Monday, November 30, 2009

selepas 17 tahun, baru saya tahu kebenaran sebuah cerita.mereka membuat keputusan bagi pihak saya. kerana pilihan mereka pada 17 tahun yang lalu, saya telah salah menafsir seorang manusia selama 22 tahun. semalam, pandangan saya terhadap dia telah diperbaharui. apakah ini pengorbanan mereka untuk saya? bagaimana caranya untuk mereka tahu yang saya mahukan cuma kebenaran. kalaulah mereka tahu pilihan yang dibuat itu telah mempengaruhi kewujudan dia dalam hidup saya. kalaulah saya tahu hakikat satu peristiwa..

selamat hari raya qurban untuk mereka dan dia, kalau boleh disampaikan.

Tuesday, November 17, 2009

saya ini orang yang penuh dengan alasan. semuanya beralasan. separuh dari saya benci semuanya tentang saya. saya percaya akan ada tindakan atau pilihan kita tak perlukan alasan. tapi pada masa yang sama, alasan tetap datang dan menjadikan segalanya relevan semula. dengan alasan2 yang kita datangkan sendiri. seperti alasan saya untuk kecelaruan hari ini adalah kerana drug-induced psychosis. sedang hidup bersamanya.

Friday, November 13, 2009

perasaan ini tak mau mereda sedikit pun. aku tak punya kekuatan untuk meluahkan sekarang. perlu berbuat apa ya? masa depan saja yang ada jawabnya. haihhhhh...

maaf masa depan kalau pilihan-pilihan yang aku buat hari ini salah. menjerumus kamu ke ruangan sempit. aku benar tak punya upaya saat ini. esok is another story ok.

ada masanya, aku mahu terlarut saja ke dalam waktu dan biar arus bawa aku ke terusan silam. seperti waktu kosong tika ini.

kau pernah marah kerana diam dan ketakupayaan aku dulu. bila aku pilih bisu dari menjawab tanya. kemudian dengan sekuat hati kau menjerit dan mengulang soalan itu. hingga hening malam jadi terganggu lalu yang kelihatan di tingkap-tingkap yang terbuka luas adalah kepala-kepala dan wajah-wajah manusia yang merasa diganggu. mereka berkata-kata sesama mereka. berteka-teki apa yang mungkin berlaku. kau dan aku tak berganjak sedikit pun. kekal pada keadaan seperti waktu masih hening. tapi kau masih marah dengan kebisuan aku. aku masih mahu diam dengan mata cuma memerhati tv tanpa menghiraukan amarahmu atau bisikan-bisikan mereka. mama datang dari luar dan meredakan keadaan. kau mengalah. tapi aku malam itu terus kaku menghadap tv hingga aku terasa seperti mahu tidur. baru aku teringat. aku waktu itu belum lagi mohon maaf pada masa depan. kerana rupanya masa depan atau masa kini tak jauh beza. aku harap aku boleh pergi ke waktu dulu dan berpesan agar aku tak lupa minta maaf.

aku memang tak belajar dari waktu itu. suatu hari, selepas bertahun-tahun, aku mengulang sikap yang sama. cuma kali ini, kepala-kepala dan wajah-wajah yang berurutan di tingkap-tingkap rumah adalah polis-polis. bila aku terperasan akan mereka, aku buat pilihan yang sama. diam dan bisu. mengendahkan mereka yang terjerit-jerit minta pintu dibuka. mereka yang berteriak dan mengugut-ugut aku. persetankan kamu semua. tapi aku waktu itu telah belajar untuk jadi kurang ajar. seolah sehening pagi-pagi yang selalu aku lalui, aku terus menghadap tv lagi. dengan mereka yang hampir hilang sabar di luar melihat aku di depan tv. kau yang mengalah juga. membukakan pintu dan menyerah pada mereka.

aku dah menebus pengkhianatan aku yang dulu kan? aku tak mungkin berpaling tadah lagi sekalipun aku mahu.
aku semacam berada di peak takdir sekarang. curve yang curam dan gaung yang dalam.
aku lebih menginginkan perjalanan ini dari semua bintang di langit. aku lebih mengangankan suatu hentian dari senyum sang bulan biru dan sinar terik matahari. biar gelita datang dan aku sambut dengan depaan dua tangan ini. datangkan semua aku siap bertarung. sedia menjatuhkan setiap yang menghalang. aku dijadikan seorang panglima perang. aku percaya sekarang.
tolong masa depan. jadikan ini kali terakhir. aku minta tolong sangat2. biarlah ini yang terakhir kali aku menginjak kaki di penjara. please..

hari ini dia pulang.

Wednesday, November 11, 2009

bulan biru tersenyum malam tadi

dia kata semua akan baik-baik saja

hardcorekan sang bulan biru?

hingga manusia tertunggu-tunggu bulan bicara

hingga pungguk merindu-rindu akan dia

terima kasih bulan biru

saya tahu semua akan baik-baik saja.
mungkinkah hari itu yang kau ucapkan padaku adalah
'hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati sampai jumpa di kehidupan yang lain'
mungkinkah SO7?

