yang sebenarnya aku ni penakut. nak buat pilihan berkira-kira. sampai tuhan dah bukakan satu lagi jalan semalam. kalau tak pilih juga aku tak tau nak jauh sampai mana lagi.
"Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Zumar : 53)
"Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan."
(Riwayat Al-Tirmidzi, dinilai hasan oleh al-Albani)
jadi lenny?