ini tentang mimpi.
beberapa malam lepas, saya bermimpi tentang satu peristiwa yang sudah lebih 21 tahun terjadi. tema yang sama, cuma watak dan masa diadaptasi mengikut edisi saya.
saya selalu terfikir, bagaimana kehidupan kami jika dia masih ada?
ini tentang mimpi.
saya, abang2 dan mama berdiri di hadapan sekujur manusia yang ditutupi kain.
saya selak kain itu.
dan yang saya lihat bahagian2 manusia yang dikumpulkan.
yang saya lihat daging2 manusia yang hancur.
bangun dari tidur
saya buat rumusan sendiri
ini mimpi yang jawab soalan saya
kalau abah masih ada
kalau dia tidak mati di landasan keretapi
kalau dia masih di sini bukan digilis keretapi
dia masih akan pergi
dia masih tetap pergi dengan fitrah yang sama
tema yang kekal sama
seperti mimpi saya
hancur dan berselerakan
cuma saja di dalam mimpi
saya seorang dewasa
tapi yang pergi tetap pergi
yang terjadi tetap terjadi
dia memang telah lama mati
digilis keretapi
dengan tubuh yang hancur
seperti mimpi saya
sama seperti mimpi saya
aduh...kan tuhan dah pesan, maut datang tidak cepat walau sesaat, tidak lewat walau sesaat.
aduh..lupa lagi.
Wednesday, February 11, 2009
Tuesday, February 3, 2009
Asal saja kamu tahu setiap ruang vakum belum pun sempat terwujud kerana molekul cintamu sentiasa dikerah untuk membina empayar di persada jiwaku.
Hantukan ini boleh saja aku sandarkan penyebabnya terus kepadamu. Biar semua hinaan terbias ke wajahmu.
Biar semua telah aku lakukan. Biar segalanya telah aku serahkan. Sakit yang kau tinggalkan terus saja bersisa. Dan luka itu tak mahu sedikit pun mengering.
Aliif laam miim, aku telah dikalahkan
Apakah benar kebenaranmu
Benarkah palsu kepalsuanku
Aliif laam miim.

Tuesday, December 16, 2008
rumah masih seperti dulu.
tak sedikit pun berubah.
semua masih lagi mendukung watak yang sama.
dengan cerita lapuk itu.
saya masih menulis semahu saja.
seperti yang saya tahu.
bagaimana agaknya saya boleh sampai ke tempat ini?
bagaimana saya boleh biarkan semua seperti ini?
tuhan punya rencana sendiri.
hingga benar-benar saya menerima semua.
benar-benar menerima yang saya tak punya kuasa langsung untuk mengubah.
benar-benar menerima yang saya tak mungkin mampu merubah cerita.
tolong saya tuhan.
untuk saya benar-benar menerima.
ajar saya tuhan.
bagaimana mahu benar-benar terima.
saya mahu tahu.

Wednesday, December 3, 2008
malaikat
bisikkan di derianya
sedikit rahsia masa kelak ku
khabarkan pada dia
bagaimana tuhan membenarkan
aku memeluk kejap bahagia
ceritakan tentang sinar yang tuhan nyalakan pada hujung perjalananku
tentang cinta yang mekar lingkari kisah ku
biar jiwanya aman di sana
biar dia tenang membasahkan lidah
hanya untuk dirinya

Monday, November 17, 2008
Tuesday, October 28, 2008
waktu seakan membenarkan
emosi yang menyelinap ke dalam ruang sempit ini
cuba mencarik baju sendiri
kepulan asap berjelaga terburu-buru keluar
mahu lari dari kepungan
kamu masih saja terpaku
terus saja membenamkan wajahku ke dalam laut
lirikan kamu tertancap tepat ke reseptor rasa
dibawa bersama pembuluh darah ke jantungku
udara jadi sesak
kerana kamu terpasak di situ
nafas yang aku hela jadi tercungap
tapi aneh
cuma dengan satu hembusan
pelangi seperti menampakkan warnanya
cuma dengan sehela nafas
langit seperti biru semula
wahai lintasan hati
beredar saja di orbit itu
kerana aku rindu

Subscribe to:
Posts (Atom)