Monday, November 9, 2009

di setiap mimpi yang aku ciptakan, sentiasa ada kau yang menghela nafas di telinga. tetapi, apalah rasa ini bila hujan turun membasuh emosi jadi mencair. apalah kau ini bila hujan turun membasah hasrat jadi berkocak. lebih baik kau tembak saja kepala aku. biar semua berkecai berselerakan. kau ambil setiap kepingan dan jalankan segala macam ujikaji yang kau fikir perlu. aku yakin, yang kau dapatkan nanti cuma angka2 kosong bertindih-tindih. leraikan satu persatu angka2 itu dan yang kau dapatkan nanti angka kosong dalam segala macam bentuk. tapi tidaklah mimpi aku tanpa hela nafasmu lagi di telinga.

Friday, November 6, 2009

tipu. senyum tu bukan untuk dia. saya nampak sorot mata itu. semua orang pun menipu. tapi tipu orang yang paling sayang pada kita. itu penganiayaan. jangan menipu dia lagi. dia bukan mahu apa2 dari kita. cukup senyum datang dari hati. cukup.
i think i kicked ass today.
oh. u weren't there.
ok. i totally kicked ass today.

unknown people emailed me this:
CONGRATULATIONS on a superb presentation. It was worth the time listening to you this morning.

so yeah i brag.
so what, this is my blog.

Thursday, November 5, 2009

pagi ini, otak saya dibedil dengan perkataan2 seperti quantum, cryptography, coding, 1-1 / 0-0, asymmetrical cryptography dll. kurang lebih 3 jam, emosi terganggu seolah berada di marikh dengan puluhan alien berpesta kemerdekaan. sepatah haram pun tak faham.

pagi ini juga mama jawab 'whatever' pada saya.
orang yang bertanggungjawab menyebut kopikuno, bukan cappucino.
saya tanya apa yang whatever?
jawapan - semualah.

Wednesday, November 4, 2009

saya ada shrink?

tahu siapa shrink saya?

kamu.

ya..kamu.

u are my headshrinker sayang!
Ini cerita tentang anak kecil dan dunia besarnya.

Ketika semua manusia sibuk mengulit kesedihan masing2, ketika yang terlihatkan di mata adalah kesedihan dan tangisan memenuhi rumah yang sebelum hari ini penuh dengan suka semata. Di ruang mata anak kecil itu, terbaring lelaki yang sebelum hari ini tak kenal penat bermain dan melayan kerenahnya.

Tiba2 dia jadi takut, teringatkan peristiwa hari sebelum hari ini. Ketika dia berlari-lari anak ke rumah lelaki itu seperti rutinnya. Di jendela, yang terlihatkan adalah lelaki yang sedang bergelut dengan kesakitan terduduk di meja makan.satu tangan menahan dada dan yang lagi satu penuh dengan butir2 nasi. Yang terlihatkan adalah wajah kasih kakak yang sayu. Anak kecil cuma diam bisu dan terus memerhati. Tanpa suara, tanpa apa2, menjamah semua kesakitan dan kepiluan 2 orang yang selama ini sentiasa senyum padanya. Setelah beberapa waktu, diam2 dia berlalu pulang. Tiada siapa tahu hadirnya hari itu.

Sekarang lelaki itu terbaring kaku berlilit kain putih sambil dibacakan ayat2 suci al-kitab. Perlahan, anak kecil berjalan keluar.

Dan ketika dia membentuk2 tanah liat di tangan dengan rakan2nya, manusia2 tadi berlalu di hadapan. Lelaki yang terbaring kaku tadi diusung betul2 di hadapan kumpulan anak2 kecil yang sedang membentuk2 tanah liat di tangan.

Entah kenapa, dia terus membelakangkan badan. Entah kenapa, dia takut dengan semua yang di belakangnya sekarang. Entah kenapa, dia tak mahu terlibat dengan semua mereka sekarang. Entah kenapa, dia berjaya pura2 untuk bermain, pura2 seperti seusia rakan2nya yang tidak faham erti kematian. dia cukup tahu tiada manusia yang akan marah bila dia menyibukkan diri terusan bermain di usianya. Maka dengan sebab itulah dia yang menggiatkan kawan2 untuk bermain baru sebentar tadi.


Kepada encik pengkritik. Ya saya memang konon2 berlagak laid-back dan cool seperti ini. Saya dah berlatih sejak umur 9 tahun lagi. Saya dah tak pandai untuk berlagak selain dari laid-back dan cool. maaflah kalau saya akan terus pura2 cool lagi selepas ini.

Kepada diri sendiri, kenapa pilih hari ini untuk semua ini? Kenapa pilih hari ini untuk mengingati lelaki yang dulu pernah berjanji untuk memberi hadiah bila saya dapat semua A dalam UPSR. Bila saya dah dapatkan itu, tiada apa2 saya dapatkan dari dia. Al-fatihah untuk dia yang telah pergi sebelum sempat memberi hadiah. Apalah yang saya tahu tentang jantung berlubang dan lelaki 20-an ini.

Tuesday, November 3, 2009

sekali lagi, saya tak pernah salah tentang itu. mungkin kami belum bersedia untuk berubah. lain kali saja kata takdir.
cuma sesuatu yang belum pernah terjadi selama ini mengejutkan saya. permulaan yang bagus. cuma saya takut untuk menerima. kerana dalam konsep fikir saya waktu ini, menerima bererti membenarkan harapan dihancurkan. saya tak mahu mengutip kepingan2 kecil lagi.
grey - "even when our hopes give way to reality and we finally have to surrender to the truth..it just means we have lost today's battle..not tomorrow's war. And here's the thing about surrender. Once you do it, actually give in, you forget why you were even fighting in the first place.."
harap2, ini adalah my sweet surrender.
oh..ok..harapan lagi..