Friday, February 20, 2015

Aku rasa aku sebenarnya Takde impian. Aku cuma pinjam impian orang sekeliling dan jadikan ia cerita aku. Lepas tu bila tak capai frust. Padahal rasa Aku tu tak dalam macam yang diorang rasa. Paham tak? 

ni semua tipu je. Konon deep. Hah..

Nak tengok kingsman tapi hari ni macam period pain. Dulu masa muda tak pernah kena pun. Dah matang baru nak start. Tanda matang..

Tadi ada sorang budak kecik ni lari sambil menangis. Dia ni tomboy dari Broken family. Lantak kau la autocorrect nak buat Apa pun. Muka dia akan berubah bila orang cakap buruk pasal mak bapak dia. dia diam je tapi kau boleh tengok dari riak dia yang dia dalam keadaan tak selesa. 

Dan dia ingatkan aku pada aku. Macam tu lah aku masa kecik dulu. Biasa la budak kecik merajuk lari keluar rumah. Peristiwa dia lari merajuk ni dia akan ingat sampai besar. Dia mungkin tak ingat dah dia pergi mana, dengan apa lepas tu. Yang dia akan ingat kenapa. Dan setiap perkataan yang keluar dari mulut orang sekeliling. Jadi dah besar nanti, bila dia terasa pasal sesuatu, otak dia akan proses macam mana dia proses masa kecik dulu. Lari keluar dulu. Elak dulu dari orang. Simpan. Selagi boleh simpan.

Ada orang memang tak layak ada anak. Ada orang memang tak fit jadi parents. Beranak lepas tu tak amik tau, sebulan sekali pun susah nak balik. 

Mak aku kalau pasal lelaki dan perkahwinan dia agak keras. Dia pernah cakap kahwin tu awal-awal je seronok. Lepas tu yang tinggal cuma rasa tanggungjawab. Maksudnya lepas beberapa waktu, sparkle, love sume Takde dah. Pastu dia kata kalau kahwin jangan sesekali berhenti keje. Jangan sesekali bergantung PD lelaki seratus peratus. Hhmmm.... Pengalaman dia ke? Dia tak berapa nak optimistik when It comes to marriage. Benda lain pun tak jugak. Hahaha..

Thursday, February 19, 2015

Jadi lala dan Shafiq dah kawin. 5 tahun lepas buat trip yg sama ke JB. Bila pikir balik. Takde beza pun aku kali ni dan 5 tahun lepas. Takde peningkatan. Ingat lagi time shah alam dulu lala masak pastu bg bekal kt Shafiq. Hahahaha...tak tau la bape lama usaha tu berjalan. Masa tu bunga2 cinta tgh berputik. Hehehe..

Jumpa kawan2 lama memang best. Tak buat apa pun. Lepak borak sekejap buat aku tengok balik hidup aku sejak 5 thn lepas. Pastu menyesal sikit. Sebab sama je dari dulu.

Tulis pun dah berulang. Bodo.
Mungkin aku annoying. Mungkin aku kawan yang sangat annoying. I need to figure this shit out. It's a well established fact that im not good with kids. Then a nephew happened. Still not good with kids. Doesnt mean i HATE them. 

Aku nak jadi macam dulu. Bole tulis ikut suka. Boleh tulis macam tu je. Babi la semua benda ni. Dah lama kot tak boleh menulis. Macam gampang. Aku rasa aku ada frustration yang aku keep inside. Bottled up. Aku macam nak ambil botol dalam badan aku ni dan pecahkan. Literally. 

Cita cita yang aku ada masa sekolah dulu tak satu pun yang jadi. Benda yang aku berangan nak buat masa dulu macam lari jauh sangat. Aku bosan dengan keje. Tp ia secure. Benda yg secure mmg membosankan. Babi bosan gile. Dan otak aku dah berhenti berkembang sejak beberapa tahun lepas. Aku jadi makin bodoh. Dulu dah bodo. Sekarang lagi la. 

Takde apa yang aku buat excites me anymore. I need to step out. I need to challenge myself. I need to fucking live again. Fuck off and die already. 

