Monday, October 10, 2011


bangunkan aku
jangan biar aku mati terlalu lama

dan percayalah
gambar itu menipu
seperti aku sekarang
yang sedang menipu
diri sendiri
aku tak mampu mencium wangi dari harummu sekalipun jarak kita cuma sehembus nafas. apa lagi melihat sekujur tubuh kurusmu yang menderita kerana cinta.
ya. aku tak percaya seseorang mampu bawa rasa ini pergi dari aku. sebab ia adalah aku. hehe..tapi mungkin dia boleh jadi kekuatan untuk aku. itu pun kalau aku benarkan. kan?
siapa yang boleh bawa rasa ini pergi? siapa...
apa sebenarnya? ia seperti berdikit-dikit kembali. atau ia memang tak pernah pun menghilang. cuma tinggal bersembunyi di sebalik serabutnya saraf-saraf dalam tubuh setiap seorang dari kami. kemudian, cukup waktu, ia menampakkan diri dan kembali menjalar bersatu melikatkan darah. menyerang saraf rasa.

dan beginilah rasanya.