Friday, January 29, 2010

bila aku mendongak
ada pelangi di kaki langit mu
senyum puas..

Thursday, January 28, 2010

rambut keras macam dawai.
mata merah dan berair.
jerawat2 baru mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
hidung basah dan tersumbat.
tekak sakit dan pahit.
suhu bilik sejuk macam dalam peti ais.
dompet cuma ada 4 ringgit.
saya mahu masuk dalam cermin dr parnassus sekarang.

Thursday, January 7, 2010

jangan hidup dengan masa lampau. tapi kalau masa lampau itu juga adalah masa sekarang bagaimana? mama langsung tidak dapat tidur malam tadi. memang payah rupanya hidup dengan orang yang punya masalah kemurungan. walaupun dibantu dengan dadah approval dari doktor. rumah akan jadi kelam kabut. kadangkala ketika mama hilang sabar dia akan ucap ini - lebih elok mati..tak tertanggung dah semua ni..
tapi saya pula hari itu berdoa untuk orang lain yang mati bukan mama. saya berdoa sekeras-kerasnya semoga tuhan segerakan ajalnya..
salah kah kalau saya pilih itu kerana wujudnya dia pun memudaratkan orang lain. dari segi segalanya. lengkap.
tapi apa yang saya tahu tentang masa depan. tuhan lebih mengetahui kiranya panjang umur dia dan dapat dimanfaatkan untuk menghapus dosa. atau pun pendek umur dia untuk memelihara beban dosanya agar tidak ia semakin menggunung.
alah..semua manusia pun punya dosa. pilihan-pilihan saya ini cuma untuk setiap moment-moment yang berlalu dan perasaan waktu itu. jangan menghukum dulu kerana saya tak punya prinsip apa pun dalam hidup.

Wednesday, January 6, 2010

bagaimana mahu lari dari tanggungjawab tanpa rasa bersalah?
mungkin ada caranya. jangan putus asa dan jangan berhenti berfikir sampai dapat jawapan.

Monday, December 28, 2009

mencari malaikatmu di tepi longkang
sambil menghirup udara ubat dan bercakap bahasa ilmuan
kemasan tangan erat memeluk kad rawatan
dan wajah kasih seorang yang menggelorakan
salahkah kalau waktu ini aku berharap untuk bertemu dengan malaikatmu
mata-mata yang mencuri pandang pada kalutnya waktu sekarang
jururawat yang terperanjat oleh herdikan spontan
doktor yang cuba mencari tenang dalam setiap rontaan
dan tangan kejap polis cuba mengimbangi kelakuan yang tak terdugakan
dalam pekat malam yang menghampiri likat
mencari parasnya di tepi longkang
salahkah kalau waktu ini aku berharap untuk bertemu dengan malaikat mautmu tuhan

Thursday, December 24, 2009

saya sudah semakin jauh dari norma
sifat2 baik sedikit demi sedikit terhakis bersama waktu yang terlepas
kenapa harus ada perasaan yang ada sekarang ni
tidur dalam ketakutan
bangun dalam persoalan
bercakap membiar dosa berhembus sayu seperti debu
puas ke tidur dengan air mata kemudian berusaha untuk berjaga supaya nanti bila ada tangan mahu cuba mengelar leher ini akan dapat ditepis
manusia2 itu masih punya nafas bukan kerana kau berjaga bersengkang mata
mereka tak lupa untuk bernafas kerana tuhan kata bukan malam yang ini
melihat kesakitan dan cuba memahami perasaannya dua perkara beza
saya mahu berhenti sekarang dan pulang membawa kereta tanpa arah tuju

Wednesday, December 16, 2009

'dunia tak dapat, akhirat belum tentu'