Thursday, August 21, 2014

Hai. Lama kan..
Bila baca balik blog hari ni, banyak benda gak aku tak setuju.
Biasa la muda.
Esok MH17 balik. Ok x semua..
Macam tu je mati kan.
Macam ni je hidup..hah..
Aku sebenarnya dah tak boleh menulis.
Tak tau nak mula macam mana.
Susah.
Sebab tu semua benda terperam.
Takde outlet nak keluar.
Rasa macam mid-life crisis pun ye gak.
aku rasa ada sikit ciri2 kemurungan kat aku.
Ada sikit.
Tapi semua ok je.

Saturday, April 13, 2013

Tapi yang peliknya kenapa taknak ambik banyak2 biar mati terus. Oh lupa. Penakut. Penakut. Penakut.
Takut pd realiti. Takut pd kesakitan. Takut hidup. Takut mati.
Orang2 bodoh ada di sekeliling kita.
Mereka ni macam virus bawa penyakit.
Kita kena bertahan jangan kena jangkit.
Tapi antibodi tubuh manusia lemah setelah 64 tahun.
Selama mana dia bole tahan.


Rupanya isteri, anak atau sakit tak mampu ubah manusia. Cuma dadah yang boleh ubah mereka. Eh..apa tu?

Saturday, March 30, 2013


i am an open book. 
Read me.

Friday, March 29, 2013

Patutla dr. Asri kata syukur itu lebih tinggi tingkatnya dari sabar. Macam ni lah. Banding dengan org. Sabar memang bole sabar. Tp kalau x bersyukur satu waktu akan meletup gak. Pastu sume benda x betul. Sume benda yg da 20 thn macam tu. Bukan benda baru. Nak ubah apa? aku dah terima keadaan ni. Jadi agak stress bila kena dengar ini salah, itu x betul. Sebab apa? Tak bersyukur. Tapi kau ingat syukur tu senang ke? Itu dah hampir ke redha. Redha itu payah. Sangat susah. Ia bukan menyerah.

Allah berfirman: Ikhlas adalah rahsia daripada rahsia ku dimana aku campakkan kedalam hati sesiapa yang aku suka daripada kalangan ummah ku". Risalah Al-Qusyairiyyah

Rahsia daripada rahsia tuhan.

Saturday, March 2, 2013


  1. I find that jake guy halal is getting handsomer every day. How is that possible? Handsomer is not even a word. 
  2. I got autocorrected. It's gyllenhaal.
  3. But is he really?
  4. Furor I kendinya is coming to town yo!
  5. Again. It's rurouni kenshin. Weeeee!!
  6. Thanks autocorrect.
  7. Lets GO HALAL. And that includes mariati. I medan relationship. Ok man.
  8. Im sorry mariati. It's the autocorrect. 



Monday, January 14, 2013

Pada aku pelakon yg baik adalah yang jujur terhadap watak. Kadang2 air mata bole mengalir semahunya tp kau masih akan lihat dia sedang melakonkan watak. Sayang sebab secara luarannya dia dah ada itu. Tp setakat itu.. Cuma penilaian jujur setiap kita berbeza. Kita akan terkesan bila kita jumpa apa yang kita mahu jumpa. Sebab kita dah set in mind apa yang nak kita lihat. Susah juga nak biar sesuatu cerita itu membawa kita larut ke dalamnya. Alasan untuk entri ni adalah sbb kawan2 kata  dia x bagus sbb x menangis sgt. 😁 Tak setuju 👊
Richard Parker reminds me of Thomas. Thomas adalah kucing pengembara yang aku jumpa dan bawa balik rumah. Sampai hari ini, dah 3 versi thomas yg ada. Setiap satu x berkaitan dan hidup pada zaman berbeza. Thomas pertama sakit dan aku ingat lagi aku menangis di setiap rukuk dan sujud pd asar lepas balik kerja sbb thomas macam sgt derita. Dan doa supaya tuhan hentikan derita dia. Itu kali terakhir aku jumpa thomas. Selepas tu, thomas x pernah ada. Ya..aku bole menangis sbb kucing. Hehe..i cant help it.
Sebenarnya aku nak cite pasal Life of pi. Tp blog ni problem dr hr tu dan sekarang sume benda hilang. Macam thomas jugak.

