenti apa bila orang di depannya tidak mahu berganjak.leni tension.tempias hujan dah membasahkan kasut kilat kilat yang baru dibeli di ampang park.kasut seperti dorothy wizard of oz.

lelaki yang berkongsi payung dengan isterinya itu menyeluk saku.apa yang berlaku dalam lima saat itu membuat dia rasa malu dengan diri sendiri.lelaki itu berhenti untuk menghulurkan duit kepada seorang pengemis yang sedang berdiri betul betul di depan leni.

pakcik pengemis tu dah tua.dia buta.dia berdiri dengan tangan meminta didada.dia menumpang payung gerai mi hun sup.dia basah kuyup.leni membuka dompet dan letakkan duit di dalam tangan pakcik tu.leni fikir apa yang pakcik ni akan buat selama lagi beberapa jam.mcmana dia nak balik rumah.dia meminta sedekah utk sindiket ke ada isteri tengah menunggu kat rumah.dia lenguh kaki tak.dia sejuk tak.dia tahu tak hujan tu rupanya mcmana.kenapa muka dia mcm tak rasa ada hujan.kenapa muka dia relek.apa dia sedang fikir.leni memang suka bertanya.

tanpa berfikir leni menghulurkan payung lampu trafiknya kepada pakcik itu dan berkata 'pakcik,ni payung,pakcik ambil.'dan apa yang selalu terjadi adalah tuhan akan menunjukkan kekuasaannya.pakcik itu bertanya 'eh,anak rumah kat mana mcmana nak balik?'

sama seperti saat leni hendak membeli kerepek dari makcik jual kerepek di telawi bangsar dan leni tidak cukup duit dan makcik itu berkata 'tak apa nak makcik sedekah'.

macamana orang orang yang kita rasa perlukan pertolongan ini mempunyai hati yang sangat besar berkeinginan untuk membantu kita yang tak ada cacat anggota badan atau berkemampuan.

macamana kita yang rasa apabila mempunyai masalah kita rasa umpama langit runtuh keatas kita dan kita mula untuk sesak nafas tetapi orang orang yang patut kita tolong ini teruskan kehidupan untuk survive setiap hari dan masih mempunyai hati yang besar untuk tidak menjadi drama dan mengaku kalah.

leni membalas kepada pakcik itu 'takpe pakcik.rumah saya dekat saja.'dan belari semula ke arah kereta.dan pulang ke rumah.dan mandi.dan pergi ke pasar semula bersama makciknya apabila hujan mula reda.dan dia terjumpa pakcik itu sedang berdiri beberapa langkah dari gerai mihun sup itu berpayungkan payung lampu trafik.

apa yang jadi mungkin tidak mengubah seganjak pun kehidupan pakcik itu atau orang orang di sekeliling.tapi apa yang berlaku di dalam masa 5 minit itu membuatkan leni terfikir tentang bersyukur.tentang tuhan.tentang diri sendiri.tentang keluarga.tentang orang orang yang buta.pekak.cacat anggota badan.tentang tuhan menjanjikan keadilan kesamarataan untuk semua orang walau orang islam atau tidak.cacat atau tidak.sakit atau tidak.leni yakin pakcik itu mungkin buta tetapi dia tidak buta hati.hati dia sebesar kebaikan yang semua orang idamkan.

leni pulang dan berfikir dengan mr marlboro.mr marlboro,mulai esok kita akan jadi orang yang lebih baik dari hari ini.esok pagi kita akan bgn subuh dan pergi kerja awal dan berdedikasi dan bersyukur.kita hidup hanya sekali.kita selama ini didalam kerugian.

esoknya leni bgn jam sepuluh setengah pagi dan mereject semua panggilan telefon dari ofis.sebelum melelapkan mata kembali dalam hati leni berfikir
'minggu depan boleh cuba lagi'.