Tuesday, October 28, 2008

waktu seakan membenarkan
emosi yang menyelinap ke dalam ruang sempit ini
cuba mencarik baju sendiri
kepulan asap berjelaga terburu-buru keluar
mahu lari dari kepungan
kamu masih saja terpaku
terus saja membenamkan wajahku ke dalam laut
lirikan kamu tertancap tepat ke reseptor rasa
dibawa bersama pembuluh darah ke jantungku
udara jadi sesak
kerana kamu terpasak di situ
nafas yang aku hela jadi tercungap
tapi aneh
cuma dengan satu hembusan
pelangi seperti menampakkan warnanya
cuma dengan sehela nafas
langit seperti biru semula
wahai lintasan hati
beredar saja di orbit itu
kerana aku rindu
aku punya 19 panglima perang

dengan perisai yang paling anti peluru di dunia

tapi aku masih memilih perang tanpa senjata

perang orang bodoh yang lupa pada ketentuan



makanya, setiap pergerakan bermula dengan ajakan pesta syaitan

makanya semua perlakuan jadi seperti iblis derhaka



jujur, aku langsung buntu dengan entri ini

Monday, October 27, 2008

entah apa yang bermain di fikiran. entah apa yang harus difikirkan. ketika setiap detik aku lupa tentang kewujudan mu.
kau wujud.
dugaan yang begini pun aku tersengguk. belum lagi kau campakkan aku ke medan tempur.
entah terpaku tak mampu bergerak.
sinis senyum itu
aku tahu..cuma diri degil. tak mahu setuju.
terus kejap menggenggam keris
mahu terus membunuh jiwa sendiri

Wednesday, October 22, 2008

udara yang terhela adalah penawar

udara yang berhembus adalah racun
entah sejak bila
sayap ku patah
dan entah bagaimana
sayap ku carik begini
apa yang terjadi sebenarnya?
aku perlu sayap
aku mahu terbang
awan masih tinggi
langit masih biru
bintang masih jauh dari gapaian tangan
di mana perantara ku?

masih relevankah harapan yang ku sandarkan pada matahari?
harapan agar cahayanya memeluk ku
dan teriknya membunuh segala macam parasit dan virus yang datang menggila
relevankah kepercayaan ini?
atau aku perlu terbang sendirian lagi?
kata abang saya, tiada perkara yang paling menyedihkan dalam dunia ini kecuali perasaan keseorangan. (peringatan: perasaan keseorangan, bukan berseorangan)

mereka yang punya kekasih tertinggi, mereka manusia beruntung, mendapat bahagia total yang kekal.

tapi kasihan. manusia yang masih keseorangan walau punya segerombolan sokongan.

akhirnya, yang masih terus mendukung, cuma dia..

Sunday, October 19, 2008

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.
(Surah al-Taubah, ayat 111).

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir.
(Surah al-Baqarah, ayat 214)

pejuang kebenaran. harus mula berjuang seperti muslim yang berdagang di jalan Allah. perjuangan dan penyerahan total kepada Dia.
every year, i never fail to feel like crap when the day comes. it is the time to revise myself as a human and for the record, i never like myself every time. i know i should love me for who i am. yeah...
it is just that i have so many things on my list that i have yet to achieve. i don't think time is the obstacle here. am great and capable of many things. no doubt. am no achiever. am just almost an achiever.
i'll be extraordinary.
25 tahun menginjak di bumi tuhan. perasaan yang sukar digambarkan. lost. ini mungkin layak untuk illiani versi ini.
saya membuat resolusi. illiani arifin second edition harus bermula di tempat ini. tapi sedikit pelik, kamu masih saja berlegar dalam aliran darah saya.
huh..

Thursday, October 16, 2008

suara kamu terus terngiang. terusan memekik kuat derita. lantang.
aku jadi takut dengan diri sendiri.
aku penat sebenarnya, membawa kamu bersama. sentiasa, ke mana sahaja.
tolong..lepaskan aku.
tolong.

Friday, October 10, 2008

akhirnya, setiap pelusuk rasa terurai. Keberadaan hari ini mempersembahkan saya yang umpama bahagian dunia yang tidur waktu kita berjaga. Putaran watak yang hanya berlegar di kedua belah dunia.
Diam mungkin tingkah yang paling mampu mententeramkan hati. Diam dan terus berdiam mungkin hanya tingkah yang paling akrab dengan diri saya. Atau mungkin juga saya hanya tahu berdiam… di sudut ini. Saya mahu terus berdiam kalau mampu dan terdaya.
full stop. Such a small little tiny dot, yet I just could not bring myself and the whole story to an end. I am not drag to the maximum stretchable point.. Where does my heart go? Where does broken heart go?
Bosan. Ini perkataan yang teratas saat ini. Bosan. Pada tahap maksimum. Bosan yang membuat kepala mahu menghantukkan diri ke dinding rumah mayat hospital besar selayang. Bosan kali ini buat semua emosi bersatu memberontak jadi berantakan. Segala yang telah tertanam jauh ke dasar hati itu jadi suram terus. Langsung jiwa menahan dendam pada timbulan sekam yang entah dari mana asalnya. Aku tidak faham. Setiap patah aku tidak pernah mengerti. Bosan masih perkataan yang paling hebat dalam diari hidup untuk kali ini. Memualkan. Semua tentangnya membosankan. Penat telah lama merantau pergi. Kasihan pernah singgah entah untuk beberapa ketika. Dan kini bosan yang entah dari mana lahirnya. Kebosanan atas sekelumit rasa penganiayaan. Dan aku masih merasakan bosan yang melampau. Jemu pada bosan, mana perginya? Hilangkan bosan ku, datangkan jiwa tenang. Kepala ku waktu ini penuh dengan kekosongan. Hati ku waktu ini sarat melimpah kekeliruan.
Bodoh. Exaggerating.melampau. berlebihan. Semuanya.
Perantaraan bulan dan bintang. Di mana kamu?

Friday, October 3, 2008

Hanya seketika
senyum mu mengisi hari
memenuhkan jiwa kosong ini
hanya seketika
siang ku terasa terik
memberi bintang pada malam ku
lalu seketika kemudian
api pun tak dapat membakar tubuh kering ku
hingga terasa jiwa ini mati
masih segalanya tanpa rasa sakit
darah yang ku lihat malam tadi
tak membawa mu keluar dari tubuhku
mata tajam itu masih merenung
terus masuk ke aliran nafas
terus meniup udara panas dalam bilik putih
entah kenapa kakiku terlalu degil
tak mahu lari sekalipun dari tempat sesak
himpunan orang yang berasa terisi dengan cuma hadirku
biar cuma terbaring
kamu tetap berdiri di situ
kamu kaku di situ
bediri...sekadar itu

Wednesday, October 1, 2008

I am grieving for him.It’s been 21 years without his existence. 21 ramadhan and 21 syawal. So I don’t really move on. Big deal.
He died in an accident. His death was printed in the paper.
Like it was that big a deal.
This is my territory.it's gloomy and quiet.keeps me safe inside.it is my avoidance from the world.
Here, breathing is easy.staying alive is simple.dying is just an option.i've been given the freedom to decide how I want to live my life.
In the real world.existing seems impossible.fading is always the way to go.getting hurt is so effortless.hurting people..that's typical
Things are a lot clearer in this zone.
It is my escapism.
It is magical.