'bertakwalah kepada tuhan dan tuhan tentu membimbing kamu. ingatlah selalu pada tuhan dan kamu akan temui dia tepat di depan kamu. ingatlah tuhan ketika kamu senang kerana dia ingat kamu ketika kamu susah. apabila kamu meminta, mintalah kepada tuhan. apabila kamu perlukan bantuan, mintalah kepada tuhan, kerana apa yang berlaku hingga hari pembalasan sudah ditetapkan. walaupun seluruh makhluk berusaha membantu kamu mendapat perkara yang tidak ditetapkan tuhan, mereka tentu tidak dapat melakukannya.'
aku harap bila aku meminta, mereka akan kata itu suara yang kami kenal. itu suara yang kami kenal. dan suara aku akan terngiang di langit dan takkan pernah hilang dan dilupakan. sampai bila-bila.
Thursday, August 4, 2011
Monday, August 1, 2011
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 14, 2011
mimpi akan selalu datang dengan pelangi dan hujan ribut. itu ketetapan. pemimpi akan selalu tidur untuk terus merasa dibuai dan diingatkan. antara keduanya, kita berjalan dengan puisi dalam dada. ada kata semangat, ada peringatan, ada seloka jadi monumen masa. antara kehendak diri dan senyuman dia, aku pilih untuk berdiri di atas garisan. cuba mencari lukisan senyum yang terhias di muka dari jarak yang aku kira paling biasa. kemudian dengan bunyi paling selalu aku dengarkan, aku akan melangkah terus cuma di atas garisan itu. sampai nanti terjumpa penamatnya di mana-mana.
Thursday, July 7, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Friday, July 1, 2011
selepas berselisih tadi, ada bau kamu tertinggal di kaki lima. aku kutip dan simpan genggam tangan kiri dalam kocek. sepenuh hati aku lari ke atas. tanpa menutup pintu, aku keluarkan balang kaca dari bawah katil. dan dengan penuh hati2 aku masukkan bau kamu ke dalamnya. nanti aku kutip lagi bau kamu. bila penuh balang kaca ini, aku akan pakai bau itu setiap hari. setiap hari yang kamu tiada. supaya aku tak lupa pada kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)