Wednesday, December 5, 2012

Malam ni akan jadi sangat panjang. Kesian mama. Gila. Orang lain amik pil lebih mati. Senang cite. Tapi yang ni aku tak tau kenapa susah sangat. Tadi cakap nak keluar. Tapi kat dalam rumah ni lagi macam orang gila. gampang.

Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 17, 2012

Friday, November 16, 2012


Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.
Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.
Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

apalestin.jpg
 Gambar ihsan Utusan Malaysia
USAHA KITA : PILIHLAH
      Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
      1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
      2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau  -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
      3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c-     Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
      4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
      5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
      6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
      7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
      8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN 
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu  (Riwayat Muslim)
Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
Erti :  aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)
 AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.
Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )
Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus.  ( SUMBER)
Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.
Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang  sanagt sakit dan teruk.?
MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA
Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?
Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.
Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.
QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. 

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. 


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
6 Januari 2009
4.29 pagi (UK time)


Sunday, November 11, 2012

Untuk sekejap tadi, kalau ada pisau di capaian, dah aku baling untuk bunuh kau.
Untuk sekejap tadi tuhan selamatkan aku dari kehancuran.

Tuesday, October 23, 2012

Aku rasa seperti dia sedang memanggil aku pulang kepadanya. Mungkin dia lihat aku sudah terlalu jauh dari dia. Jadi dia sedang menggamit aku untuk datang dekat.

Sini ke aku.
Ada sesuatu untuk kamu.
Ke sini.
Ke aku.

Selalu, daun2 akan ikut melambai seperti dia. burung2 akan ikut bernyanyi seperti lagunya. dan selalu, cuma sekilas aku bagikan masa untuk dia. Pedulikan mereka, berdesing bisik di telinga. 

Lalu, dia hantar peringatan dari langit. Bila awan hitam berkepul-kepul di atas kepala, aku cari tempat yg aku kira paling nyaman untuk berteduh.  

Tapi dari pelupuk mata hati aku, tempat teduh ini kotor. cuma sebentar. Kemudian semua kami akan cari lagi ruang lebih nyaman dari yang ini. 

Air mata awan hitam mengenai kepala. Menyapu seluruh tubuh kami sampai lencun hati2 yang kering. Sampai tiada beza antara yang kami punya atau air mata awan2. Kalau aku lihat ke atas, dari tempat teduh ini, aku cuma nampak sunyi. Sunyi yang merentas entah berapa zaman. Raga aku seakan meranap. cepat.

Takkan cuma sunyi?
Takkan cuma sunyi untuk aku dari jarak ini?

Patah balik. Susuk tubuhku mula berbahasa. Kita patah balik. Jerit kaki melulu.

Mana pernah ada istilah terlalu jauh untuk berpatah balik. Sekalipun air mata semua kita di paras hidung. Nyawa kita sudah sampai ke halkum. 

Mana pernah ada istilah terlalu jauh untuk berpatah balik. Kalau kita rasa seperti sudah tenggelam lemas, itu kerana dia lihat bekalan kita sudah susut untuk di bawa. Jadi dia bagi segala macam amaran. Dan kita endahkan. Dia bagi lagi amaran. Dan kita persetankan. 

Patah balik. 
Dia sedang memanggil aku pulang.
Dia sedang menunggu aku datang. 

Wednesday, October 17, 2012

Rindu zaman ni..zaman yang aku tak peduli apa pun kecuali silat. dihantar ke sini untuk selamatkan aku dari pengaruh x sihat kononnya. tanpa keluarga, tanpa kawan tanpa semangat. Dan silat selamatkan aku dari semua masalah dalam dunia masa tu. Aku akan ponteng sekolah sehari setiap minggu. Tapi aku tak akan ponteng latihan. Lambat macam mana pun tetap akan datang.




Kemudian bila dapat peluang balik semula ke labu. Aku hilang terus..

Saturday, September 29, 2012

Aku x boleh tido. Esok kena bangun pagi sokong futsal. X mampu nak main kot. Aku nak join silat balik macam dulu. Tapi mana nak cari kat sini? Perasaan masa silat dulu sgt seronok.
Maafkan aku hati.
Kalau kau minggu ini perlu lebih keras lagi mengerah kudrat.
Buat mengamankan rusuhan dalam diri.
Aku sekali lagi menjadi dulu.