Monday, March 7, 2011

aku ada plan. 7kg. apalah sangat. 


Friday, March 4, 2011

ada serpihan hati yang tersisa di celah mimpi-mimpi ranum saban malam. mungkin boleh dikhabarkan dulu, wahai tukang cerita, siapa gerangan pemiliknya?

Friday, February 11, 2011

pada corak bunga di baju itu, aku nak katakan tak cukup bungakah aku hari ni dengan mutiara-mutiara kecil di kepala?

Thursday, February 10, 2011

barangkali
kau dengar degup jantungku
kerna tadi
angin mengalun notanya
di telingaku
dengan sedikit bunyi getar
barangkali kita masih ada harapan

Tuesday, January 25, 2011

orang macam aku kalau ada sayap pun belum tentu boleh terbang. semua gambaran yang aku cuba lukis hanya tinggal dalam kepala. tak terjemah atas kertas pun. tapi orang macam aku yang buat mereka yang terbang bebas tu rasa besar. rasa puas. balance. dalam hidup kita kena cari balance. kalau macam tu maksudnya orang macam aku cuma tahu cari alasan salahkan mereka kerana kegagalan sendiri. dan itu pada aku juga adalah balance. benar dan salah tak lagi penting. yang ada cuma balance. itu pun kalau betul balance wujud.

Tuesday, January 18, 2011

mungkin orang akan cakap aku cuba jadi misteri.
minggu lepas aku terlintas mungkin seseorang ini meninggal.
betul.
misteri tak?

Friday, January 14, 2011

ok.2011 emosi macam cuaca. .sikit2 nak hujan. kejap2 nak dingin macam air batu. taknak kalah. tapi aku rasa tahun ni akan berlaku banyak benda baru. tak sabar nak tengok diri sendiri melangkah ke depan. biasala..harapan. kalau tak lepas pun jalan je macam biasa. asalkan orang sekeliling gembira dah cukup. kawan2 semua macam tinggal bayang je. kena kejar la kalau taknak kena tinggal kat belakang. kena berani juga. buat pilihan yang lebih berisiko. hihi..apa pun tuhan kan ada.