Monday, December 28, 2009

mencari malaikatmu di tepi longkang
sambil menghirup udara ubat dan bercakap bahasa ilmuan
kemasan tangan erat memeluk kad rawatan
dan wajah kasih seorang yang menggelorakan
salahkah kalau waktu ini aku berharap untuk bertemu dengan malaikatmu
mata-mata yang mencuri pandang pada kalutnya waktu sekarang
jururawat yang terperanjat oleh herdikan spontan
doktor yang cuba mencari tenang dalam setiap rontaan
dan tangan kejap polis cuba mengimbangi kelakuan yang tak terdugakan
dalam pekat malam yang menghampiri likat
mencari parasnya di tepi longkang
salahkah kalau waktu ini aku berharap untuk bertemu dengan malaikat mautmu tuhan

Thursday, December 24, 2009

saya sudah semakin jauh dari norma
sifat2 baik sedikit demi sedikit terhakis bersama waktu yang terlepas
kenapa harus ada perasaan yang ada sekarang ni
tidur dalam ketakutan
bangun dalam persoalan
bercakap membiar dosa berhembus sayu seperti debu
puas ke tidur dengan air mata kemudian berusaha untuk berjaga supaya nanti bila ada tangan mahu cuba mengelar leher ini akan dapat ditepis
manusia2 itu masih punya nafas bukan kerana kau berjaga bersengkang mata
mereka tak lupa untuk bernafas kerana tuhan kata bukan malam yang ini
melihat kesakitan dan cuba memahami perasaannya dua perkara beza
saya mahu berhenti sekarang dan pulang membawa kereta tanpa arah tuju

Wednesday, December 16, 2009

'dunia tak dapat, akhirat belum tentu'
perasaan ini sangat bangsat.
aku memang sangat bencikan kau sekarang.
tolonglah tuhan hilangkan rasa peduli ini.
hilangkan rasa pengharapan ini.
aku penat menyambung mimpi2 kecil jadi bercantum semula.
kalau pun aku mampu mencantum semua.
sentiasa ada kepingan kecil yang hilang dan mencacatkan mata.
aku benci melihat ketakupayaan aku sendiri.
aku memang sangat bencikan kau sekarang.
tapi kenapa mimpi ini tak mahu pergi?
tolonglah hilangkan rasa peduli ini tuhan.
tolonglah..

Wednesday, December 9, 2009

kau aku tinggalkan ketika hujan telah mereda.

semalam ada satu rasa memberitahu makcik saya meninggal
dan ternyata ia benar
masanya juga hampir tepat
strong clairvoyance - benarkah?
tak, itu cuma kebetulan yang mengujakan
teruja bukan pada kematian
cuma lebih kepada betapa benarnya setiap rasa yang mengusik itu

hingga waktu ini, saya masih ingat perasaan dan keyakinan semalam

Monday, November 30, 2009

selepas 17 tahun, baru saya tahu kebenaran sebuah cerita.mereka membuat keputusan bagi pihak saya. kerana pilihan mereka pada 17 tahun yang lalu, saya telah salah menafsir seorang manusia selama 22 tahun. semalam, pandangan saya terhadap dia telah diperbaharui. apakah ini pengorbanan mereka untuk saya? bagaimana caranya untuk mereka tahu yang saya mahukan cuma kebenaran. kalaulah mereka tahu pilihan yang dibuat itu telah mempengaruhi kewujudan dia dalam hidup saya. kalaulah saya tahu hakikat satu peristiwa..

selamat hari raya qurban untuk mereka dan dia, kalau boleh disampaikan.

Tuesday, November 17, 2009

saya ini orang yang penuh dengan alasan. semuanya beralasan. separuh dari saya benci semuanya tentang saya. saya percaya akan ada tindakan atau pilihan kita tak perlukan alasan. tapi pada masa yang sama, alasan tetap datang dan menjadikan segalanya relevan semula. dengan alasan2 yang kita datangkan sendiri. seperti alasan saya untuk kecelaruan hari ini adalah kerana drug-induced psychosis. sedang hidup bersamanya.